Assalamualaikum wbt.
Saya baru sahaja sampai dari Kazan, sebuah tempat di Tatarstan Republik. Sebenarnya Kazan ni masih lagi di bawah pemerintahan kerajaan Rusia tapi diberi kuasa untuk memerintah sendiri. Kazan ni tak sama ye dengan Kazakhstan. Bila saya cakap pasal Kazan, mesti ada yang ingat saya tengah cakap pasal Kazakhstan. Kazakhstan tu sebuah negara lain yang mana tempat Dr Sheikh Muzaffar berlepas ke ISS, dan tempat yang dilawati oleh PM kita baru-baru ni :)
Majoriti penduduk Kazan adalah Muslim dan Kristian. Ada sebilangan kecil bangsa lain contohnya Yahudi. Bila sampai di sana je, nampak la perbezaan kawasan orang Islam dengan tempat lain. Kawasan yang ramai orang Islam nampak macam buruk je.. Nampak lama je. Kalaupun ada shopping complex (torgoviy center), kecil saja. Masuk je shopping complex tu, banyaklah diorang jual baju-baju labuh, skirt, anak tudung, tudung. Cantik. Tapi sedikit mahal (pada saya la). Tapi cantik. Mujur saya tak jadi gila membeli kat sana. Rasa biasa saja la..
Antara tempat tarikan di Kazan ni adalah Kazan Kremlin. Ia tersenarai satu dari World Heritage Site. Di dalamnya ada sebuah masjid yang dulu pernah direkodkan sebagai masjid terbesar di Eropah. Qul Syarif namanya. Dalam kompleks Kremlin tu juga ada gereja yang arkiteknya sama dengan arkitek yang membina St Basil di Moscow dan The Blood Spill di St Petersburg. Nanti kat bawah ada la gambar Qul Syarif. Cantik sangat.
Cuaca di Kazan terSANGATlah panas. Bagaikan berada di Malaysia panasnya. Tapi amazingly, kami berjalan sepanjang hari untuk ke tempat-tempat tarikan tu. Bayangkanlah, cuaca yang sama di Malaysia tapi berjalan kaki selama 6 jam! Macam kena salai. Huhu..
Kompleks Kremlin di dikelilingi oleh tembok putih, dan terletak di atas bukit. Masa naik tu, Ya Allah Tuhan sajalah yang tahu betapa seksanya. Tapi berkat kesabaran, dapat juga sampai.
Pintu masuk Kremlin di Kazan ni pun ada bintang macam Moscow Tower. Cuma di Moscow, ianya berwarna merah, berbanding putih di Kazan.
Inilah Qul Syarif yang saya katakan tadi. Cantik kan? Biru saja, sejuk mata memandang. Masul dalam pun nampak cantik. Sempat juga saya solat dua rakaat di dalamnya. Dan di bahagian bawah terletaknya muzium Islam yang menunjukkan senibina masjid dan sejarah Islam di Kazan.
Apa yang saya tahu, asalnya masjid ini bukanlah berwarna biru. Tapi semasa pemerintahan Tsar, masjid ni dibakar dan selepas itu, waktu Ekaterina memerintah, masjid ini dibina semula.. Dan jadilah rupa masjid yang seperti sekarang..
Di Kazan ni ada satu jalan yang macam Arbat Street di Moscow. Di sini banyak la jual cenderahati. Ada satu kedai tu saya beli magnet, penjual tu memang bagi murah sangat lepas tawar-menawar tu dan selepas itu pula dapat tazkirah percuma! Alhamdulillah.
Kesimpulannya Kazan ni ok la. Much better than Moscow dari segi orangnya. Cuaca hari tu memang panas tapi gambar cantik! Saya sangat suka!
**Ni entri yang dah lama dalam draf. Baru nak post. Ish3.. (ini post yang didraf 3 harri yang lepas.)