Assalamualaikum wbt.
Apa yang datang dalam fikiran saya bila saya dengar perkataan temuduga adalah, kita bertemu dan diduga oleh penemuduga. Betul bukan? Kita diduga pengetahuan tentang sesuatu, kita diduga pemikiran kita, kita diduga tentang pandangan kita tentang sesuatu. Lain pula dengan temuramah. Kita bertemu dan beramah mesra.
Kenapa saya cakap pasal temuduga? Sebab saya baru saja selesai menghadiri sesi temuduga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Putrajaya pagi tadi. Secara keseluruhannya saya boleh katakan yang temuduga tu sebenarnya ok saja tapi bergantung kepada pembawakan seseorang calon temuduga tu bagaimana dia mengandalikan dirinya ketika temuduga tu.
Pagi tu saya bertolak dari rumah pukul 6.45 pagi sebab hantar adik dulu ke perhentian bas. Kemudian saya dan Abah terus bertolak ke Putrajaya dan sampai sana lebih kurang pukul 7.45 pagi. Bila naik saja ke tingkat 6 tu, saya lihat sudah ramai calon temuduga yang dah hadir lebih awal. Ada la 100 orang lebih. Sampai saja, tunggu nama kita dipanggil. Macam saya tadi, sebelum saya sampai, nama saya dah dipanggil sebab ada kawan yang dah sampai dulu, dia yang bagitahu. Jadi, kalau kita Nampak ada kawan kita yang dah sampai awal, Tanya dia nama kita dah dipanggil ke belum. Bila dah dipanggil, pergi ke kaunter depan tu ambil boring dan isi. Oh ya, sebelum saya terlupa, bagi yang akan hadiri temuduga SPA, anda dikehendaki bawa dokumen ASAL dan SALINAN berikut:
- MYKAD
- SIJIL KELAHIRAN (SURAT BERANAK)
- SIJIL SPM
- DIPLOMA DAN TRANSKRIP
- TERJEMAHAN DIPLOMA DAN TRANSKRIP
- SIJIL /SURAT PENDAFTARAN SEMENTARA (YANG DAPAT DARI MMC)
- SURAT TAMAT PENGAJIAN (JIKA ADA)
Yang salinan tu bila tanya pegawai SPA tu, ada yang kata kena sahkan (certified true copy) tapi ada yang kata tak payah. Saya sahkan saja tapi ada kawan tu yang tak sahkan pun, dia terima je. Hurmm ada yang terlupa tak? Kalau saya terlupa, tanyalah kat kotak komen kat bawah ni ye.. insyaallah nanti saya jawab.
Ok, kita teruskan dengan apa yang berlaku seterusnya. Kat situ ada banyak bilik temuduga. Saya dapat bilik M. Nombor bilik tu akan diberikan selepas kita isi borang dan serahkan salinan dokumen kepada pegawai SPA kat kaunter bila dia minta.
Ok, bila dah sampai giliran saya, saya masuk ke bilik temuduga. Sebelum tu memang tak berhenti la selawat dan baca surah Insyirah. Masuk je saya bagi salam sebab sebelum tu ada orang dah masuk dan dia kata dua-dua orang penemuduga tu orang Melayu (yang saya anggap mereka Islam). Pergi kepada apa soalan yang mereka tanya:
- Soalan 1: Siapa nama kamu? Bila dah cakap nama, dia teruskan soalan, perkenalkan diri Shazwani. Saya pun cerita lah apa yang saya nak cerita, nama, tinggal di mana, lahir di mana, adik beradik berapa. Kenapa nak jadi doctor? (soalan ni kena bersedia dengan jawapan yang bagus la, jawapan selamat >> Sebab saya nak jadi doctor!) tapi sebab saya jawab sebab ayah saya suruh jadi doctor, sampai ke sudah mereka kaitkan dengan jawapan saya yang awal tadi.
- Soalan 2: Jika kamu balik dair temuduga ni, dalam perjalanan pulang, kamu ada Nampak orang collapse, what should you do? Saya jawab, CPR. How to do CPR? Airways, then straight to compression (according to the new guideline bak kata doctor yang termuduga saya tu la). How many compressions? 30:2. Rate of compression? 100 compression per minute.
- Soalan 3: what do you know about acute coronary syndrome? Cakap la pasal Acute MI, unstable angina. AMI tu ada STEMI dan NSTEMI. Pastu dia tanya, what’s the different of treatment between STEMI dan NSTEMI? Cakap la STEMI tu guna thrombolytic tapi NSTEMI tak guna.
- Soalan 4: what are the signs of patient with heart disease? Cakap la sign dia. Dyspnea, pain (we should describe type of pain), where the pain radiates? Treatment of it. Aspirin, oxygen (refer buku la ye)
- Soalan 5: what is the endemic disease in Malaysia? Jawapannya dengue (demam denggi). Pastu dia suruh describe the signs and symptoms (refer Sarawak handbook). Lepas tu dia tanya blood picture in patient with dengue. Paling ketara adalah platelet dia rendah.
- Soalan 6: kalau dihantar ke mana-mana, kamu sanggup? Apa saya jawab? Saya jawab: sanggup tapi buat masa sekarang ni belum lagi bersedia untuk ke mana-mana selain dari sekitar Selangor. Lepas tu dia tanya, kalau lepas-lepas ni sanggup? Sanggup insyaallah.
Jadi kesimpulannnya, saya dapat tazkirah percuma hari ni. Kata penemuduga yang doctor tu: your knowledge in medical field is very lacking. You should study to become a good doctor (lebih kurang macam tu la). Kalau kita jadi doctor ni, biar dari hati, kita yang nak jadi doctor. Kita nak rasa gembira tengok pesakit kita sembuh. Dan pegawai SPA tu pesan: kita ni nak genggam bara api, biar genggam kuat-kuat. Jadi soalan terakhir untuk saya: are you ready to go all the way after this? Saya jawab: Yes I am READY and I am READY to learn.
Lebih kurang macam tu la sesi temuduga saya. Tapi bila dalam tu rasanya macam berdebarnya lain macam. Saya rasa kamu semua yang nak pergi temuduga, pay attention on what disease is more common in Malaysia. Tapi ada yang kata pegawai SPA tu tanya lebih teruk dari yang doctor. Tengok la kamu dapat bilik mana.
Untuk terakhirnya, saya ucapkan Semoga Berjaya kepada semua calon yang akan hadiri temuduga SPA. Dan kamu doakan saya lulus la temuduga ni ye. Doakan juga kawan-kawan saya yang lain.