Assalamualaikum wbt.
Kalau blog saya ni macam plurk.com (bagi sesiapa yang tahu), pasti karma saya sudah jatuh merudum akibat dari membiarkan blog saya bersawang tanpa update terbaru! *sigh*. Kalaulah saya ada pengikut blog ini, pasti mereka juga bosan menunggu bilalah agaknya saya mahu update blog ini. Silap haribulan, ada yang lari. Hihi..
Hurmm.. Minggu ini adalah minggu terakhir saya bersantai-santai sebab bermula dari minggu depan, saya akan mengikuti kursus induksi di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bharu. Alahai, bermulalah episod terbaru di dalam kisah kehidupan saya yang biasa-biasa ini. Tak tahulah bagaimana keadaan saya apabila mula bekerja nanti.
Saya amat berharap doa saya dikabulkan Allah. Masa depan saya juga diharapkan menjadi baik dan berkualiti. Ermm.. apa la yang saya mahu cakap sebenarnya ni?? Confuse la.. Hehe.. Apa yang saya cuba sampaikan? Saya sendiri pun tak tahu. Huhu..
Baru-baru ni saya ketagih kepada satu benda. Nak tahu saya ketagih apa? Yang pastinya, saya bukanlah ketagih benda yang bukan-bukan. Bukanlah dadah ke heroin ke, tapi sesuatu yang kamu juga mungkin lakukan! Nak tahu apa dia? Tunggu entri seterusnya.
Alhamdulillah saya dah nak masuk kerja. Dalam pada takut tu, pesan sahabat saya seorang ni: patutnya ko bersyukur dapat kerja! Jadi sebab tu saya ucap Alhamdulillah J
Sepanjang saya menguruskan hal untuk mula kerja ini, saya perlu membuat pemeriksaan kesihatan (medical check up) dan ujian air kending dadah (heroin & carnabis). Alhamdulillah semuanya normal belaka tanpa positif dadah walaupun seminggu sebelum tu, saya mengalami demam dan selesema yang agak teruk. Hamper saja saya suspect saya ada chicken pox sebab gatal-gatal dan tumbuh macam ruam chicken pox di kaki dan tangan yang makin bertambah hari demi hari. Tapi rupa-rupanya gatal tu sebab allergic dengan cadar. Haha..
Dan saya juga kena pergi berjumpa pesuruhjaya sumpah untuk mengesahkan saya bebas dari sebarang jenayah dan bankruptcy. Tapi yang ni senang je nak buat. Jumpa saja mana-mana pesuruhjaya sumpah, minta tanda tangan. Tapi kadang-kadang ada juga pesuruhjaya sumpah yang minta kita bacakan pengakuan tu. Dan biasanya akan dicaj. Saya kena RM 4 saja J
Tapi Alhamdulillah segala urusan saya dipermudahkan oleh Pemilik segala urusan, Rabbul Jalil. Kita rasa kita mampu menguruskan semua, tapi kita kena ingat, doa tu penting agar kita sentiasa dipermudahkan dalam melakukan sebarang urusan.
**harapnya saya boleh update lagi tentang ketagihan saya tu. Amin.