Assalamualaikum wbt.
Dah lama saya nak tulis tentang perkara ni. Antara adat dan syariat. Orang kita sekarang ni, bila tiba bab perkahwinan, mesti dulukan adat lepas tu baru nak fikir syariat. Mana taknya, cuba tengok eh.
1. Orang tua cakap, kalau nak kahwin tak boleh langkah bendul
Bendul apa nye yang nak dilangkah? Itu adat orang kita je yang mewujudkan istilah langkah bendul la, langkah batu la apa la. Tapi yang penting kan, pernikahan tu sendiri. Nikah tu yang syariat. Cuba fikir, kalau si adik dah ada calon yang sanggup nak dia, tapi si kakak takde siapa nak atau belum temu jodoh sampai 10 tahun, takkan si adik ni nak tunggu sampai 10 tahun baru boleh kahwin dek sebab ikut cakap orang tua jangan langkah bendul? Rezeki tu kan datang dari Allah. Kita je yang sibuk ada-adakan adat tu la adat ni la.
Kang kalau bantah, orang tua terasa hati, then kita juga yang tak cium bau syurga. Nak tak nak, kena gak ikut. Tapi orang tua kenalah juga difahamkan tentang syariat. Pernikahan ni kan satu benda yang suci, nak mengelakkan dari perkara-perkara yang tak diingini berlaku. Manusia ni selalu di pengaruhi oleh syaitan di sekeliling. Kita ni tak nampak syaitan. Kalau kita nampak, boleh la kata, " aku tak nak la buat perkara buruk." Kang nanti jadi macam bayi-bayi kat hospital tu, kebanyakannya single mother, dan lepas tu Islam pula tu! Siapa yang malu? Aku juga yang malu. Saudara aku buat macam tu.
Memang la orang kata jaga anak perempuan seorang lebih susah dari jaga 40 ekor lembu, tapi kalau betul cara didiknya, seorang anak perampuan tu lebih senang nak dijaga dari 100 ekor keldai! Ditambah lagi jika dia seorang yang solehah, siapa yang sejuk? Perut mak dia gak yang sejuk sebab mengandungkan dia. Ditambah juga lagi dengan doanya. Siapa yang untung? Ibu bapanya juga yang untung!
2. Pelamin, OP, dan segala yang sewaktu dengannnya.
Ok, bila dah dibagi kahwin, mulalah fikir persiapan segala. Bajunya la, pelamin la, khemah macam mana, gambar macam mana? Dan apa-apa lagi lah. Dengan sekarang barang semua dah naik, kalau simpan duit dari sekarang pun tak akan cukup sebab makin hari barang makin naik. Tapi aku ni tak salahkan orang yang buka bisnes macam tu. Rezeki diorang la tu. Bijak juga diorang sebab buat bisnes menguntungkan macam tu sebab sekarang ni semua orang nak kahwin. semua orang perlukan khidmat dan kepakaran diorang. Aku salute la kat diorang ni. Aku pernah bincang dgn kakak aku (since dia pun dah nak kahwin insyaallah), mesti satu hari nanti, golongan-golongan ni akan jadi kaya dulu sebab semua orang nak kahwin.
Ni lagi satu, kalau kenduri kahwin diserikan dengan alunan selawat dan nasyid memuji Tuhan kan lebih elok dari karaoke melalak sampai azan pun sayup-sayup je dengar. Tu lebih bagus sebab kita mengingatkan tetamu yang datang supaya sentiasa mengingati Tuhan dalam apa keadaan sekalipun. Jangan la sampai yang dah tua-tua pun nak menyanyi tunjuk suara sedap, tapi last-last pitching lari. Buat malu je. Huhu
Apa yang aku nak nasihatkan, kalau nak mengikut trend pun, jangan sampai membazir. Kita kena fikir kehidupan selepas berumah tangga, banyak lagi nak guna duit. Kalau dah ada anak nanti, nak kena guna duit beli lampin anak segala. Kalau time nak kahwin dah hutang keliling pinggang, nanti nak beli susu anak nak pakai apa? Daun? Cuba tengok mak ayah korang kahwin dulu macam mana? Sempoi je kan? Pakai baju pengantin songket, ada pelamin sikit, ada jemput orang makan-makan. Siap. Dapat juga hidup bahagia sampai anak besar panjang, dah jadi doktor, jurutera bagai. Yang penting berkat dan rahmat Allah. Doa banyak-banyak semoga perkahwinan tu diberkati.
Biarlah buat majlis mengikut kemampuan kita. Usah gah sangat sampai nak kena pinjam duit orang ni, pinjam duit orang tu. Nanti dah banyak sangat pinjam, tak terbayar. Kang nanti kena kejar dengan along, korang juga yang susah.
Aku tulis ni bukan apa, aku sekadar meluahkan apa yang aku dah lama rasa dalam benak hati aku ni, cewah. Dan aku harap tak ada sesiapa yang terasa hati dengan apa yang aku tulis ni. Kalau ada yang terasa, aku minta maaf sangat-sangat la. Aku menulis supaya aku sendiri akan ingat so that, aku tak buat nanti.
