Assalamualaikum wbt.
Kisah ini agak straight to the point. Jadi mungkin ada di kalangan kamu yang akan jadi malu (ataupun akan cakap, penulis ni tak malu ke nak tulis benda macam ni? Tapi saya tulis untuk bagi kesedaran kepada kaum wanita di luar sana, termasuk peringatan untuk diri saya sendiri)
****************************************************************
Masa saya tagging 2 minggu, saya ada jaga seorang pesakit ni. Seorang perempuan. Makcik S. Dia dikatakan menghidapi Invasive ductal carcinoma of right breast setahun yang lepas selepas keputusan biopsy of breast tissue menyatakan yang keputusan itu adalah carcinoma (kanser). Dia kemudiannya dijadualkan untuk menjalani pembedahan right mastectomy (buang keseluruhan payudara kanan), dan selepas pembedahan itu, saya yang menjaganya sepanjang 2 minggu.
Mulanya makcik S perasan ada benjolan di payudara kanannya, dan dia macam tak ambil kisah pun, walaupun dah lepas setahun benjolan tu tak surut. Sampailah sejak 3 bulan sebelum dia menjalani pembedahan tu, dia merasakan benjolan tu semakin besar tapi tak sakit. Tak ada perubahan pada kulit di sekeliling benjolan tu dan tak ada keluar apa-apa cecair pun dari putingnya. Disebabkan saiznya semakin besar, dia pergi klinik pembedahan (SOPD) dan berjumpa dengan my MO. After mammogram and biopsy, she was diagnosed to have invasive ductal carcinoma of right breast.
Dia seorang perempuan. India. Sepanjang saya menjaganya, dia seorang yang sangat sporting, positif dan gembira saja selalu. Dia ada dua orang anak perempuan, dan salah seorang tu memang selalu datang menjaganya. Masa saya menjaga dia, saya selalu berborak dengan dia tentang kehidupan. Pernah sekali saya tanya, "Auntie, anak tak datang ke harini?" Kamu tau apa dia cakap? "Tak la doktor. Tak apa, diorang kerja. Saya tak nak menyusahkan diorang. Saya sudah tua, sudah tak nak menyusahkan saya punya anak. Suami saya pun sudah mati. Lagipun nanti kalau nak mati pun, saya memang tak nak susahkan anak saya."
Masa saya dengar dia cakap tu, hati saya jadi meruntun. Rupanya ini perasaan seorang ibu. Betullah kata orang, kasih ibu sampai ke syurga.
Dia sangat rajin buat exercise selepas daripada pembedahan tu. Tak payah disuruh, mesti buat. Makcik S ni memang boleh dijadikan contoh. Sampai ada satu tahap tu, seorang pesakit lain dijadualkan untuk menjalani mastectomy juga disebabkan kanser, tapi dia tak mahu walaupun dah diconsult beberapa kali dan beberapa orang termasuklah pakar saya. Akhirnya, pakar saya suruh dia berjumpa dengan makcik S ni, tak tahulah apa yang makcik S ni cakap, lepas tu dia terus setuju nak buat operation tu. Hurmm sangat positif bukan? Bukan semua perempuan akan setuju jika nak dibuang breast. Itu ibarat hilang barang berharga. Tapi bila saya tanya makcik S macam mana dia boleh setuju nak buang keseluruhan breast tu, dia cakap," Doktor, saya ni ada kanser, sebelum merebak, baik saya buang. Lagipun anak saya dah besar, suami pun dah lama mati. Saya tak nak menyusahkan anak saya kalau sakit saya makin teruk." Waaah.. ini buat saya lagi kagum dia Makcik S ni.
Nasihat saya untuk wanita-wanita di luar sana, lakukanlah BSE (breast self examination), jika anda perasan ada lump, cepat-cepat dapatkan nasihat yang pakar. Lebih baik awal dari terlambat. Ramai pesakit kat hospital saya tu yang ada kanser payudara, sampai merebak ke organ lain hanya disebabkan tidak ambil endah dengan benjolan yang kecil. Bila dah merebak, kadar untuk sembuh amat tipis. Jadi, CEGAH SEBELUM TERLAMBAT! Eh, dah macam iklan TV plak ye hihi