Pages

Thursday, December 20, 2012

Rakan Terbaik


Assalamualaikum wbt.

Kita tinggalkan dahulu episod 1 haritu. Ni kita nak cerita tentang RT. RT tu apa? Rakan Terbaik. Pada saya rakan terbaik adalah yang memang terbaik. Mereka ini yang sanggup ada dekat denagn saya dalam apa jua keadaan pun terutama bila di Moscow dulu. Mereka memang terbaik!! 

Saya sejak duduk Moscow dulu banyak benda saya belajar. Tentang persahabatan, ukhwah, tanggungjawab dan banyak lagi la. Di Moscow dulu saya ada tiga orang sahabat yang saya paling percaya (Rakan Terbaik saya la) selain dari housemates saya yang paling disayangi (cewah!! part sayang tu memang betul ok!), yang mana saya boleh cerita semua benda yang saya nak cerita. Dan saya yakin tiga orang ni boleh menyimpannya seselamat mungkin. Dua perempuan dan seorang lelaki. Hurmm. Lelaki? Pelik kan? Saya ada close friend which is a guy? Weird.. Tak apa, baca dulu cerita saya. 

Pertam sekali kawan saya nama dia Pipah. Orangnya kecil saja. Sama kecil dan comel macam KS hihi.. Sorry KS, nampak orang kecil molek aje Wani ingat kat KS. Hehe.. Saya kenal Pipah ni dari Intec lagi. Kami sama-sama satu tajaan masa ke Moscow dulu. Kami juga sama-sama berjuang untuk menaikkan elaun saraan hidup kami di Moscow masa dulu-dulu sebab kami rasa susahnya hidup tak cukup biayaan di Moscow, dalam pada masa yang sama tak mahu menyusahkan ibu bapa di Malaysia. Kami sama-sama susah untuk membuat kertas kerja memohon kenaikan elaun. Dia teman satu bilik msa kat Intec dulu. Dulu saya selalu balik rumah dia, mana taknya, Intec tu kat Shah Alam, rumah dia pun kat Shah Alam, jadi balik rumah je la kerjanya. Emak dengan Abah pun dah sampai kenal dengan Pipah ni, siap menggelarnya Budak Yang Rumahnya Bawah Bukit. Betul! Rumahnya memang terletak di bawah bukit di Seksyen 6 Shah Alam. Betul-betul berhadapan dengan Bangunan Sultan Alam Shah (atau Pejabat SUK Negeri Selangor). 



Inilah kawan I hehe.. Sekarang ni dia jadi houseman kat JB. Lama dah tak contact dia. Macam dah terloss contact la pula kan. Nombor telefon dia pun tak ada. Saya doakan dia tenang. 

Yang kedua kawan saya adalah Miza. Dia ni pula saya dah kenal dari zaman sekolah masa kat Sambest dulu. Tapi masa kat sekolah tak pernahnya tegur. Dia cakap saya suka kawan dengan geng pengawas aje! (huhu.. bunyi cam assobiyah la plak kan). Tapi bila dah pergi Moscow sama-sama jadi rapat pula. Dulu masa kat Moscow kami berdua bergiat aktif dalam Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) dan usrah jugalah yang mengikat hati kami. Hurmmm saya selalu bergerak pergi jaulah ke atau usrah ke dengan Miza ni. Awal-awal pagi bangun dan bertolak sama-sama ke usrah. 

Miza ni sekarang di Kota Bharu, houseman kat sana. Asal orang KL, tapi mungkin sekarang dah pandai kecek Kelate kot. Hihi.. Kadang-kadang tahu juga cerita dia dari FB. Nombor telefon dian pun tak tukar, jadi kadang-kadang tu ada la juga tanya khabar dia.. I hope she is doing well over there. 



Yang ketiga pula nama dia Fikri. Ni lelaki la eh. Dia ni saya kenal bila dah sampai Moscow. Dia senior setahun saya. Dia dah duduk Moscow lebih setahun dari saya sebab dia buat persediaan di Moscow. Jadi datang-datang aje dah kenal tapi kenal-kenal macam tu je la. Cara kami kenal ni pelik sikit. Mungkin ada yang tergelak la kan.. Waktu tu kami tengah memasak ni di dapur (atau lebih dikenali dengan common kitchen) masa di hostel lama (Pushkin) dulu. Dia ada seorang roomate namanya Ammar. Jadi waktu tu saya tanya la nama dia, konon-konon nak break the ice la kan. Tapi disalahfahamnya, dia ingat saya nak cari gaduh dengannya. Bila dah jadi macam tu, saya jadi takut dengannya, ye la mana taknya mukanya selalu saja nampak bengis/garang, masam aje.. Dahinya selalu saja berkerut seolah menanggung beban yang berat, yang tak ada siapa boleh tolong :-P Saya ni bukanlah orang yang suka mengeruhkan keadaan, jadi kalau ada orang yang salah faham dengan saya, saya nak cepat-cepat menjernihkan keadaan.

Disebabkan masa tu saya rasa dia ingat saya nak cari pasal dengan dia, saya cari jalan macam mana nak berbaik semula dengan dia. Bukan sebab saya menggatal ke apa ke, tapi ye la duduk jauh dengan famili, kawan la tempat kita minta tolong kan. 

Dulu saya suka main ping pong (sejak sekolah lagi dan sampai sekarang, tapi tak hebat mana pun). Punyalah suka main, sampai saya sanggup bawa bola dengan bet ping pong ke Moscow. Orang Moscow tahu la yang saya sangat suka main ping pong. Dulu budak tahun pertama mula kuliah lambat sikit. Jadi saya yang suka main ping pong ni pun selalu la ajak si Fikri ni main ping pong, kebetulan hostel Pushkin tu ada meja ping pong dan saya ada bet ping pong lebih. Yang peliknya dia yang kata saya nak cari pasal ni pun terima la pelawaan saya ajak dia main ping pong. Mungkin dia ni kaki main kot huhu.. Jadi sambil main tu saya tanya-tanya sikit-sikit berkenaan diri dia. Masa tu la saya baru tahu yang dia ni dulu sekolah lelaki. MCKK. Hurm padanlah malu benar dengan perempuan :-P

Yang ni saya tak ada la plak gambar berdua. Huhu..

Tapi dalam masa yang sama kumpulan saya dulu pun antara kawan-kawan yang best terutama kalau bab bergosip hihi..
 Ni Miza dan Pipah
 Miza, ingat tak kita pergi jaulah ke Sabah dulu? Rindu dengan memori

  Ni pun gambar kawan-kawan daku yang sangat dirindui. Hihi

Jadi mereka inilah yang buat saya kuat masa belajar dulu.. Saya doakan mereka ini bahagia dan berjaya dalam hidup.


Rindunya zaman Moscow!! Rindu Moscow dan seisinya. Sekarang winter. Rindu sejuknya Winter Moscow.