Pages

Monday, August 5, 2013

Hati kecilku terusik

Assalamualaikum wbt.

Menitis juga air mata aku di sebalik topeng muka (baca: mask) tatkala aku melihat seorang pakcik tua disorong dengan kerusi roda masuk ke Unit Rawatan Rapi petang semalam. Waktu itu aku sedang berada di komputer menyelesaikan kerja aku pada hari itu. Pakcik itu disorong masuk untuk melawat seorang pesakit yang katilnya betul-betul bertentangan dengan kaunter misi yang sedang aku duduk itu. Aku kira pesakit itu yang juga seorang perempuan mungkin juga isterinya.. 

Aku terpandang pakcik itu. Aku melihat dia sedang mengesat air matanya sambil memegang tangan makcik yang terlantar di atas katil ICU. Tak semena-mena air mata ini keluar mengalir sama laju dengan air mata pakcik itu.. Allah.. Sedihnya aku melihat insiden tersebut.. Di hari akhir puasa ini, tambah-tambah lagi dah nak raya, pasti pakcik tu dan seluruh keluarganya sedang bersedih di saat makcik itu masih terlantar di ICU.

Aku dah tak sanggup nak terus menonton drama air mata tu lalu aku pergi meninggalkan ICU dan terus ke High Dependency Unit. 

Untuk makluman, aku kini telah memasuki fasa akhir housemanship (posting terakhir) iaitu Anestesiologi (pembiusan). Hanya tinggal 2 bulan saja lagi untuk aku menamatkan HO-ship aku ni.. Tapi boleh aku katakan di Jabatan inilah aku rasa aku paling stress sekali sebab banyak perkara yang aku kena belajar semula. Banyak benda aku kena ambil tahu. Banyak benda aku kena buat. Rasa macam dah jadi 1st poster semula.. Tapi aku ambil semua itu sebagai cabaran dalam menguatkan lagi diri aku dan menjadikan aku seorang doktor yang kompeten dan berdaya saing. 

Ramadan berbaki lagi 3 hari. Marilah kita sama-sama  memantapkan ibadah dalam mencari keredhaan Allah SWT. Dalam pada membuat persiapan hari raya yang bakal menjelang, ingatlah kita pada golongan yang kurang upaya dan kurang berkemampuan. Jangan sampai persiapan raya kita TERover sampai berlaku pembaziran dan sebagainya. Bukan setiap masa kita senang. Wallahu a'lam.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN andai kata aku ada tersilap kata dalam setiap apa yang aku tulis di sini. From Little Hands menghulurkan salam kemaafan buat semua.