Assalamualaikum wbt.
Selamat hari raya aidil adha aku ucapkan pada semua bloggers yang sudah bercuti, yang tak dapat cuti atau yang memang tak bekerja. Hehe.. Tak adalah. Lagipun, sekarang ini musim cuti. Budak - budak SPM pun sudah habis periksa. Memang cuti raya kali ini meriah la. Macam di rumah aku sekarang, Abah, Emak dan satu keluarga buat korban lembu. Ada lembu seekor di halaman rumah yang sedang berhujan masa aku telefon rumah tadi. Abah kata salah kakak aku, Nana tak pergi payungkan lembu tu. Aku punyalah gelak sampai berair mata aku. Aku berborak dengan Nana, dia kata dia nanti nak selimutkan lembu tu supaya tak sejuk sangat terkena hujan. Haha.. Memang kerja aku asyik gelak saja. Sebetulnya mahu salam raya. Sudahnya jadi sesi buat lawak.
Di rumah sekarang semua ahli keluarga aku pulang beraya. Kecuali aku dan Kak Mija. Masa aku telefon tadi, mereka semua sedang menggentel karipap. Karipap sardin untuk dijamu pada orang yang melapah daging nanti. Tambah lagi juadah lain adalah soto. Sedapnya.. Soto Emaklah yang aku paling rindu sekarang ni. Dengan bergedel dagingnya, daging ayam cariknya, dan macam - macam lagilah. Sekarang ini anak - anak saudara aku sudah besar semuanya. Sudah pandai usik - mengusik. Mengusik sampai menangis pula tu. Pasti sangat seronok suasana di rumah. Aku pesan pada Mia supaya ambil gambar setiap event yang berlaku di rumah. Dari saudara mara, gambar family, orang sembelih lembu, gambar rumah baru renovate dan semua la.
Tadi ada takbir di bilik atas. Takbir raya. Manis semua berbaju kurung. Malam raya la katakan. Sebab bukan semuanya boleh beraya esok. Jadi beraya awal sedikit la malam ni. Esok bolehlah aku solat raya di kedutaan.
**Aku baru sedar aku ini ada stage fright rupanya.