salam
hari ni sgt lega..segala apa yg ditunggu-tunggu semua dh berakhir! hari ni baru habis colloq microb. Isnin lepas dh settle satu> biochemistry..
Alhamdulillah..Maha Suci Allah membantu aku di saat aku memerlukanNya..
sebenarnya dalam tengah sibuk bersedia untuk colloq, sempat jugak aku membaca blog kawan. Dia cakap tentang 'couple'. Bunyinya seakan marah sungguh dengan golongan yang ber'couple' ni.. Mungkin sebab ramai dari kawan2 dia yang meletakkan status friendster sebagai 'married'/'in a relationship'/'it's complicated'.. Dan lagi, dia sangat bangga meletakkan status 'single' di profilenya. Lagi satu, mungkin juga marah dengan remaja Islam zaman sekarang yang kurang perasaan malunya dengan meletakkan gambar mereka bersama couple masing - masing..(kalau perasan, siap berlaga - laga pipi lagi!!). Kalau aku pun, aku akan rasa marah juga, sebab seolah - olah kurang malu dengan mempamerkan gambar sedemikian! Lain pula ceritanya jika sudah berkahwin!! Aku sangat yakin yang ramai bersetuju dengan pendapat aku..tak gitu??
aku pun bukanlah seorang yang layak sebenarnya nak perkatakan pasal benda ni.. Sekadar memberi feedback dengan apa yang kawan aku tu kata..Kalau dengar nasyid zaman sekarang pun, semuanya sudah berunsur cinta..Dalam nasyid tu pun dah bagi garis panduan bagaimana cara 'bercinta' dalam Islam.. Banyak batasan kena jaga. Ala, bukan susah pun kalau kita betul2 rasa nak laksanakan..kan??
Tapi, cakap pasal cinta, bukan bermakna cinta terhadap manusia saja kan? Kalau bercinta dengan manusia pun, sudah pasti 'makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi...tak mungkin tak basah!!Lainlah kalau tak mandi!'~ah, just joking!. Tambah lagi cinta sesama manusia ni tidak akan kekal pun. Tapi, kita kena sentiasa sedar, rasa cinta kepada Pencipta itu pun sebenarnya sudah cukup untuk melembutkan hati setiap pemilik kasihNya itu..Tambah lagi kasih sayangNya kekal abadi.Yang itu lebih bermakna, malah jauh lebih berharga daripada nilai mutiara, zamrud, berlian atau apa saja.. Sedang rasa cinta Rasulullah pun tidak pernah berubah terhadap umat Baginda.
Sebenarnya, tu intro je.. aku nak share rasa cinta aku pula.. Cinta aku pada 'dia' sudah tidak boleh disangkal lagi! Walau apa pun orang mengata pasal 'dia', betapa buruknya 'dia', betapa xbestnya 'dia', aku takkan percaya. Bagi aku 'dia'lah saja yang akan bersama aku (insyaAllah) sepanjang hidupku.. Tak mungkin akan kugantikan dengan yang lain!
Pertama kali aku bersama dengan 'dia', sewaktu aku di tingkatan 1 lagi.. sudah lama kan?? Memang jodoh aku selalu bersama dengan 'dia'. Kami tidak pernah berpisah.. Tatkala di mana aku berpijak, di situ jugalah 'dia' akan berada. Sampai ke Moscow 'dia' mengikut aku ('dia' ikut ke atau aku yang ikut?:p). Hari minggu ni, aku akan berjumpa dengan 'dia'. Sungguh! Aku rindu nak berjumpa dengan 'dia'. Sepatutnya harini aku pergi menemui 'dia', tapi colloq aku habis lambat. Maka aku pun terus balik tanpa bersua pun dengan 'dia'! Tapi takpe sebab aku banyak lagi masa nak berjumpa..Sabar Wani.. Ada masanya..Akan aku tunggu.. 'DIA' adalah............si ping pong!
hehe..Memang aku rindu nak main pingpong..Teringat waktu kat Sambest dulu, geng2 aku main ping pong. Kebanyakan belajar semua dah jauh2. Asma' dan Ummu di Jordan. Partner regu aku pun sekarang di UiTM Shah Alam. Nurul Liyana Mohd Sharif namanya. Dia saja pasangan regu yang aku paling serasi. Ala2 serasi bersama gitu! huhu.. Mula aku belajar berkecimpung dalam dunia ping pong ni masa ting 1 (aku dah sebut kat atas tadi..).Masa tu aku dipaksa main oleh kakak2 f5 sebab kena jadi wakil rumah. Makanya, tiap2 tahun pun aku jadi wakil rumah aku seterusnya jadi wakil sekolah. Paling tinggi pencapaian aku setakat ni>>jadi wakil daerah ke peringkat negeri Selangor. Masa tu aku just dapat naib johan je. Sedih sangat. Tu pun waktu f5. Macam tulah kisahnya macam mana aku boleh terlibat dalam hubungan dengan si ping pong ni..Dan aku tau, ni bukanlah cerita menarik sepertimana kisah cinta korang. Tapi aku bangga dapat memupuk rasa cinta ni! ( sudah pastinya cintakan Allah melebihi segalanya..ingat tu!)
"Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
~hanya kerana cinta..segala yang pahit, manis dirasa, ia penawar duka, pendamai di jiwa~pupuklah ia dengan tanamkan iman dan islam, bertemankan taqwa~