Pages

Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Wednesday, December 3, 2008

Tukang Urut

Assalamualaikum wbt.

Tak banyak perkara berlaku hari ini. Cumanya, hari ini aku ada kelas Therapy di hospital yang lebih dikenali dengan nama Shessot Koyek (shessot=600). Kenapa namanya begitu? Dulu hospital ini mampu menempatkan seramai 600 pesakit dalam satu masa. Sebab itu, namanya begitu. Informasi ini aku tahu semasa aku belajar subjek Hygiene semester lepas.

Hari pertama kelas sudah dapat pesakit yang kami perlu ambil case historynya. Mujur aku kumpulan pertama yang diberi pesakit. Kami berempat, dan pesakit itu dahulunya adalah seorang doktor kanak - kanak (paedietrician). Apa yang kami tanya, kalau kami tak berapa faham term dalam russian, beliau akan beritahu kami istilah dalam perubatan. Jadi, tak ada banyak masalah la. Tak apa, kita dalam proses pembelajaran. Lama - lama nanti, mahirlah.

Sejak bangun pagi ini, aku rasa tangan kiri aku sangat sengal. Sakit. Memang aku tak boleh langsung angkat benda berat. Kata KS, muscle spasm. Semalam pegang cawan pun, menggeletar. Nak kata hypoglycemic (baca : kurang gula), pagi itu aku ambil nasi sebagai sarapan. Takkanlah kurang gula kot. Berganda - ganda gula dalam badan. Hurm. Takut cawan tu jatuh, aku pegang tangan kanan. Pagi ini, terasa sakit pula. Di sini, jika hendak masuk hospital, kami dikehendaki membawa kasut lain dan menukarnya sebelum masuk ke bahagian wad atau kelas. Mungkin tak mahu ada sebarang kekotoran yang dibawa dari jalanan kot. Dan aku, sepanjang berada di hospital pagi ini, aku hanya pegang plastik yang berisi kasut tukar aku dengan tangan kanan. Padahal kasut itu bukanlah berat sangat.

Balik - balik rumah saja, KS sudah berada di meja biliknya. Selepas usai solat Asar, aku minta khidmat KS mengurut tangan aku. Hurm. Bagus benar duduk 205 ini. Tukang urut ada, tukang masak ada, semua tukang ada. Baguih! Hehe.. Berbekalkan minyak panas berwarna merah, diurutnya sambil kerja aku hanya mengetap bibir tanda menahan sakit. Sakit! Rasa macam bila kaki kejang tu. Sakit macam tu la. Rasa berat saja. Kalau sakit begini, seksanya ketika sejuk. Suhu sejuk mencengkam tulang buat rasa mencucuk - cucuk. Nampak gayanya, lepas ini, semua barang aku minta orang lain tolong angkat la! =)

Masuk cycle Therapy ini, aku kena atur balik jadual tidur aku. Kena berlatih bangun awal pagi. Ini termasuk, tidak boleh tidur selepas subuh. Jika tak, alamat terlepas kelas lah aku. Tapi ini agak susah sebab kena bersiap awal walaupun waktu Subuh belum habis lagi. Rasa macam waktu zaman sekolah dulu -dulu. Huhu.