Pages

Monday, April 6, 2009

Adakah Anda Si Bakhil?

Assalamualaikum wbt.

Hujung minggu aku terisi dengan macam - macam aktiviti termasuk tidur. Semalam pengisian usrah sangat seronok. Peringatan yang kadang - kadang kita sendiri abaikan tapi sebenarnya itulah benda yang paling penting sekali.

Antara yang aku dapat semalam adalah kita kena elakkan daripada dapat penyakit rohani, salah satunya adalah sifat BAKHIL. Bila sebut bakhil ni, pertama sekali yang terlintas dalam kepala otak aku ini adalah Haji Bakhil yang dalam cerita P. Ramlee tu. Serius! Aku tak tipu. Kalau mana - mana orang jumpa orang kedekut ke, mesti dia cakap : Kau ni macam Haji Bakhil! Tak pasal - pasal nama Hj Bakhil terkenal. Hahaha..

Bakhil ni kata lainnya kedekut. Orang minta sikit, tak nak bagi. Minta derma sikit, teragak - agak nak beri. Biasanya orang jadi kedekut ni bila ianya berkaitan dengan harta. Tak adanya jumpa orang yang kedekut nak beri pertolongan. Kenapa macam tu? Sebab harta ni benda yang kita boleh nampak kalau ianya berkurang. Tapi kalau kita bakhil dari segi pertolongan, orang tak kata kita bakhil pun. Paling tidak, orang kata kita ni pentingkan diri sendiri.

Harta ini tak bawa kita pergi mati nanti. Setiap harta yang kita dapat ni adalah anugerah dari Allah. Sesedikit mana duit scholar yang kita dapat ni, kalau kita bersyukur di atas setiap sen yang kita dapat tu, insyaAllah cukup makan pakai kita. Macam aku dulu, sebelum duit scholar aku naik, aku bersyukur dengan apa yang ada walaupun senior - senior semua terkejut bila dengar amount yang kami dapat tu. Tapi ye la, kena ikat perut sikitlah. Tu yang jadi kurus sikit tu! Haha..

Dan jangan ingat harta yang kita ada itu semuanya milik mutlak kita. Setiap dari harta yang kita ada itu, ada juga bahagiannya untuk orang lain. Contohnya la kan, yang paling dekat, duit yang kita ada tu, ada sebahagiannya adalah untuk kawan kita. Jadi, jangan jadi Hj Bakhil kalau nak belanja orang lain! Hehehe.. Itu satu contoh je. Kenapa? Ada siapa - siapa nak belanja aku ke? Huhu

Jadi kat sini, aku tinggalkan satu ayat : Surah Ali Imran, ayat 180.

"Dan jangan sekali - kali orang - orang yang kikir dengan apa yang diberikan Allah kepada mereka dari karunia - Nya, mengira bahawa kikir itu baik bagi mereka, padahal (kikir) itu buruk bagi mereka. Apa (harta) yang mereka kikirkan itu akan dikalungkan (di lehernya) pada hari kiamat. Milik Allah - lah warisan (apa yang ada) di langit dan di bumi. Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."


Bakhil ni bukan setakat harta saja. Jangan jadi bakhil ilmu juga. Kalau kita ada ilmu, kongsi dengan orang. Tak ruginya, makin bertambah lagi ada. Kan Ilmu Yang Diamalkan Seperti Pohon Yang Berbuah? Kalau ada ilmu, tapi tak mahu kongsi dengan orang, serupa macam kita tanam pokok buah tapi berjanggut la kita tunggu buah tu, bilalah dia nak tumbuh! Macam kita tanam pokok buah yang mandul! Hahaha.. *Atau kalau lagi laser, kalau ada notes lebih ke apa ke, buat - buat la kongsi dengan orang. Takkan kita nak jadi Hj Bakhil berjaya sorang - sorang? Tak kisahlah orang lain itu dah ada ke, tak ada ke, kita kongsi saja. Bukan susah pun. Apa salahnya kita berjaya ramai - ramai, lepas itu kita tolong majukan Islam dengan ilmu yang kita ada. Jangan biar ada yang tercicir. Kalau ada yang leka, ingatkan dia, bukan biarkan saja. Mentang - mentang si dia itu malas, kita pun "Ah, tak ada rupa gaya nak belajar pun, biarkan je la!" Itu gaya orang berlagak macam dia tahu semua benda, tapi dia tak ingat ada lagi Yang Maha Mengetahui walaupun benda yang dia tak tahu.*

Kalau kita sibuk kata "Oh, kita belajar untuk Islam ni, nak majukan Islam" tapi pada masa yang sama, kita sendiri yang tak mahu tolong kawan sesama Islam kita. Kalau kita tolong dia jangan bagi dia tercicir, macam itu barulah Islam itu kuat kerana pengikutnya bersatu padu.

**Pesanan penaja : Bakhil ni tak elok. Buat apa jadi bakhil? Tak ada untungnya.

Friday, April 3, 2009

Polis

Assalamualaikum wbt.

Pagi Jumaat ini ada satu benda yang buat aku tergelak. Tadi aku ada buat satu quiz di FB ni : Pekerjaan anda yang sepatutnya. Dan nak tahu apa jawapan yang aku dapat? POLIS! Hahahaha.. Dan penerangan yang dia bagi adalah : Anda adalah seorang yang tegas dan berdisiplin. Boleh juga dikategorikan sebagai garang, cenge dan bekeng. Budak budak takut melihat kelibat anda. Hahaha.. Memang buat aku tergelak guling - guling. Ada ke kata aku ni cenge dan bekeng! Benda alah tu pun aku tak tahu apa maksud dia. Sudahlah jawapannya polis, letak gambar Inspektor Haliza yang dalam Gerak Khas tu, memang kelakar.

Dulu mungkin ye. Sebab dulu masa aku kecil - kecil, aku sangat meminati watak Inspektor Haliza. Rasa macam nak jadi macam dia. Tapi sekarang tidak lagi. Hehe.. Kalau dia letak cikgu ke, jurutera ke, boleh la aku pertimbangkan. Ini letak polis. Aduhai.. FB

Aku ni garang sangat ke sampai boleh jadi polis? Mana ada garang sangat pun. Setakat laser sikit - sikit tu ada la. Tak garang pun. Huhu..

**Tips untuk tidak jadi bengis : Rajinkan senyum. Senyum la.. Ha, kan manis begitu! =)

...

Assalamualaikum wbt.

Rasa macam tak produktif betul. Mujur dah nak masuk hari minggu. Boleh buat refleksi diri, betulkan apa yang patut. Hish, rasa nak sepak - sepak diri sendiri pun ada juga.

Sekarang ini, aku pantang sikit, lepak sekejap je atas katil, terus tertidur. Tak kiralah katil tu springnya dah naik tajam mencucuk - cucuk pun, aku masih nyenyak tidur, tak kira sekeliling dah. Hurmm.. Apa nak buat ni. Ping pong kot? Kena tunggu hujung minggu untuk praktis. Lama nya.

Wednesday, April 1, 2009

Karipap

Assalamualaikum wbt.

Pagi ini aku terbangun awal pula. Memandangkan hari ini hari pertama untuk cycle baru, aku bangun awal tapi tak tahu nak buat apa. Jadi aku buka laptop, tertengok pula cerita Minah Karipap. Entah macam mana entah boleh tertengok. Bila mula tengok saja, teringat pada karipap. Bila tengok lagi, terasa ingin makan karipap. Tengok dan tengok lagi, hish, ini aku dah sampai tahap kena buat karipap ni!

Balik saja kelas, teurs beli barang buat karipap. Tepung, kentang, ayam sikit, daun sup. Serbuk kari, bawang masih ada lagi. Lepas solat Zuhur, aku mula bertukang di dapur. Tung tang.. Tung tang..

Dalam 3 jam, siap karipap aku! Hilang kempunan aku nak makan karipap. Tapi maaflah, gambar tak diambil sebab malu. Rupanya tak secantik karipap yang dijual di warung - warung. Setakat makan sendiri boleh lah.

**Kalau rajin praktis buat karipap, lepas ni boleh buat bisnes karipap sebagai aktiviti part time! Hahaha.. Dah Wanie, jangan mengarut!

Entah Apa Entah

Assalamualaikum wbt.

Apa yang membuatkan aku terbangun awal pagi ini adalah mimpi aku. Pelik benar mimpi tu. Rasa nak tergelak pun ada juga. Dan bagus juga mimpi tu. Buat aku terbangunsebab aku tak solat Isya lagi masa tu. Mujur tersedar. Semalam tak sedar, tahu - tahu dah tertidur.

Dalam mimpi tu, aku dan kawan - kawan aku menyertai satu rombongan. Tak ingat ke mana. Mungkin nak ke Volgograd kot, yang aku tahu ianya mengambil masa yang lama. Ada 3 ke 4 bas yang membawa kami ni. Apa yang membuatkan aku terbangun pagi ini adalah, aku terlupa nak bawa barang - barang aku! Aku dengan selambanya jalan sehelai sepinggang. Padahal beg aku tu sebenarnya dah siap pack dah. Cuma aku tertinggal kat depan pintu bilik aku. Tengok orang lain siap dengan beg besar lagi. Dengan aku hanya telefon bimbit. Bas yang aku naik itu bertolak paling awal sekali sebab terletak paling depan. Jadi aku telefon kawan aku yang hampir nak bertolak (bas paling belakang). Minta dia tolong cakap dengan pakcik bas tu, supaya tunggu kejap, dan dia boleh tolong ambilkan beg aku yang tertinggal tu. Nasib baik pakcik tu baik. Dia pun tunggu dan beg aku pun dapat dibawa! Hehe..

Dan lepas itu aku tersedar. Rasa kelakar pula mimpi ni. Tak payah kongsi pun tak apa kot. Tapi saja je. Menceriakan hari aku pagi - pagi gini. =D