Pages

Friday, April 3, 2009

Polis

Assalamualaikum wbt.

Pagi Jumaat ini ada satu benda yang buat aku tergelak. Tadi aku ada buat satu quiz di FB ni : Pekerjaan anda yang sepatutnya. Dan nak tahu apa jawapan yang aku dapat? POLIS! Hahahaha.. Dan penerangan yang dia bagi adalah : Anda adalah seorang yang tegas dan berdisiplin. Boleh juga dikategorikan sebagai garang, cenge dan bekeng. Budak budak takut melihat kelibat anda. Hahaha.. Memang buat aku tergelak guling - guling. Ada ke kata aku ni cenge dan bekeng! Benda alah tu pun aku tak tahu apa maksud dia. Sudahlah jawapannya polis, letak gambar Inspektor Haliza yang dalam Gerak Khas tu, memang kelakar.

Dulu mungkin ye. Sebab dulu masa aku kecil - kecil, aku sangat meminati watak Inspektor Haliza. Rasa macam nak jadi macam dia. Tapi sekarang tidak lagi. Hehe.. Kalau dia letak cikgu ke, jurutera ke, boleh la aku pertimbangkan. Ini letak polis. Aduhai.. FB

Aku ni garang sangat ke sampai boleh jadi polis? Mana ada garang sangat pun. Setakat laser sikit - sikit tu ada la. Tak garang pun. Huhu..

**Tips untuk tidak jadi bengis : Rajinkan senyum. Senyum la.. Ha, kan manis begitu! =)

10 comments:

Ain Mardhiah said...

akak, meh ganti ainul kat sini nak? hehehe

Achmad said...

salam wanie, dubre den!!

saya akan sentiasa SENYUM selalu!!!

tq for ur TIP..! dasvidanya!!!

KS said...

Lucu la pulak rasanya. Polis pun polis la. Sat lagi KS pun nak buat jugak la kuiz ni. Huhu.

Shazwani Adnan said...

salam

Ainul : KEnapa? Awak selalu kena kacau ke? dgn pak2 arab ek?

Achmed : bagusla

KS : Haha.. mmg kelakar. apa la agaknya kerja ks sepatutnya

MakcikMuda said...

nak buat gak :))

salam,wanie.

lame da x menjengah.sorry2.
busy membesaukan montot kat umah. haha!

adakah sihat?
*nak qadak sume entry yg tertinggal.

uiks!
rynn garang tp xtau lew bengis kew x.
tapi mmg kuat senyum n gelak. haha!

Ain Mardhiah said...

bukan la akak.. saya tak pernah kena lagi, alhamdulillah.. tapi ramai dah penah kena, saya tukang terima laporan ngan tukang pikir nak buat apa kasi diaorang tak kena dah a.k.a polis yang berjaya.. hehe

akak, sukan irbid nak dekat. Kak asma for sure masuk pingpong. Ainul ngan kak amna beraksi lagi utk bola jaring.. Best main ngan kak amna. dia ganas! hehe

Anonymous said...

nasib baik tak kena pekerjaan "penebar roti canai".hahaha

Shazwani Adnan said...

salam

Rynn : haah la ryn. lama tak nampak awak kat sini. garang ke ryn nih? hurmm.. kena tunjuk sket meh. baru la tau ryn ni garang ke idak! hehe

Pire : Apehal ni sengih2? *garang cam polis tak?* kah3

Ainul : ooo.. kita pon banyak je dgr kat sana ramai budak2 kena kacau dek mamat arab tu.mungkin comel lote benar kot. :D

Anon : Hish, kalau penebar roti canai tu best juga. Hari2 boleh makan roti canai.

akukopi said...

hak3x... polis.. jadik mem r.. hahahaha.. cenge (slang utara) tue garang, bekeng tue pun garang... lama tak dengaq perkataan tue, mujuq dia tak boh kahaq.. hahahahah, pasni anda kena jadik tough r...

Shazwani Adnan said...

salam

AkuKopi : tu la pasal. tak suka la nak jadi mem ke apa ke.. jadi gadis comei suka la.. huuhu