Pages

Friday, April 10, 2009

Masyarakat Malaysia

Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat buat semua. Alhamdulillah. Sempat lagi aku berjumpa kamu - kamu ye. Selang 3 hari dari entri terakhir, sekarang ini kita masih ditakdirkan berjumpa. Bukan apa, tadi baru saja aku menyudahkan satu laporan (report) untuk subjek Public Health and Social Medicine. Tajuk apa aku buat? Ha, ni nak khabarkan pada kome - kome nih. Entah betul entah tak, aku main letak saja loghat tu. Huhu

Aku buat research tentang populasi di Malaysia. Tengok! Betapa sayangnya aku pada Malaysia! Patriotik aku tinggi ni. Hihi.. Ok. Ok. Sehingga tahun 2008, kadar kelahiran di Malaysia semakin jatuh. Dan kadar kematian pun makin berkurang. Ada baik buruknya perkara ini terjadi. Tapi sebab musababnya aku rasa, aku nak kongsikan dengan kamu. Kenapa kadar kelahiran di Malaysia jatuh? Ha. Sebab sekarang ini ramai anak muda kita ni buat keputusan kahwin lambat. Bila kahwin lambat, potensi untuk lahirkan anak juga lambat. Itu yang buat kadar kelahiran menurun. Entah apa yang ditunggu pun aku tak tahu. Tak lah, hehe.. Mungkin mereka bersungguh - sungguh mengejar cita - cita yang diimpikan sejak kecil. Atau bagi yang bekerja, mereka ingin bekerja bersungguh - sungguh sehinggakan soal kahwin ini ditolak tepi seketika. Kiranya mereka ini workaholic la. Atau pun mungkin, mereka ini tiada jodoh. Itu ada kemungkinan kan?

Kita hidup sekarang ini bukan macam zaman emak - abah kita dulu, kahwin nenek - atuk kita yang carikan. Anak mereka pula berderet - deret (nak cakap keluarga aku la tu yang berderet! Haha). Tapi yang bagusnya mereka sangat tegas mendidik anak - anak. Itu yang kita lihat sekarang, anak muda kita bagus - bagus. Berpelajaran tinggi dan mempunyai pekerjaan yang bagus. Tapi mereka tak patut ketepikan soal membina keluarga. Ye la, kalau mereka tua nanti, tiada pula pelapis orang muda di masa akan datang. Kalau begitu, siapa pula yang akan jadi pemimpin? Biarlah orang muda yang memimpin negara. Ideanya lebih bernas, fikirannya lebih cerdik. Bukan nak kata orang tua tak boleh jadi pemimpin. Boleh, apa salahnya. Sesiapa yang diangkat jadi pemimpin itu kan sudah semestinya faham akan tanggung jawab yang dipikul. Tapi biarlah negara kita ini ada pelapis yang menyokong pembangunan agama dan bangsa. Hish, apa yang aku merepek pagi - pagi buta ni..

Zaman sekarang, sudahlah kahwin lambat, yang dah kahwin pula, anak seorang dua. Yang tak bagusnya : sudahlah anak seorang dua, tak pandai mengajar mana yang baik, mana yang buruk pula tu. Biar saja anaknya terumbang - ambing. Nauzubillah. Harapnya aku tak terumbang - ambing lah. Dan harapnya keluarga aku tak begitu.

Kadar kematian pula alhamdulillah semakin menurun. Inilah jasa para pengkhidmat untuk masyarakat e.g. doktor, cikgu, dan sekutunya. Antara sebab penurunan ini adalah perkhidmatan perubatan yang bagus di Malaysia di samping kurangnya insiden akibat kecuaian para pegawai perubatan (walaupun ada saja kes yang kita dengar akibat kecuaian yang tak disengajakan). Dan tahap kesedaran tentang penyakit yang berbahaya sudah meningkat dari tahun ke tahun. Ada lagi satu sebab kenapa kematian boleh terjadi : Kemalangan. Pasal kemalangan ini, aku tak tahu sejauh mana kes sudah berkurang. Tengok macam tak pernah kurang je. Tiap kali raya, mesti ada kes langgar dan kemalangan. Lagi teruk ada pula kes langgar lari. Ini memang la, siapa yang lari tu seolah - olah tak ada sifat kemanusiaan. Kalau kat Moscow ni, ada je kemalangan, dua - dua pihak yang berlanggar tu akan tunggu di tempat kejadian sampai la polis datang. Mereka bukan kisah jalan sesak ke apa ke disebabkan kemalangan itu. Yang penting, mereka kena tunggu sampai polis datang!

Kesimpulan dari cerita aku ni:
  • Jangan kahwin lewat - lewat sangat.
  • Sesiapa yang ada anak, didik anak dengan baik. Pastikan mereka menjadi umat yang cemerlang dunia akhirat. InsyaAllah.
  • Sesiapa yang jadi doktor, jangan buat silap ok! InsyaAllah kita boleh.
  • Sesiapa yang bawa kereta ke, motor ke, berhati - hati di jalan raya. Pandu dengan cermat. Biar lambat asal selamat.
**Tak ada kerja betul aku buat statistik pasal Malaysia. Tapi tak apa. Sekurang - kurangnya aku tahu berapa populasi penduduk di Malaysia. Kamu tahu? Populasi penduduk di Malaysia sekarang dianggarkan seramai 25, 273, 133 orang. Ini termasuk pekerja - pekerja asing ye kawan - kawan. Hahaha..

10 comments:

ummu aisyah*** said...

salam..kak wanie..
kita pun lahir dalam klrga besar jugak tau..adik bradik 10 orang..
tak mau kalah jugak ni..hihi..

orang malaysia skrg ni lbh suka mgamalkan perancangan klrga..tu lah pasal bilangan penduduk malaysia masih lagi tak mampu capai target 70juta mnjelang 2010. lagi-lagi pasangan yang bkeluarga ni berkerja.tak menang tangan.

-cikad-

alchemy said...

Bagusla masih sayang rakyat malaysia. walaupun jauh, jgn lupe mane asal usul kite. may Allah bless u always.

snm | snm said...

WAHH! Bravo Wanie, bravo!
25juta tmasuk pendatang dgn izin eh?? hempp..

ahmad din said...

masa duduk luar negara rasa patriotik mmg tinggi.

kalu sambut hari kemerdekaan tu, bersungguh je. pepe je la. kalu ada kaitan ngan malaysia mesti bersungguh.

KS said...

Wanie, are you sure with the number? I'm afraid you are wrong. By somewhere June 2008, Malaysian population has reached 27,700,000 people. Without the immigrants. I still remember this data from Epidemiology course that I attended last year.

Shazwani Adnan said...

salam

Cikad :Tapi kalau perancangan keluarga itu baik, apa salahnya kalau diteruskan.

Firdaus : InsyaAllah aku tak lupa asal usul aku.

Kak Falin : Itu mengikut rangkaan CIA World Factbook.

Shazwani Adnan said...

Ahmad Din : Ye, saya memang bersungguh kalau ianya berkaitan dengan Malaysia. Sy rasa itu bukan satu masalah. Dari dulu lagi patriotik saya memang tinggi.

KS : I wrote it according to CIA World Factbook, KS. Since it has a lot of opinion about that figure, i just took one of them to prepare my report. If Malaysian population has reached that point, it's a good thing right. At least, I knew a new info about My Malaysia.=)

snm said...

Rasanya dh lebih kut Wanie :) sbb dlu masa kakfalin pegi interview kan, ni antra soalan yg dia tye! ceytt..lagi tensi sbb kakfalin blh tersebut "Tak Silap Saya.." itu adalah perkataan yg dilarang sm skali sbb menunjukkan kita x confident lgsg ;p

pire said...

bravo2...best entry ni,boleh jadi fakta kes...pekerja asing bleh jadi kawan kita ke?huhu

Shazwani Adnan said...

salam

snm : Oo.. thanks kak share pengalaman akak tu. =)

Pire : kalau nak mereka jadi kawan, apa salahnya.