Pages

Monday, April 13, 2009

Komitmen

Assalamualaikum wbt.

Kita ini hidup sentiasa diikat dengan komitmen. Tapi sejauh mana komitmen kita terhadap perkara - perkara yang patut kita beri komitmen? Kalau budak kecil itu, susahlah kita hendak lihat dan perkatakan tentang komitmen ni. Tapi kita - kita ini pun sudah besar kan, jadi boleh la kita bincangkan perkara ini sebagai salah satu topik perbualan orang besar.. Hehe

Kenapa aku cakap kita ini sentiasa ada komitmen? Pertama sebab kita ini Muslim. Muslim sentiasa terikat dengan komitmen terhadap agamanya. Bukankah tugas kita di muka Bumi ini adalah sebagai Khalifah dan hamba? Kita kena sentiasa ingat dua tugas kita ini. Hamba ini kena komited dengan tugasnya. Khalifah pun macam tu juga. Jadi kesimpulannya kita kena komited dengan tugas kita terhadap agama. Itu perkara penting dalam kehidupan beragama. Buat perkara lain itu boleh je, nak menulis, nak bermain, nak masak ke apa ke, tapi yang paling penting, jangan lupakan ibadah.

Emak aku kan, kalau nak ajak pergi mana - mana, dia selalu ingatkan suruh solat dulu sebelum keluar. Emak kata kita takkan tahu ajal kita bila. Tengah - tengah jalan pun, kalau ajal kita sampai, tersepak batu sikit pun boleh meninggal. Jadi sekurang - kurangnya kalau kita meninggal semasa perjalanan, sekurang - kurangnya kita dah mengucap dalam solat kita yang kita laksanakan sebelum tu.

Apa saja perkara yang kita buat semuanya ibadah. Belajar itu ibadah, main itu ibadah, makan itu pun ibadah. Hurmm.. Main? Macam mana main itu ibadah? Kita niatkan main itu supaya badan kita sihat di samping menjaga batas aurat yang patut kita jaga. Kalau main berseluar panjang itu tiada masalah, mainlah berseluar panjang. Penonton yang tengok pun sejuk je mata. Orang yang main pun, tak buat dosa. Kalau pun tak nak pakai seluar yang panjang, banyak cara lain yang boleh digunakan. Kalau yang perempuan, kalau kena main dalam team yang diberi jersi berlengan pendek, boleh je pakai T - shirt lain di dalam. Orang lain tengok pun sopan je. Dan kalau bermain tu, jangan sampai lupa waktu solat. Hihi..

Itu komitmen kita pada agama. Komitmen kita pada ibu bapa pula? Hurmm.. Semua pun tahu kan. Kita dengar cakap mereka, kita doakan mereka selalu, kita belajar sampai berjaya. Itu komitmen sebagai seorang anak. Ibu bapa ini tak nak minta apa -apa dari anak mereka selain melihat anak mereka berjaya. Aku pernah tanya benda ini pada Emak. Dan jawapan Emak adalah itu. Emak dan Abah nak tengok anak - anak mereka berjaya. Misi itu yang aku dan adik - beradik aku bawa sampai sekarang.

Banyak je komitmen ni kalau nak disenaraikan. Komitmen pelajar pada belajarnya. Komitmen ibu bapa pada keluarganya. Komitmen suami pada isterinya dan sebaliknya. Komitmen kakak pada adik - adiknya dan sebagainya lah.

**Pantang betul aku kalau jumpa mana - mana lelaki yang dah kahwin tapi masih ada hati nak mengorat anak dara orang. Anak isteri awak tu nak letak celah mana? Cubalah komited sikit dengan keluarga awak tu. Kena bagi tazkirah sikit ni. Jangan kata lelaki, perempuan pun sama. Jangan dibuat fi'il yang pelik - pelik tu. Dah ada tanggungjawab, buat cara ada tanggungjawab. Jangan sambil lewa saja.

8 comments:

ahmad din said...

apa salahnya kalu lelaki tu nk kawin lg. dia mampu. biar jer la. uutk kebaikan pompuan gak.

itu pon nk sensitif.

Anonymous said...

Klu dh perangai gatal semcm, tu bukannya kawin beralasankn sunnah macam yg Nabi buat. Yg Wanie mksdkn tu yg gatal2 nak mampus tu. Apa ke bengap sangap mamat ni? Tak penah aku jumpa mamat bengap mcm ko ni. Aku ni laki jgk. Aku paham je ape dia nak kate.

donmontelcarlo said...

uiks, akukopi men bola pakai suar 3/4.. tapi lagik selesa pakai seluar pendek... huhuhuhu... komitmen.. hurm! menarik!

p/s: ape ke bengap sangat mamat nie? hak3x... classic dowh.. hahahahaha.. nice one!

KS said...

Wah. Cool la Akukopi. Hihi. Try la lepas ni pakai seluar panjang yang molek tutupnya. Ada pilihan lain lagi untuk awak. Awak boleh je pakai seluar pendek tapi kat dalam tu awak boleh pakai tight kan. Kan sopan je nampaknya =)

Shazwani Adnan said...

salam

Ahmad Din : Itulah maksudnya. Yang gatal melebih. Tapi kalau dah betul-betul mampu tu, itu kena tanya tuan punya badan la

Anon : thanks Mr Anon kerana faham.

AkuKopi : Boleh la lepas ni pergi shopping complex beli tights kalau nak main pakai seluar pendek! :D

KS : Betul ks. Kan sopan je kan?

ahmad din said...

oooo. cam tu ker?. sori la. silap paham.

Waris Kayan said...

Salam wanie, keturunan I banyak isteri dan gundik. M.Rajoli dalam salah satu drama pernah berkata "..gatal tu penyebab je..kawin tu dah jodoh...hehe...

Shazwani Adnan said...

salam

Ahmad Din : lepas ni, jgn silap2 dah. Baca setiap ayat dengan nada yang betul.

WK : hurmm I just wanna say : KAlau dah jodoh, tak ke mana.. =)