Pages

Tuesday, April 21, 2009

Ciri Muslim

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama aku tidak mengupdate di sini. Rasa tiada idea bernas. Tapi kali ni aku ada satu benda mahu dikongsi. Mungkin sesetengah dari kamu sudah mengetahuinya. Tak apalah, kalau yang tahu, anggaplah ianya sebagai peringatan. Yang tak pernah tahu, mari kita belajar.

Aku pernah belajar tentang ini bulan lepas : Apa erti saya menganut Islam dari segi Akhlak. Tulisan Ustaz Fathi Yakan. Dan ada 10 Ciri - Ciri yang perlu ada pada seorang Muslim. Dan pada aku, banyaknya ciri ini adalah berkaitan dengan wanita.

  1. Bersifat warak dari melakukan perkara Syubhat.
  2. Memelihara penglihatan.
  3. Memelihara lidah.
  4. Malu.
  5. Bersifat lembut dan Sabar. *ini susah ni nak jadi lembut. Tak pernah melekat pun kat diri sendiri. haha =P*
  6. Bersifat benar dan Jujur.
  7. Bersifat rendah diri.
  8. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.
  9. Bersifat pemurah.
  10. Qudwah Hasanah.
Banyak -banyak 10 ciri ini, aku tak tahulah ada tak yang masih melekat pada diri aku ni. Sudahlah banyak buat benda tak baik, lupa diri pula tu. Hurmm.. Ini untuk tarbiah diri sendiri. Takkan asyik nak beritahu orang tapi diri sendiri masih tak tertarbiah kan?

**"Hadith Rasulullah SAW : Iman itu ada 70 cabang atau 60 cabang, maka yang paling utama adalah ucapan Lailaha Illallah (Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah) dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri dari jalanan. Dan sifat malu ialah satu dari cabang Iman."
Hadith riwayat Al Baihaqi.

**Malu aku ini tak tahu la setakat mana. Semoga aku tidak tergolong dalam golongan wanita Islam yang tak tahu malu. Amiin.