Pages

Sunday, July 3, 2011

Hari Graduasi FMSMU

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Semalam merupakan hari bersejarah untuk saya dan rakan-rakan seperjuangan. Hari semalam mungkin tidak akan dilupakan sepanjang hayat saya. Semua suka duka sepanjang pengajian kami memang satu memori yang sangat bernilai dan mungkin boleh dikongsi dengan anak cucu nanti (insyaallah :P)

Kami merupakan batch pertama graduan First Moscow State Medical University (FMSMU) sejak nama universiti ditukar dari Moscow Medical Academy. Lencana universiti pun dah bertukar. 


Hari pertama (1 Julai) adalah hari angkat sumpah. Tapi saya tak banyak sangat ambil gambar sebab kamera buat hal. Setting lari sikit. Tapi tak apa, hari kedua (2 Julai) kamera berdisiplin sikit. Jadi gambar pun cantik la.. Hehe.. Hari pertama tu angkat sumpah dengan orang tempatan sekali. Angkat sumpah (Oath) dalam bahasa Rusia. Tergeliat juga la lidah ni.. Hihi.. 

Hari kedua ni pula ialah hari penerimaan sijil. Kiranay naik pentas dengan jubah konvo la. Saya tak berapa sempat nak ambil gambar sebelum majlis sebab kelam kabut. Datang pula terlambat, nak pakai jubah sendiri pula tu.. Memang tak sempat. Ambil mana yang sempat sajalah. 



Di dalam dewan pula ada la sikit-sikit saya ambil gambar untuk tatapan keluarga di kampung. Cewah. Bunyi macam sedih je kan. Tak lah. Tak apalah tak ada rezeki nak keluarga datang sini. Masa Kak Idah dengan Kak Mija graduated kat UK dan US pun, mak abah tak datang juga. Mia kat OZ pun dorang tak datang juga. Jadi tak apalah. Bukan saya seorang pun, masih ada lagi kawan-kawan yang sama macam saya ni. Tapi saya menumpang kasih dengan ibu bapa kawan-kawan saya yang datang la. Ramainya ibu bapa saya!! :D











Semua muka gembira saja kan? Semua tak lekang dari bibir. Saya pun rasa saya memang tak berhenti senyum dari semalam sampailah saya masuk tidur malam tadi.. Hihi.. Sampaikan saya ras anak tidur dengan year book saya! :P



Terima kasihlah kepada yang bagi bunga kat saya ni. Saya dah letak bunga tu dalam pasu berisi air, nak bagi kembang cantik. Dah la warna bunga tu sama macam baju yang saya pakai! Bunga ros pula tu. Tak sangka pula dapat bunga.. Nanti balik, saya nak bunga juga lah! Harap-harap ada la yang sudi bagi lagi.. Hihi.. Alang-alang adik saya sekarang jadi tauke bunga, saya nak pau dia la. Hehe..
































Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Syukur untuk kejayaan yang saya kira ini merupakan titik tolak permulaan kehidupan saya ke araha yang lebih dewasa. Tahniah kepada semua graduan. Tahniah atas kejayaan ni. Semoga dengan graduasi ini, kita berusaha lagi untuk menjadi doktor yang mampu menggalas tanggungjawab di samping mengangkat syariat. Insyaallah.


**Boleh tak balik ni nak ambil gambar di studio? Jubah boleh bawa balik.. Amacam? Patut tak?

Trip to Kazan

Assalamualaikum wbt.

Saya baru sahaja sampai dari Kazan, sebuah tempat di Tatarstan Republik. Sebenarnya Kazan ni masih lagi di bawah pemerintahan kerajaan Rusia tapi diberi kuasa untuk memerintah sendiri. Kazan ni tak sama ye dengan Kazakhstan. Bila saya cakap pasal Kazan, mesti ada yang ingat saya tengah cakap pasal Kazakhstan.  Kazakhstan tu sebuah negara lain yang mana tempat Dr Sheikh Muzaffar berlepas ke ISS, dan tempat yang dilawati oleh PM kita baru-baru ni :)


Majoriti penduduk Kazan adalah Muslim dan Kristian. Ada sebilangan kecil bangsa lain contohnya Yahudi. Bila sampai di sana je, nampak la perbezaan kawasan orang Islam dengan tempat lain. Kawasan yang ramai orang Islam nampak macam buruk je.. Nampak lama je. Kalaupun ada shopping complex (torgoviy center), kecil saja. Masuk je shopping complex tu, banyaklah diorang jual baju-baju labuh, skirt, anak tudung, tudung. Cantik. Tapi sedikit mahal (pada saya la).  Tapi cantik. Mujur saya tak jadi gila membeli kat sana. Rasa biasa saja la..
Antara tempat tarikan di Kazan ni adalah Kazan Kremlin. Ia tersenarai satu dari World Heritage Site. Di dalamnya ada sebuah masjid yang dulu pernah direkodkan sebagai masjid terbesar di Eropah. Qul Syarif namanya. Dalam kompleks Kremlin tu juga ada gereja yang arkiteknya sama dengan arkitek yang membina St Basil di Moscow dan The Blood Spill di St Petersburg. Nanti kat bawah ada la gambar Qul Syarif. Cantik sangat.


Cuaca di Kazan terSANGATlah panas. Bagaikan berada di Malaysia panasnya. Tapi amazingly, kami berjalan sepanjang hari untuk ke tempat-tempat tarikan tu. Bayangkanlah, cuaca yang sama di Malaysia tapi berjalan kaki selama 6 jam! Macam kena salai. Huhu..


Kompleks Kremlin di dikelilingi oleh tembok putih, dan terletak di atas bukit. Masa naik tu, Ya Allah Tuhan sajalah yang tahu betapa seksanya. Tapi berkat kesabaran, dapat juga sampai.



Pintu masuk Kremlin di Kazan ni pun ada bintang macam Moscow Tower. Cuma di Moscow, ianya berwarna merah, berbanding putih di Kazan. 



Inilah Qul Syarif yang saya katakan tadi. Cantik kan? Biru saja, sejuk mata memandang. Masul dalam pun nampak cantik. Sempat juga saya solat dua rakaat di dalamnya. Dan di bahagian bawah terletaknya muzium Islam yang menunjukkan senibina masjid dan sejarah Islam di Kazan. 

Apa yang saya tahu, asalnya masjid ini bukanlah berwarna biru. Tapi semasa pemerintahan Tsar, masjid ni dibakar dan selepas itu, waktu Ekaterina memerintah, masjid ini dibina semula.. Dan jadilah rupa masjid yang seperti sekarang..






Di Kazan ni ada satu jalan yang macam Arbat Street di Moscow. Di sini banyak la jual cenderahati. Ada satu kedai tu saya beli magnet, penjual tu memang bagi murah sangat lepas tawar-menawar tu dan selepas itu pula dapat tazkirah percuma! Alhamdulillah.




Kesimpulannya Kazan ni ok la. Much better than Moscow dari segi orangnya. Cuaca hari tu memang panas tapi gambar cantik! Saya sangat suka!

**Ni entri yang dah lama dalam draf. Baru nak post. Ish3.. (ini post yang didraf 3 harri yang lepas.)