Pages

Friday, November 15, 2013

Episod Dua

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Harapnya semua sihat walafiat. Aku kat sini pun sihat juga. Maklumlah hati tengah bahagia cewah! Bahagia sebab dah habis zaman housemanship yang penuh dengan ranjau berduri itu.

Entri ini sangatlah panjang sebab aku pun dah lama tak update blog ni kan. Banyak cerita yang berlaku dalam masa 3-4 bulan kebelakangan ni..

Alhamdulillah aku dah pun berjaya menamatkan tempoh housemanship (latihan siswazah) aku selama 2 tahun tepat (tanpa extension) di Hospital Ampang. Banyak perkara yang aku belajar sepanjang tempoh dua tahun ni. Bagaimana hidup dalam keadaan tertekan tanpa keluarga di sisi, hanya kawan-kawan yang banyak memberi dorongan dan support. Kesusahan hidup menyewa rumah yang akhirnya dipecahmasuk oleh pencuri dan mengambil byk barang-barang berharga kepunyaan aku yang sangat3 aku sayang. Dan kemudiannya aku berpindah lagi ke rumah apartment yang lebih selamat dan duduk dengan adik aku Mia. Dan kemudian pindah lagi selepas tamat HOship. Dan sekarang ini aku pindah lagi ke.......?? tertanya-tanya? Jom baca sampai habis. 

Posting terakhir aku sebelum tamat adalah di Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi. Sempat juga oncall 3 kali sebelum aku bercuti lama (3 minggu ok!). Dan macam biasa aku ni memang jonah. Sampai senior MO tu tak larat dah sebab dari pagi tak rehat dari terima referral. Memang tak tidur dari pagi sampai 5 pagi keesokan harinya. Dia tidur pukul 5 pagi dan bangun dah nak dekat rondaan pagi (dalam pukul 7 macam tu). Aku pula, ye la baru habis HOship, tapi still buat kerja HO. Apa-apa nurse inform aku dan sudahnya aku tidur setengah jam aje.. Besoknya tu aku pengsan kat rumah.. Huhu..

Alhamdulillah aku panjatkan syukur pada Allah yang memberi aku kekuatan dan keteguhan hati dalam meneruskan kehidupan aku walaupun dihentam-hentam macam kentang lenyek. Huhu.. Dan akhirnya lepas saja final viva, buku log pun dah submit, baru tenang jiwa. 

Dan sekarang ni, aku ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu sebagai pegawai perubatan di Jabatan Obstetrik & Ginekologi. Konon-kononnya nak masuk Jabatan Pembedahan Am / Ortopedik tapi penuh pula, lagipun dia kata waiting list pun panjang lagi. Antara yang kosong adalah Pediatrik, Perubatan Am, Anestesiologi dan A&E (Kecemasan). Aku ni memang tak minta Pediatrik/Perubatan la kan sebab semua orang tahu kadar kesibukan dua jabatan tu. Anaesth pula? Hurmm nanti kita cerita.. :-P A&E? Aku takde pengalaman pula kerja kat A&E. Jadi tanya la O&G ada kosong ke tak. Dia kata O&G pun dia memang nak ramai sebab diorang dah nak buka bangunan baru Kompleks Ibu dan Anak dalam tahun depan macam tu. Hurmm dan akhirnya aku ambil O&G. Mula-mula tu memang menangislah sebab semua orang tahu O&G pun memenatkan juga. Tapi antara semua-semua jabatan tu, aku rasa aku lebih dekat dengan O&G. Rindu saat-saat encourage orang beranak. Kalau dulu aku kat Ampang, bila datang Myanmar yang tak faham bahasa Melayu/English, kadang-kadang tepuk sikit kaki dia supaya teran. Ye la, kalau tak baby mana la nak keluar.... 

Jadi Aku kena tag oncall la sebelum aku jadi MO incharge. Dan aku kena start Ahad ni.. Takutnya....

*********************************************

Hurmmm.. Ingat tak dulu aku ada cerita pasal episode satu dulu? Nak aku sambung episode kedua tak? Hihi.. 

Kisah aku bersambung dari episod satu ke episod dua bertarikh 10 November 2012. Seminggu sebelum majlis walimah kakak aku. Mereka datang satu rombongan (dalam 6 kereta kot) selepas Zuhur. Bincang punya bincang (entah apa yang diorang bincangkan pun aku tak tahu) lepas tu aku pun turun dari bilik dan akhirnya selamat la jadi tunangan orang. Huhu.. Mak si dia yang sarungkan cincin kat aku. Masa tu menggigil juga la tangan aku ni, entah kenapa entah. Sarung cincin je pun kan. Majlis tu pun majlis ringkas je. Takde pelamin-pelamin pun. Baju aku pun baju biasa kebaya lace warna hijau pucuk pisang yang dibeli masa clearance stock huhu.. Make up pun make up sendiri je, tepek bedak sedas dua hihi.. Hantaran memang buat last minute hasil pertolongan kakak-kakak aku yang ramai tu, dengan idea yang ok juga dari aku ni yang memang tak kreatif langsung kan..



Ini je gambar yang ada dalam simpanan aku. Insyaallah kalau tak ada aral melintang aku akan bernikah pada 29 November 2013 di Masjid Jamiul Hasaniah, Kg Batu 3, Klang Selangor. Aku dengan rendah hati ingin menjemput para pembaca yang berkesempatan untuk hadir ke Majlis Resepsi aku pada 30 November 2013 dari 12 pm - 4 pm di rumah aku seperti yang tertera di peta di bawah. Dan aku mohon didoakan kemudahan untuk aku dan keluarga aku. Mohon doa dari kalian supaya majlis ini berjalan dengan lancar. 




**Fuuh. Akhirnya selesai juga episod dua aku. Kalau nak tahu bagaimana kami berkenalan & cara dia tanya persetujuan, kena tunggu next entry :-D

Monday, August 5, 2013

Hati kecilku terusik

Assalamualaikum wbt.

Menitis juga air mata aku di sebalik topeng muka (baca: mask) tatkala aku melihat seorang pakcik tua disorong dengan kerusi roda masuk ke Unit Rawatan Rapi petang semalam. Waktu itu aku sedang berada di komputer menyelesaikan kerja aku pada hari itu. Pakcik itu disorong masuk untuk melawat seorang pesakit yang katilnya betul-betul bertentangan dengan kaunter misi yang sedang aku duduk itu. Aku kira pesakit itu yang juga seorang perempuan mungkin juga isterinya.. 

Aku terpandang pakcik itu. Aku melihat dia sedang mengesat air matanya sambil memegang tangan makcik yang terlantar di atas katil ICU. Tak semena-mena air mata ini keluar mengalir sama laju dengan air mata pakcik itu.. Allah.. Sedihnya aku melihat insiden tersebut.. Di hari akhir puasa ini, tambah-tambah lagi dah nak raya, pasti pakcik tu dan seluruh keluarganya sedang bersedih di saat makcik itu masih terlantar di ICU.

Aku dah tak sanggup nak terus menonton drama air mata tu lalu aku pergi meninggalkan ICU dan terus ke High Dependency Unit. 

Untuk makluman, aku kini telah memasuki fasa akhir housemanship (posting terakhir) iaitu Anestesiologi (pembiusan). Hanya tinggal 2 bulan saja lagi untuk aku menamatkan HO-ship aku ni.. Tapi boleh aku katakan di Jabatan inilah aku rasa aku paling stress sekali sebab banyak perkara yang aku kena belajar semula. Banyak benda aku kena ambil tahu. Banyak benda aku kena buat. Rasa macam dah jadi 1st poster semula.. Tapi aku ambil semua itu sebagai cabaran dalam menguatkan lagi diri aku dan menjadikan aku seorang doktor yang kompeten dan berdaya saing. 

Ramadan berbaki lagi 3 hari. Marilah kita sama-sama  memantapkan ibadah dalam mencari keredhaan Allah SWT. Dalam pada membuat persiapan hari raya yang bakal menjelang, ingatlah kita pada golongan yang kurang upaya dan kurang berkemampuan. Jangan sampai persiapan raya kita TERover sampai berlaku pembaziran dan sebagainya. Bukan setiap masa kita senang. Wallahu a'lam.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN andai kata aku ada tersilap kata dalam setiap apa yang aku tulis di sini. From Little Hands menghulurkan salam kemaafan buat semua. 

Sunday, June 23, 2013

tension

Assalamualaikum wbt

Arghhhh tension nya tak ada sapa nak tolong kemas brg mi.. sedih.. serabut.. 

Sunday, May 26, 2013

financial freedom

Assalamualaikum wbt.

I am now heading towards financial freedom. Wanna join me?  Pm me and I will teach you how. Find my fb abd pm me k. Shazwani adnan.  Hihi

Saturday, April 20, 2013

Luahan Hati Seorang Orthopaedic Houseman

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Hurmm saya harap semuanya sihat la hendaknya. Saya pun sihat aje. Tangan aje terkena penyakit malas nak update blog ni, sampai berhabuk-habuk jadinya..

Untuk makluman semua, sekarang ni saya dah pun 2 bulan berada di jabatan Orthopaedic (Bahagian Tulang). Hurmm untuk makluman juga, Jabatan ini didominasi oleh kaum Adam, maklumlah nak gergaji tulang angkat kaki tang semua memerlukan tenaga maksimum. Kalau setakat angkat sikit dah mengah (macam saya), Orthopaedic bukanlah satu pilihan yang baik.

Di kebanyakan hospital, Jabatan Orthopaedic adalah antara jabatan yang paling relax sekali. Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk kerja sambil lewa la apa la.. Perkara yang saya cukup benci sekali sebab kalau kerja sambil lewa, mesti ada aje kerja yang ditinggalkan tak sempurna. Dan selalu ketidaksempurnaan tu terkena pada saya. Itu yang saya tak suka.

Sebenarnya saya mahu meluahkan perasaan di blog dua hari lepas sebab saya sangat-sangat stress dan bengang dengan superior saya (baca: HOD cina lelaki). Bukan saya aje, seluruh group saya merasakan benda yang sama. Ceritanya bermula begini, hari tu hari grand ward round, maksudnya seluruh ahli dalam department Orthopaedic tu akan menyertai round pagi tu, bermula dari passover all new cases (samada admitted atau tidak) sampailah ke round patient dalam ward. Pagi-pagi Mr A datang dah bad mood sebab ada orang datang lambat masa passover. Lepas tu dia round patient saya dulu, mula la mencari salah houseman, dari satu patient ke satu patient, padahal apa semua soalan yang dia tanya saya boleh jawab. Sampai last patient saya tu left diabetic foot ulcer, saya cakap la, this patient 44 years old bla bla bla.. had h/o wearing tight shoe prior to presentation, no fever at home, remain afebrile in ward bla bla bla.. ABSI bla bla, total white cell bla bla..

Lepas tu dia check sikit patient, then dia tgk kat kasut saya. " Oh, I see alot of sweepers huh?" Why your kain sweeping the floor? (masa tu saya pakai baju kurung, tapi kain saya tak cecah lantai pun) Next time, if I see your kain is like this, I will bring scissor and cut it off!" My specialist (perempuan n Islam) pun tengok kain dia (part ni paling kelakar sebab specialist perempuan pun terasa) dan cakap, "Cannot like that la boss" Then that issue tergantung macam tu aje.

Lepas aje round, semua orang macam tak puas hati kenapa saya kena macam tu sekali, "Ala Wani, dia tu dah tak ada modal la tu sampai kain orang pun nak jadi issue", " Amboi, takkan la nak pakai mini skirt pergi hospital kot, yang laki pakai short pants?" Itu antara respons yang diperkatakan oleh colleague di dalam wad tu..

Saya ni mana la tak panas, takkan la pakai kain pun jadi isu? Itu hak saya sebagai orang Islam kot. Tak ada fesyen orang pakai baju kurung kain senteng melainkan orang tu nak pergi sawah! Geram saya hari tu. Dah la minggu tu rajin pula dia buat round setiap hari.

Keesokkan harinya dia buat round lagi. Kitorang dalam hati, ape hal la mamat ni rajin sangat nak round hari-hari ni? Dah tak ada kerja lain ke? Tapi hari tu tiba-tiba dia buang tebiat habis dipujinya semua orang, "waah, you bagus ah jaga ini patient, good good.." Kitorang ni," Lantak la ko boss, ni ward ko, sukati la ko nak buat apa.." Dan kitorang ni pun sambung la buat kerja kitorang dengan sebaiknya..

Tapi yang saya tak puas hati tu pasal kain tu la, ada ke patut kata nak potong kain la pe la.. Hish tak patut..

Hurmm Tak apa lah, saya pun bukan tulis ni dalam keadaan yang emosional. So ok lah kan? :P

Ni soalan cepumas la, saya nak tanya, ada tak di kalangan pembaca saya ni yang sering mengalami sakit belakang (back pain) atau senggugut (period pain)? Ataupun yang mengalami masalah stretch marks selepas bersalin?