Pages

Sunday, June 23, 2013

tension

Assalamualaikum wbt

Arghhhh tension nya tak ada sapa nak tolong kemas brg mi.. sedih.. serabut.. 

Sunday, May 26, 2013

financial freedom

Assalamualaikum wbt.

I am now heading towards financial freedom. Wanna join me?  Pm me and I will teach you how. Find my fb abd pm me k. Shazwani adnan.  Hihi

Saturday, April 20, 2013

Luahan Hati Seorang Orthopaedic Houseman

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Hurmm saya harap semuanya sihat la hendaknya. Saya pun sihat aje. Tangan aje terkena penyakit malas nak update blog ni, sampai berhabuk-habuk jadinya..

Untuk makluman semua, sekarang ni saya dah pun 2 bulan berada di jabatan Orthopaedic (Bahagian Tulang). Hurmm untuk makluman juga, Jabatan ini didominasi oleh kaum Adam, maklumlah nak gergaji tulang angkat kaki tang semua memerlukan tenaga maksimum. Kalau setakat angkat sikit dah mengah (macam saya), Orthopaedic bukanlah satu pilihan yang baik.

Di kebanyakan hospital, Jabatan Orthopaedic adalah antara jabatan yang paling relax sekali. Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk kerja sambil lewa la apa la.. Perkara yang saya cukup benci sekali sebab kalau kerja sambil lewa, mesti ada aje kerja yang ditinggalkan tak sempurna. Dan selalu ketidaksempurnaan tu terkena pada saya. Itu yang saya tak suka.

Sebenarnya saya mahu meluahkan perasaan di blog dua hari lepas sebab saya sangat-sangat stress dan bengang dengan superior saya (baca: HOD cina lelaki). Bukan saya aje, seluruh group saya merasakan benda yang sama. Ceritanya bermula begini, hari tu hari grand ward round, maksudnya seluruh ahli dalam department Orthopaedic tu akan menyertai round pagi tu, bermula dari passover all new cases (samada admitted atau tidak) sampailah ke round patient dalam ward. Pagi-pagi Mr A datang dah bad mood sebab ada orang datang lambat masa passover. Lepas tu dia round patient saya dulu, mula la mencari salah houseman, dari satu patient ke satu patient, padahal apa semua soalan yang dia tanya saya boleh jawab. Sampai last patient saya tu left diabetic foot ulcer, saya cakap la, this patient 44 years old bla bla bla.. had h/o wearing tight shoe prior to presentation, no fever at home, remain afebrile in ward bla bla bla.. ABSI bla bla, total white cell bla bla..

Lepas tu dia check sikit patient, then dia tgk kat kasut saya. " Oh, I see alot of sweepers huh?" Why your kain sweeping the floor? (masa tu saya pakai baju kurung, tapi kain saya tak cecah lantai pun) Next time, if I see your kain is like this, I will bring scissor and cut it off!" My specialist (perempuan n Islam) pun tengok kain dia (part ni paling kelakar sebab specialist perempuan pun terasa) dan cakap, "Cannot like that la boss" Then that issue tergantung macam tu aje.

Lepas aje round, semua orang macam tak puas hati kenapa saya kena macam tu sekali, "Ala Wani, dia tu dah tak ada modal la tu sampai kain orang pun nak jadi issue", " Amboi, takkan la nak pakai mini skirt pergi hospital kot, yang laki pakai short pants?" Itu antara respons yang diperkatakan oleh colleague di dalam wad tu..

Saya ni mana la tak panas, takkan la pakai kain pun jadi isu? Itu hak saya sebagai orang Islam kot. Tak ada fesyen orang pakai baju kurung kain senteng melainkan orang tu nak pergi sawah! Geram saya hari tu. Dah la minggu tu rajin pula dia buat round setiap hari.

Keesokkan harinya dia buat round lagi. Kitorang dalam hati, ape hal la mamat ni rajin sangat nak round hari-hari ni? Dah tak ada kerja lain ke? Tapi hari tu tiba-tiba dia buang tebiat habis dipujinya semua orang, "waah, you bagus ah jaga ini patient, good good.." Kitorang ni," Lantak la ko boss, ni ward ko, sukati la ko nak buat apa.." Dan kitorang ni pun sambung la buat kerja kitorang dengan sebaiknya..

Tapi yang saya tak puas hati tu pasal kain tu la, ada ke patut kata nak potong kain la pe la.. Hish tak patut..

Hurmm Tak apa lah, saya pun bukan tulis ni dalam keadaan yang emosional. So ok lah kan? :P

Ni soalan cepumas la, saya nak tanya, ada tak di kalangan pembaca saya ni yang sering mengalami sakit belakang (back pain) atau senggugut (period pain)? Ataupun yang mengalami masalah stretch marks selepas bersalin?


Saturday, February 9, 2013

Posting medical

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Setinggi-tinggi pengucapan dan kesyukuran kupanjatkan ke hadrat Illahi sebab atas semua nikmat yang tuhan berikan kepada hambaNya yang kerdil ini. Alhamdulillah dah lepas posting medical yang mencabar keimanan dan kesabaran hambaNya ini. Posting ini yang saya kira mengundang trajedi (cewah) dan mengundang air mata di kala stress melanda. Posting ini juga yang mengajar saya menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi posting ini juga yang menjadikan hati saya ini makin keras 
(terima kasih untuk itu).

Posting medical ini saya kira posting yang penuh dengan politik. Posting yang saya nampak semua orang belajar untuk mengipas dan terkipas dek bos. Posting yang mengajar diri bagaimana mahu survive supaya tidak diextend. Posting yang banyak menguji kesabaran dan keimanan. Posting yang menjadikan saya kurang sifat penyayang (saya kira..)

Posting medical ini buat saya tidur di hospital almost setiap hari. Setiap pagi kena datang awal untuk review patient, jadi disebabkan itu, saya ambil keputusan untuk tidur saja di hospital memandangkan saya duduk seorang di rumah tanpa keluarga. Saya bawa semua baju dan peralatan untuk mandi dan bersiap di hospital untuk memastikan saya tahu semua kes dan sempat review patient sebelum specialist datang buat round. 

Posting medical ini buat saya kurang makan, hanya makan lepas habis kerja, itupun kalau sempat. Selalunya saya akan balik makan dan terus tidur. Orang kata posting medical boleh turun berat tapi tidak pada saya sebab lepas makan aje saya terus tidur. huhu.. 

Orang kata saya 'keras' di medical maksudnya keras bekerja. Padahal saya tak pun. Dan mereka pelik kenapa saya suka tidur di hospital. Kadar kerisauan saya sangat tinggi dan disebabkan inilah, saya terpaksa buat sesuatu yang akan mengurangkan kerisauan saya iaitu dengan tidur di hospital (ada kaitan ke? Huhu). Kalau saya risau, mesti kerisauan saya nampak di wajah. Dan saya sanggup stay di hospital untuk siapkan semua kerja saya sebelum saya balik. Saya tak suka tangguh-tangguh kerja. Sebab kalau di medical, makin tangguh ekrja, makin banyak kerja yang datang.

Posting medical juga buatkan saya amat jarang balik Klang. Mana taknya, waktu cuti pun kena datang hospital untuk CME. Saya bukan mengeluh untuk datang CME, saya sebenarnya suka saja datang CME dan saya memang tak kisah untuk datang. Cuma kadang-kadang saya rasa sedih sebab jarang sangat balik Klang untuk release tension. Hurmm CME requirement untuk kami adalah 64 CME, attendance kena at least 80% iaitu 51 CME. Alhamdulillah saya berjaya hadir 52 CME :)

Posting medical ini buat saya perasan yang orang akan berkira kerja. Walaupun medical posting la saya kira paling kena ada team work, tapi orang lain akan tetap kisah kalau kena balik lambat ke apa ke. Tapi tak semua la. Dan saya rasa amat gembira kalau dapat bekerja dengan orang yang langsung tak kisah balik lambat untuk tolong colleague dia. Dan disebabkan itu, saya rasa langsung tak kisah nak tolong orang-orang macam ni walaupun waktu tu waktu cuti saya.. 

Posting medical ini adalah posting yang mengajar saya jadi seorang yang LEBIH bertanggunggjawab. Posting lain juga ajar saya jadi tanggungjawab tapi posting medical ini lebih ladi. Sebab apa? Sebab kena cover kesalahan orang lain or kena cover kerja orang lain yang kurang bertanggungjawab yang MIA la apa la. Dan disebabkan itu jugalah, posting medical ni buat hati saya jadi makin karat. Macam saya cakap dalam status FB saya. Hehe.. Hurmm posting medical ini yang korang kena tegakkan hak korang sendiri. Kalau tak, orang lain akan take for granted. 

Dalam posting medical ni saya jumpa ramai orang. Yang boleh buat kerja tapi orang pandang rendah. Yang tak boleh buat kerja tapi orang pandang rendah, yang boleh buat kerja and orang respect, dan juga yang tak pandai buat kerja tapi orang respect. Yang golongan pertama ni lagi kesian la sebab kita rasa dia ok aja tapi superior rasa tak confident. Golongan kedua plak memang patut la kan, tapi orang macam ni kita la yang kena bantu, jangan ikut pandang rendah juga. Tu la fungsi rakan sekerja aka seperjuangan. Golongan ketiga plak memang bagus la kan. No doubt. semua orang suka. Yang keempat ni yang pandai cakap aje tapi kerja berkira gila. This is not good. But I do not know I am in which golongan :)

Apa pun, tahniah kepada yang berjaya mengharungi detik-detik cemas dalam hidup. Kepada yang terkandas tengah jalan, jangan putus asa, Allah sentiasa ada dengan kita. Kita kena sentiasa ingat pada Dia. Bila kita rasa kita kalah, ada orang yang lebih teruk kalah dia. Jika kita rasa kita lemah, ada orang lebih lemah dari kita. Tapi jika kita rasa kita paling kuat, kita kena sesekali pandang ke bawah melihat orang yang berada di bawah kita. Jangan kita ikut pandang rendah pada dia saja.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pakar, pegawai perubatan dan semua rakan seperjuangan saya yang sudi bantu saya sepanjang saya berada di medical posting. Posting ni lah posting yang saya takkan lupa seumur hidup saya. One of my bosses says: Medical is not about to treat patient, it treats the patient's social. Thank you. 

Next stop: ORTHOPEDIC!! 


Thursday, December 20, 2012

Rakan Terbaik


Assalamualaikum wbt.

Kita tinggalkan dahulu episod 1 haritu. Ni kita nak cerita tentang RT. RT tu apa? Rakan Terbaik. Pada saya rakan terbaik adalah yang memang terbaik. Mereka ini yang sanggup ada dekat denagn saya dalam apa jua keadaan pun terutama bila di Moscow dulu. Mereka memang terbaik!! 

Saya sejak duduk Moscow dulu banyak benda saya belajar. Tentang persahabatan, ukhwah, tanggungjawab dan banyak lagi la. Di Moscow dulu saya ada tiga orang sahabat yang saya paling percaya (Rakan Terbaik saya la) selain dari housemates saya yang paling disayangi (cewah!! part sayang tu memang betul ok!), yang mana saya boleh cerita semua benda yang saya nak cerita. Dan saya yakin tiga orang ni boleh menyimpannya seselamat mungkin. Dua perempuan dan seorang lelaki. Hurmm. Lelaki? Pelik kan? Saya ada close friend which is a guy? Weird.. Tak apa, baca dulu cerita saya. 

Pertam sekali kawan saya nama dia Pipah. Orangnya kecil saja. Sama kecil dan comel macam KS hihi.. Sorry KS, nampak orang kecil molek aje Wani ingat kat KS. Hehe.. Saya kenal Pipah ni dari Intec lagi. Kami sama-sama satu tajaan masa ke Moscow dulu. Kami juga sama-sama berjuang untuk menaikkan elaun saraan hidup kami di Moscow masa dulu-dulu sebab kami rasa susahnya hidup tak cukup biayaan di Moscow, dalam pada masa yang sama tak mahu menyusahkan ibu bapa di Malaysia. Kami sama-sama susah untuk membuat kertas kerja memohon kenaikan elaun. Dia teman satu bilik msa kat Intec dulu. Dulu saya selalu balik rumah dia, mana taknya, Intec tu kat Shah Alam, rumah dia pun kat Shah Alam, jadi balik rumah je la kerjanya. Emak dengan Abah pun dah sampai kenal dengan Pipah ni, siap menggelarnya Budak Yang Rumahnya Bawah Bukit. Betul! Rumahnya memang terletak di bawah bukit di Seksyen 6 Shah Alam. Betul-betul berhadapan dengan Bangunan Sultan Alam Shah (atau Pejabat SUK Negeri Selangor). 



Inilah kawan I hehe.. Sekarang ni dia jadi houseman kat JB. Lama dah tak contact dia. Macam dah terloss contact la pula kan. Nombor telefon dia pun tak ada. Saya doakan dia tenang. 

Yang kedua kawan saya adalah Miza. Dia ni pula saya dah kenal dari zaman sekolah masa kat Sambest dulu. Tapi masa kat sekolah tak pernahnya tegur. Dia cakap saya suka kawan dengan geng pengawas aje! (huhu.. bunyi cam assobiyah la plak kan). Tapi bila dah pergi Moscow sama-sama jadi rapat pula. Dulu masa kat Moscow kami berdua bergiat aktif dalam Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) dan usrah jugalah yang mengikat hati kami. Hurmmm saya selalu bergerak pergi jaulah ke atau usrah ke dengan Miza ni. Awal-awal pagi bangun dan bertolak sama-sama ke usrah. 

Miza ni sekarang di Kota Bharu, houseman kat sana. Asal orang KL, tapi mungkin sekarang dah pandai kecek Kelate kot. Hihi.. Kadang-kadang tahu juga cerita dia dari FB. Nombor telefon dian pun tak tukar, jadi kadang-kadang tu ada la juga tanya khabar dia.. I hope she is doing well over there. 



Yang ketiga pula nama dia Fikri. Ni lelaki la eh. Dia ni saya kenal bila dah sampai Moscow. Dia senior setahun saya. Dia dah duduk Moscow lebih setahun dari saya sebab dia buat persediaan di Moscow. Jadi datang-datang aje dah kenal tapi kenal-kenal macam tu je la. Cara kami kenal ni pelik sikit. Mungkin ada yang tergelak la kan.. Waktu tu kami tengah memasak ni di dapur (atau lebih dikenali dengan common kitchen) masa di hostel lama (Pushkin) dulu. Dia ada seorang roomate namanya Ammar. Jadi waktu tu saya tanya la nama dia, konon-konon nak break the ice la kan. Tapi disalahfahamnya, dia ingat saya nak cari gaduh dengannya. Bila dah jadi macam tu, saya jadi takut dengannya, ye la mana taknya mukanya selalu saja nampak bengis/garang, masam aje.. Dahinya selalu saja berkerut seolah menanggung beban yang berat, yang tak ada siapa boleh tolong :-P Saya ni bukanlah orang yang suka mengeruhkan keadaan, jadi kalau ada orang yang salah faham dengan saya, saya nak cepat-cepat menjernihkan keadaan.

Disebabkan masa tu saya rasa dia ingat saya nak cari pasal dengan dia, saya cari jalan macam mana nak berbaik semula dengan dia. Bukan sebab saya menggatal ke apa ke, tapi ye la duduk jauh dengan famili, kawan la tempat kita minta tolong kan. 

Dulu saya suka main ping pong (sejak sekolah lagi dan sampai sekarang, tapi tak hebat mana pun). Punyalah suka main, sampai saya sanggup bawa bola dengan bet ping pong ke Moscow. Orang Moscow tahu la yang saya sangat suka main ping pong. Dulu budak tahun pertama mula kuliah lambat sikit. Jadi saya yang suka main ping pong ni pun selalu la ajak si Fikri ni main ping pong, kebetulan hostel Pushkin tu ada meja ping pong dan saya ada bet ping pong lebih. Yang peliknya dia yang kata saya nak cari pasal ni pun terima la pelawaan saya ajak dia main ping pong. Mungkin dia ni kaki main kot huhu.. Jadi sambil main tu saya tanya-tanya sikit-sikit berkenaan diri dia. Masa tu la saya baru tahu yang dia ni dulu sekolah lelaki. MCKK. Hurm padanlah malu benar dengan perempuan :-P

Yang ni saya tak ada la plak gambar berdua. Huhu..

Tapi dalam masa yang sama kumpulan saya dulu pun antara kawan-kawan yang best terutama kalau bab bergosip hihi..
 Ni Miza dan Pipah
 Miza, ingat tak kita pergi jaulah ke Sabah dulu? Rindu dengan memori

  Ni pun gambar kawan-kawan daku yang sangat dirindui. Hihi

Jadi mereka inilah yang buat saya kuat masa belajar dulu.. Saya doakan mereka ini bahagia dan berjaya dalam hidup.


Rindunya zaman Moscow!! Rindu Moscow dan seisinya. Sekarang winter. Rindu sejuknya Winter Moscow.