Pages

Monday, April 30, 2007

Coret - coret ping pong

day : Sunday
date : 29th April 2007
venue : Sport Complex of Moscow University
sport : table - tennis
category : female
players : Chai Jan Jan, Sara, Siti Sarah Mohd Shukor, Shazwani Adnan


Hari tu aku langsung tak mengharap apa2. Aku hanya berniat aku main kerana aku memenuhi pasukan MMA ke Moscow Games 2007. Betul.. memang tidak terlintas langsung dalam otak aku ni nak genggam pingat emas untuk acara ni. Cuma aku tengok muka ketua pasukan aku (Chai Jan Jan) yang penuh mengharap supaya pingat emas kembali ke genggaman MMA atau lebih dikenali sebagai M1.
Match pertama, kami bertemu dengan Nizhny Novgorod State Medical University (NNSMU). Aku diletakkan sebagai regu kedua berpasangan dengan KS, roomate aku sendiri. Juga menggalas tugas sebagai perseorangan ketiga. Semasa aku bermain untuk perseorangan, aku tak terfikir yang kalau aku kalah time tu, aku akan mengecewakan satu team aku. Alhamdulillah!!Berkat izin Allah, aku menang perlawanan pertama.
Masuk perlawanan kedua. Bertembung dengan Kursk State Medical University (KSMU). Mereka merupakan team yang agak kuat. Kami bertungkus lumus menewaskan KSMU. Suara penyokong kuat M1 memecah kesunyian bilik perlawanan. Tapi, dalam perlawanan ni, aku cuma bermain untuk regu bersama KS. Perseorangan ketiga tempat aku diganti oleh KS.
Dalam match ketiga, kami mengalahkan tuan rumah, Russian State Medical University (RSMU) dengan mata 4 - 1. Masuk game keempat. pertembungan MMA dengan Volgograd State Medical University (VSMU). Kami agak cuak untuk menggalas tugas ini, terutamanya aku dan KS. Kami saling menenangkan diri masing - masing. Kami tahu yang Jan Jan serta Fizal (peserta ping pong lelaki merangkap pengurus) mengharap kemenangan regu kami. Selepas habis single kedua, kami masuk gelanggang. Aku memulakan service. Masuk. Alhamdulillah.. Bola tu masuk! Sampai habis set pertama kami menang dengan mata 15 - 13. Masuk set kedua. Jan Jan kata main biar relax n chill. Just keep the ball in! Control the ball. Just let the opponents make the mistakes. Baik! Kami main sebaik mungkin. Namun tuah tidak menyebelahi kami. Kami kalah set kedua. Tiba set ketiga. Aku amat berharap kali ni bola aku sentiasa menjadi. Kami meninggalkan lawan dengan 8 - 4. Pihak lawan kejar. Sehingga mata menjadi 10 - 10. Ini bermakna aku dan KS kena berusaha lebih untuk menjadikan emas milik kami. Ingat kata Jan Jan, kita bayar 300 rubles untuk ape??Tengah bermain, walaupun ramai yang menyokong, tapi aku hanya cam wajah semangat Jan Jan, muka mengharap dari Sara dan reaksi positif dari Fizal. Yang lain, aku rasa seperti dinding2 yang mengelilingi bilik perlawanan tu.
Tiba giliran aku. Mata ketika itu 11 - 10. Kumulakan pukulan aku dengan bismillah dan berkata, "Semoga bola ini menjadi bola terakhir dari aku." Tetapi sangkaan aku meleset. Bila mata menjadi 12 - 12, pihak lawan memulakan service. Aku tahu, kalau budak perempuan yang bertudung pink tu serve, dia pasti membuat bola 'screw' (salah satu teknik dalam ping pong). Aku bisik dengan KS,"KS, kalau bola dia, KS kene cungkil sikit." Lawan memulakan pukulan. Dia start dengan aksi pukulan 'screw' itu. Bola melayang............huh!!!!!Wrong court! Mata kami bertambah. Giliran KS membawa bola. KS tunjuk isyarat ibu jari menandakan dia akan membawa bola biasa. Dan itu juga menunjukkan aku kena bersedia dengan smash kalau berpeluang. Lawan membalas pukulan bola KS. Bola terbang teruuuuuusssssssss OUT!!! Hah!! kemenangan milik kami!!! Aku dengan KS berpelukan. Dan aku tak tahu entah siapa lagi berpelukan dengan kami. Yang pastinya, Jan Jan sangat gembira. Semua orang gembira. Mereka memeluk aku dan KS sehingga pin tudung aku tercabut dan cermin mata KS bengkok. Betapa gembiranya semua menyambut kemenangan kami... Terima kasih kepada yang menyokong..
Aku ingin berkongsi kejayaan ini bersama family dan seluruh warga MMA. Bukan senang ingin meraih kejayaan sebegini besar untuk MMA. Aku akan berusaha menaikkan nama MMA ke peringkat yang paling tinggi.
Sebelum bermulanya Moscow Games ni, aku telah menerima satu berita gembira. Kakak aku telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Hasya Qashri b Baharuddin. Ini merupakan anak saudara ku yang ke8 dan kedua lelaki.
Terima kasih kepada yang menyokong pasukan M1 di kejohanan Moscow Games 2007. Kejayaan ini juga milik anda dan milik kita bersama..

"Dan tidak dinamakan kehidupan dunia melainkan permainan yang sia - sia dan hiburan yang melalaikan, dan demi sesungguhnya alam akhirat itu lebih baik bagi orang - orang yang bertaqwa, oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?" (6:32)


5 comments:

фарина захари said...

rezeki melimpah ruah tol..mule2 dpt ank buah pastu dpt gold medal utk ping pong lak..tahniah2

miashaf said...

hahahah.. terror nye ko.. taahniah.. eja Qasri tu salah, sebenarnye Qashri.

Sarah Mohd Shukor said...

terima kasih byk2 wani. pesanan wani suruh ks cungkil bola tu mmg ks akn ingt. peluh sejuk ks waktu tu. hehe. tahniah! sbb mng ping pong n dapat anak sedara baru. anak sendiri bila la pulak ye? =p

Anonymous said...

wani ko mmg pingpong da viva la...dlu kt skola aku regu ngn ko ke?haha da xigt la.....congratzzzzz!!!nih kkk ko yg mne lak dpt anak nih..hehe...adushhh xleh r bce entry psl pingpong nih lg...wat aku makin lagik lagik rindu kt ko..tuluuunnn

Shazwani Adnan said...

to:pena
alhamdulillah..sumer rezeki tu kn dtg dari Allah. aku terima je la dgn hati yg terbuka
to:shafnah aka mia
terima kaseh kerana selalu menjenguk blog ni.. harap2 idop ko kt aussie tu sentiase gembira.. aku dh betolkan ejaan dh..
to:ks
sama2 kaseh ks.. tanpe ks, wani pon mayb xleh nk main sebaik aritu! ks pon dh mainkn peranan ks..anak sendiri?tunggula dulu.. calon pon belom ade!
to:asma
ni kakak ak yg keempat.die kawen, ak xde kt mesia.ak pon rindu sgt kt ko asma oiiii!!!