Hari ini, tanggal 27 Ogos 2007 menandakan hanya lagi 4 hari sahaja kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke - 50. Ia juga mengingatkan kepada sesiapa sahaja yang akan kembali ke Moscow pada 1 September 2007 bahawa anda cuma mempunyai 5 hari sahaja lagi untuk berbakti kepada ibu bapa dan rumah anda sebelum anda dapat melakukannya semula setahun akan datang!
*Tapi untuk sesiapa yang balik sebelum itu, anda dikehendaki mengira sendiri hari - hari terakhir anda di rumah..
Dalam seminggu yang terakhir inilah, aku tiba - tiba menjadi sangat sibuk menguruskan pelbagai perkara. Semalam, rumah aku mengadakan kenduri tahlil selepas Isya. Satu hari berhempas - pulas menyiapkan juadah untuk disajikan kepada para tetamu. Menunya senang sahaja. Mi kari, kuih - muih dan nasi berlauk ikan kicap, tempe, ikan masin dan sayur campur sebagai bekalan kepada tetamu (dalam Jawa: Dayoh). Ringkas, sedap dan padat! Hehehe.. Orang Jawa la katakan..
Belum pun hilang lelah, pagi ini aku terpaksa bangkit awal pagi untuk menjadi peneman kepada Mimin (kakak) kerana dia harus mengambil jubah memandangkan Majlis Konvokesyen Universiti Malaya akan membuka tirai dalam masa 2 minggu dari sekarang (aku sudah berada di Moscow waktu ini).Katanya dia takut mengantuk sewaktu memandu nanti (mana taknya, kami berdua tidak cukup tidur!). Berada di UM sehingga tengahari. Sebelum pulang, kami singgah lunch di Jaya Jusco Bukit Raja.
Esok, aku dikehendaki hadir ke Pejabat SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor) untuk perjumpaan bersama Dato' SUK kita. Perjumpaan kali ini aku rasa ianya berkaitan dengan permohonan kenaikan elaun yang kami utarakan sebelum ini (harap - harap naiklah elaun...Amin!). Memandangkan batch aku semuanya sudah pulang ke Moscow, nampaknya aku sahaja lah wakil batch aku nanti. Apalah yang aku mahu cakap ni?? *thinking*
Aku pun malas dah nak taip panjang - panjang. Kamu doakan elaun kami dapat naik ye... hehehe...
Kepada yang akan pulang ke tempat belajar (khususnya budak Moscow), aku doakan perjalanan kita selamat pergi dan sampai, supaya kita dapat meneruskan perjuangan yang kita sendiri telah mulakan.
~ Kalau berjalan mestilah ke hadapan, bukan ke belakang. - iklan Petronas - ~
1 comment:
assalamualaikum............
kabare wani..Waras..hehe
saye doakan selamat dalam perjalanan dan semoga allah kabulkan tentang permohonan kenaikan elaun tu. so belajar betul2....
tapi tajuk "Hari-Hari terakhir" klu tukar"Hari-Hari terakhir di Malaysia" ok gak kot....
Post a Comment