Assalamualaikum wbt.
Hai.. (menghela nafas). Kebelakangan ni entri semua berkenaan hari lahir saja. Aku pun rasa blog ini sudah tidak menjadi apa yang selama ini aku impikan. Hanya menulis apa yang terbuku di hati saja. Ilmunya entah ke mana. Pointnya pula serasa tidak membantu dan tidak memberi manfaat pun kepada pembacanya.
Tapi hari ini aku bangun awal pagi. Mungkin sudah banyak sangat tidur agaknya cuti - cuti begini. Jadi sampai satu tahap, aku sudah tak boleh menyambung tidur lagi. Jadi apa yang aku buat? Selepas solat fardu Subuh, rembang pagi masih beum kelihatan. Singkatannya aku masih belum kesiangan. Aku pergi mengambil simpanan duit syiling aku di dalam almari. Itu syiling hasil simpanan aku sejak aku tahun satu lagi. Biasalah, bila sudah ada duit kertas, duit syiling ini kita simpan dalam bekas. Nak bawa banyak - banyak, terasa berat pula dompet. Jadi, banyak jugalah simpanan syiling aku.
Dan aku buat kerja buang tabiat sikit. Aku pergi kira semula berapa hasil simpanan syiling aku. Niat di hati dari awal tahun dulu, aku mahu salurkan ke tabung Gaza yang dilancarkan di Moscow dengan quote : 1 Euro Seminggu. Tapi belum berkesempatan mahu berjumpa agen yang terlibat. Maka, bila sudah habis mengira, walaupun tak berapa banyak pun, sekurang - kurangnya ada sedikit nilai kopeek (kalau di Malaysia, bersamaan dengan nilai sen) yang boleh aku disalurkan kepada saudara seMuslim. Nak ikut mengangkat senjata, jauh sekali. Jadi sedikit inilah yang aku mampu.
Bukan niat mahu mencanang apa - apa. Tapi sengaja mahu berkongsi bahawa sekecil mana pun nilai kopeek di mata kita, nilai kecil itulah kalau dikumpul, akan jadi besar di mata golongan yang kesusahan. Dan nilai kecil kopeek itu membawa pulangan pahala yang besar buat pemberinya.
Sama juga jika di Malaysia. Jika 1 sen itu nampak kecil di mata kita dek kerana rupa dan nilainya yang tidak sebesar paling tidak wang kertas 1 ringgit, tapi jika dikumpul, mungkin nilainya boleh sampai sebesar wang kertas. Jadi, jangan pandang rendah pada nilai wang yang kecil. Jangan sesedap hati membuang atau memandang enteng saja pada nilai wang syiling.
Dulu aku selalu terasa yang syiling satu sen itu tiada nilainya. Selalu saja kalau aku menyapu samapah, dan aku tersapu syiling satu sen, aku jarang mengutipnya dan terus saja aku sapu sekali dengan sampah lain. Tapi kali ini aku sedar, nilai syiling kecil pun masih bernilai. Apatah lagi sekarang ada yang memerlukan.
Mungkin orang akan pandang pelik kalau kita beri wang syiling yang kecil itu untuk didermakan. Kenapa mereka pandang pelik? Sebab mungkin mereka akan fikir yang kita ni hanya beri benda yang pada mata kita tiada nilainya. Tapi mereka silap. Kalau di Rusia ini nilai kopeek kurang mendapat perhatian, bagi aku, jika dikumpul, nilainya setaraf wang kertas ruble. Jadi jangan fikir orang yang mendermakan syiling itu, pada mereka syiling itu tiada nilai. Yang penting rasa ikhlas ada dan wujud dalam diri.
Jadi, kamu dan kamu tolong hargai syiling. Jika mahu memandang remeh saja, baik kita salurkan ke arah yang betul.

4 comments:
betul betul betul :)
salam
Syed Danial : Jadi, hargai kopeek ok?
yup.sentiasa.terima kasih byk2 :)
wassalam
salam
SD :Sama - sama.
Post a Comment