Pages

Monday, January 19, 2009

Sedikit Buat Kamu.

Assalamualaikum wbt.

Di saat aku mengenali insan ini, waktu itu aku hanya budak mentah. Baru sahaja mahu mengenali dunia hidup di perantauan. Waktu itu, kami hanya bersua di pejabat dekan. Aku dan kawan - kawan baru sahaja menjejakkan kaki di bumi kami berpijak sekarang. Ke pejabat dekan untuk mendaftar sebagai pelajar baru. Insan ini berjalan. Berjalan menuju ke tempat kami berkumpul. Beliau memperkenalkan nama dan berkenalan dengan kami yang baru sangat ini. Aku fikir dalam hati : Kakak ini baik. Berbaju kurung. Sopan sungguh. Kawan aku, Miza mengenali insan ini. Kisahnya itu bermula di Malaysia. Insan ini bertanya sama ada kami sudah menghubungi keluarga di Malaysia untuk memaklumkan ketibaan kami atau belum. Tak sempat jawab soalan itu, terus saja dihulurnya telefon bimbitnya menawarkan kredit pada kami. Disuruhnya kami bagi pesanan ringkas pada keluarga. Sebelum pulang ke destinasi masing - masing, kami bertukar nombor telefon.

Jodoh aku dan beliau bukan setakat itu. Kisah kami masih panjang. Berlanjutan. Satu hari aku dan kawan - kawan ada sedikit masalah. Semua kerana mahu berpindah ke hostel baru (tempat aku tinggal sekarang). Mahu menggunakan nama seseorang untuk menjadi 'penghuni ghaib'. Sebab kami mahu ahli rumah kami semuanya Malaysians tapi rumah tu perlukan 6 orang walhal kami berlima waktu itu. Emy dan Fareena nak duduk berdua. Privacy. Ingin menggunakan nama senior yang tinggal di luar. Beberapa nama datang dalam fikiran. Tapi semua orang mahu guna taktik ini. Dan semua senior yang duduk di luar sudahpun dibook. Ditakdirkan Allah, aku dengan kawan - kawan aku terserempak dengan insan ini. Terus tanya beliau siapakah lagi senior yang tak duduk hostel tapi namanya masih tak dibook. Terus lagi sekali mengoffer namanya sebagai 'penghuni ghaib'. Alhamdulillah. Terus saja kami uruskan proses pemindahan hostel. Titik.

Waktu itu bulan 1 tahun 2006. Musim sejuk. Sejuk sangat. Salji turun. Lebat. Ada seseorang menghubungi. Aku kenal nombor ini. Jawab sahaja. Insan itu telefon. Kataya ada masalah berkaitan rumah yang diduduk masa tu, jadi mahu masuk ke hostel. Beliau suruh aku bincang dengan roomates aku terutama Fareena dan Emy. Dan dipendekkan cerita, kami setuju dan jadilah beliau sebahagian daripada kami.

KS, KS tahu kan insan itu adalah KS. Dari mula cerita, pasti KS boleh agak. Sejak KS masuk 205 ni, KS banyak mengubah Wanie. Mungkin KS tak perasan dan juga mungkin KS tak tahu. Wanie nak bagitahu KS, tapi belum sampai masanya. Dan Wanie rasa ini masa yang paling sesuai. Sangat - sangat sesuai. Sikap KS, perbuatan KS, perilaku, tabiat, semuanya. Semua tu Wanie tengok. Dan macam mana KS ubah Wanie adalah dengan diri KS sendiri. Wanie banyak ambil pengajaran dari KS. Segala apa yang KS buat, Wanie cuba ikut. Wanie jadikan KS model terbaik Wanie. Wanie selalu ingatkan diri Wanie yang Wanie kena jadi macam KS. KS macam kakak - kakak Wanie. Kat sini Wanie dah tak ada sesiapa kecuali KS dan roomates Wanie yang lain. Tapi sebab KS lagi senior, Wanie hormat KS. Orang lain pun Wanie hormat juga tapi Wanie hormat KS sama macam Wanie hormat kakak - kakak Wanie.

KS belajar sampai lewat malam, Wanie ikut. Wanie tak kisah tidur sikit sebab Wanie nak jadi macam KS. KS boleh buat, Wanie pun boleh juga. KS selalu berjaya dalam final exam KS. KS selalu bersedia sebelum kelas. KS selalu bertolak awal ke kelas supaya tidak lambat dan tak terkocoh - kacah ke kelas. Wanie ikut semua tu. Wanie nak jadi macam KS. Mungkin pada KS, Wanie ni sama macam KS. Tapi hakikatnya, Wanie latih diri untuk jadi Wanie yang sekarang. Jadi seperti KS. Wanie tak cakap Wanie mengangkat KS sepenuhnya, tapi Wanie mahukan seseorang sebagai contoh, dan KS orangnya.

KS rajin. Rajin dari semua segi. Dari cerita - cerita KS, realitinya atau hanya di blog, semua Wanie ambil. Sampai kalau KS ingat, KS pernah cerita, yang sebelum pergi kelas KS akan baca : Bismillahi tawakkaltu 'alallah. Sekarang Wanie sebelum ke kelas, Wanie juga tak lupa untuk ucapkan itu beserta doa sebelum perjalanan. Rasa tak sedap kalau tak pasang niat sebelum keluar pintu rumah. Sebelum KS ke kelas, KS ucapkan salam pada kami semua. Kalau KS perasan, ada yang mengikut. Bukan Wanie saja. Dan macam KS, Wanie selesa berjalan seorang. Siapa nak ikut, perlu ikut jadual Wanie. Dan kalau Wanie lambat, tak adalah Wanie nak salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri.

Ramai orang cakap Wanie ni refleks pada KS. Wanie dah macam KS. Wanie rapat dengan KS. Tapi Wanie tak tahu berapa ramai yang berpendapat begitu. Tapi Wanie bukan baik sangat. Insan biasa saja. Contoh baik, ada depan mata. Orang baik saja yang layak untuk KS. You deserve it! KS selalu sakit. Wanie sedih kalau KS sakit. Sebab tu Wanie tak kisah kalau KS minta tolong Wanie teman KS ke klinik walaupun sesibuk mana Wanie masa tu. KS mungkin tak perasan. KS kalau sakit, teruk. Tapi KS masih boleh maintain dengan jadual KS. Wanie tabik.

KS partner ping pong terbaik selepas kawan - kawan Wanie masa sekolah menangah dulu. Kita main ada gembiranya. Ada chemistry orang London cakap. Hehehe.. Susah nak cari orang yang sama kepala dengan Wanie. Nak kata handal main pun, Wanie biasa je. Dengan KS, Wanie rasa boleh je lawan siapa - siapa kat atas meja ping pong tu. Kita main sunguh - sungguh. Wanie mesti tak lupa memori ni.

KS orangnya yang bawa Wanie di dunia blogging. Kenal dengan hati budi orang. Kenal dengan kawan - kawan KS. Kawan - kawan KS kenal Wanie pun melalui KS. Ramai. Bukan seorang dua. Nak sebut pun, tak tersebut. Wanie dapat dunia Wanie sendiri. Wanie tahu cerita KS dari blog. Dengan blog, Wanie doakan KS selalu sihat, selalu berjaya. Tapi Wanie selalu tak dapat nak memberi perisian berilmu dalam blog ni. Tak macam KS. Ramai sokong KS. Ramai sayang KS. Masa KS nak berhenti blogging, Wanie jadi sedih. Sebab nanti lepas KS dah graduate, Wanie dah tak tahu dah cerita KS. Cerita KS kat Malaysia. Wanie tak tahu KS gembira ke, sedih ke. Lepas tu, KS sambung balik, Wanie gembira semula. Hari - hari lawat blog KS. Masa KS berhenti kejap tu pun, hari - hari Wanie pergi. Tengok kalau - kalau KS sambung balik ke. Sama macam kawan - kawan KS yang tak jemu pergi MY WORLD dulu.

Kita lahir bulan yang sama. Januari. Tahun lepas KS ingat kita sambut birthday KS makan cheesecakes? Kita berdua. Semua tak ada. Tapi KS sedih. Ada yang tak hubungi KS. Wanie nampak KS kecewa. Tak apa KS. KS masih ada keluarga dan kawan - kawan yang dekat dengan KS. Tahun ni tahun terakhir Wanie sambut hari lahir KS. Wanie nak bagi hadiah paling best sekali. Walau 4 tahun je Wanie dengan KS, tapi Wanie boleh jadi Wanie yang sekarang. Terima kasih KS. Ini namanya jodoh. Jodoh bukan sahaja untuk lelaki dan perempuan. Antara kawan - kawan pun, adanya jodoh, kan?

Masa Wanie tulis ni, mata Wanie berair. Hari yang sama mata Wanie berair tengok cerita Sepi. Dan entri ini Wanie tulis selepas Wanie tengok cerita Sepi tapi Wanie simpan jadi draft. Mungkin Wanie fikir Wanie akan sepi nanti lepas KS graduate. Walau roomates yang lain masih ada, KS tak sama. Setiap orang ada keistimewaannya. Semua orang ada lainnya. Dan KS pun lain. Wanie sedih kalau KS terasa dengan Wanie. Wanie gembira kalau tengok KS bahagia. Wanie bangga kalau tengok KS berjaya.

Jadi, Wanie sediakan entri ini untuk KS. Pada hari lahir KS. Tahun ini, saat ini. Wanie selalu doakan KS dipermudahkan dalam segala urusan KS. Walau Wanie tak cakap, tapi Wanie buat. Wanie selalu fikir, bolehkah Wanie tunggu KS bergraduasi sebelum terbang pulang ke Malaysia. Wanie nak tengok KS ambil scroll. Nak tengok KS berjubah. Nak tengok KS pegang bunga. Wanie amat pasti keluarga KS pasti gembira dan bangga dengan KS.

Selamat Hari Lahir KS. Semoga KS panjang umur, dan terus berjaya. Amiin.

**Satu benda yang semua kena tahu. Aku tak pernah rasa dan tak boleh nak marah orang yang aku sayang. Kalaupun rasa marah, tetap simpan dalam hati saja. Tapi tak pernah rasa terkumpul dalam hati pun. Walaupun tak cakap, tapi aku tak pernah simpan. Itu semua untuk orang yang aku sayang saja. Weee~~~
**Wanie tak pernah, tak boleh dan tak terlintas pun nak marah atau terasa hati pada KS. Apa maksudnya itu? =)


9 comments:

FabulouswithAs said...

sweeettt....sweeeeeeeeettttt
diabetic patient shud avoid read this entry..too hyperglycemic!

Sarah Mohd Shukor said...

Wanie, kamu buat KS menangis teruk sangat ni. Siapa nak pujuk KS ni? Dah la KS sorang2 ni. Perit rasa tekak KS ni tahan air mata. Kamu tahu kan yang KS pun sayang sangat pada kamu? Kalau KS tak cakap ni pun KS tahu kamu tahu. KS.SAYANG.WANIE.

Terima kasih Wanie! Terima kasih juga sebab sentiada jadi orang yang KS boleh bawa berbincang dalam apa jua perkara. Terima kasih sebab jadi adik yang paling memahami KS. Terima kasih!

Abang Long said...

Bersahabat kerana Allah. Memang terasa syahdu. Apatah lagi bila berjauhan. Tetapi saat paling bahagia apabila kedua - dua orang sudah berumahtangga dan perhubungan dikekalkan. Tetapi ujian dari Allah tetap akan tiba. Bersabar.

Anonymous said...

salam..
wanie bertuah sangat dpt kenal KS.dan lebih bertuah 5tahun dapat duduk serumah dgn KS.kdg2 akak slalu terfikir kan best kalo dapat blaja sama tempat dgn KS either kat egypt or rusia.sebab cabaran yg KS rasa kat sana akak pon rasa kat sini.dan akak pon jenis yang hidup seorang.tapi x pela.semua ini ada hikmahnya kan.tapi akak yakin wanie dah jadi adik yang terbaik utk KS:-)
u're so lucky.study molek2 k & akak&KS yakin wanie dpt buat yang lebih baik lagi dari kami.gud luck!

Anonymous said...

Wanie dah buat KS nangis.. Adoi..akak pun sebak bc entri nie. Rase indahnya persahabatan..erm..bukan..persaudaraan lebih tepat antara Wanie berdua. Sememangnya Sarah beruntung dpt adik yg seperti Wanie..kan Sarah.. Akak pun rase best sgt dapat kenal dua saudara yg macam nie..:)

Anonymous said...

saya selalu mengimpikan persahabatan yang macam ni. Sangat lah seronok kalau saya ada persahabtan macam ni. Saya akan doakan saya pun ada jugak nanti.
Saya menangis membaca entri ni. Walaupun saya tak kenal Kak Wanie dan KS, saya sangat kagum dengan kedua-dua kamu! Semoga Allah merahmati kamu. :)

Anonymous said...

Wah entry ni mmg panjang gila sehingga aku perlukan secawan kopi dan sehelai sapu tangan. Huwaaaaaa!!!!

Shazwani Adnan said...

salam to all.

Asma :hoho.. hyperglycemic? hurmm.. no comment.

KS : Sama - sama. Walau adikmu sudah ramai, aku tetap adik kamu yang perempuan. hihi

Abang Long :Semoga setiap dugaan itu natijahnya sentiasa baik.

Kak Young Mango : =) Untung dapat kenal orang baik. Semua orang di sekeliling Wanie adalah orang baik. Wanie untung jadi orang yang di tengah. Dapat semua tempias kebaikan. Semoga akak pun berjaya. amin.

Shazwani Adnan said...

Akak : Semua muslim itu kan bersaudara. Sebak mana akak baca, sebak lagi wanie masa tulis entri ini. Dek kerana memikirkan suasana selepas 6 bulan akan datang.

Anon : Terima kasih. Alhamdulillah. Semoga kamu pun beruntung seperti saya.

Haritz :secawan kopi? Panjang sangat ek? Hehe.. Tak apa. Sekali sekala.