Pages

Saturday, February 14, 2009

Limau Mandarin

Assalamualaikum wbt.

Dalam masa sekarang ini, pada waktu yang aku sangat sibuk ini, ada satu perkara yang aku buat. Makan limau mandarin. Haha. Bunyi seperti kelakar. Tapi itu yang sebenarnya. Dan minggu ini saja, aku sudah habiskan 2 kilo mandarin. Dan yang aku makan sekarang masuk kilo ke - 3.

Satu, aku memang suka benar dengan mandarin. Kalau dulu, setiap kali Tahun Baru Cina, Emak mesti ada bawa balik satu kotak mandarin. Dan aku akan berebut dengan yang lain untuk dapatkan limau yang banyak. Haha.

Kedua, seperti limau lain, ia mengandung vitamin C. Jadi, ia berfungsi sebagai anti oksida. Untuk makluman lanjut : Vit C. Orang kata, ia boleh meningkatkan daya tahan badan. Dalam masa aku sibuk ini, dengan gaya tidur dan cara makan yang tak berapa nak betul, sekurang - kurangnya badan aku masih boleh bertahan untuk habiskan belajar.

**Tapi sekarang, aku terasa macam tak sedap badan pula. Ya Allah, janganlah beri demam.
**Salji turun pagi ini dengan lebatnya, sampaikan tudung yang aku pakai basah bila sampai di bilik.
**Senyum lebar untuk hari ini, esok, dan seterusnya. Jangan tensi - tensi. =)

4 comments:

♥ Izzah Marzuki said...

ade jual limau mandarin ke kat russia tu? waah.. ke yg di pos dr malaysia?? =) emmm ada doctor penah pesan, jgn makan limau mandarin byk² sbb nanti boleh batuk teruk.. hmm.. ye kot??

Ain Mardhiah said...

salam akak...
ish, nak demam ke? syafakillah... ni ada award dari joden.. sila2 jemput amik...

Anonymous said...

limau jeju sedap

Shazwani Adnan said...

salam.

KAk Izz : Entah la kak, tapi setakat ini, wanie takde pulak batuk, walaupun kat sini sekarang musim demam. Ramai kawan2 wanie demam sampai tak larat nak bagun g kelas.

Ainul : Award tu, terima kasih. Tapi nanti la ek, tunggu betul2 free.

Pire : Betul Sedap. Lagi - lagi kalau percuma. Hahaha