Pages

Friday, February 13, 2009

Rumusan Satu Minggu. Rutin Satu Bulan.

Assalamualaikum wbt.

Seminggu sudah aku tak menulis. Tangan rasa gian mahu menaip, tapi hati menasihati akal supaya mengawal nafsu. Hati memujuk azam untuk jadi kuat. Akal mengawal diri untuk jadi rajin. Sampai hari Jumaat, aku jadi sedikit gembira. Pertama dapat merehatkan minda. Kedua dapat merehatkan badan. Ketiga dapat menulis sesuatu. Keempat dapat mengulang kaji pelajaran dengan lebih tenang.

Bulan ini aku belajar tentang segalanya. Walaupun baru seminggu, aku sudah terasa bila kah bulan ini akan sampai di penghujungnya. Setiap hari kelas aku bermula jam 9 pagi. Habis sekitar 4 atau 4.30 petang. Berjalan kaki ke kelas selama 20 minit, sebaik pulang, aku kepenatan. Sesudah solat Asar, menunggu waktu Maghrib. Dalam pukul 5.30 atau 6, aku mula terlelap. Dan bangun semula pada pukul 7.15 atau 7.30 malam.

Rutin harian aku bermula kembali seawal 7.45 atau 8 paling lewat. Kenapa? Sebab subjek yang aku belajar bulan ini memerlukan daya tumpuan yang sangat tinggi. Menterjemah buku Topography Anatomy yang ditulis dalam bahasa Rusia. Bayangkan, setiap malam aku membebel seorang diri, bercakap dalam bahasa rusia di depan meja belajar. Setakat ini, paling awal aku selesai belajar adalah jam 1.30 pagi. Dan paling lewat pukul 3.30 pagi. Kemudian tidur sebentar, bangun semula pukul 7.30 pagi (Subuh habis pukul 8 pagi) untuk bersiap ke kelas.

Aku tidak sempat ke mana - mana tempat yang jauh selain rumah dan kelas. Hatta mahu melawat KS, Fareena dan Fatt di bilik sebelah pun tak punya masa. Mereka saja yang datang melawat aku. Inikan pula mahu berbual - bual, bermesejan, berym dan ber'sms'an. Aku tak punya masa. Tapi aku seronok. Seronok berjumpa kawan - kawan. Seronok belajar tentang diri. Seronok walau sesibuk ini. Dan seronok kerana boleh beri tumpuan pada belajar.

Mungkin ini akan menjadi rutin harian aku bulan ini dan mungkin juga bulan hadapan.

**Ini bukan jadual aku saja. Kawan - kawan aku juga begitu.
**Minggu lepas, aku dapat sambal goreng tempe yang aku kirim pada Emak melalui kawan aku yang pulang ke Malaysia. Emak bagi 3 peket. Sepeket sudah licin.
**Paling pelik, aku sangat - sangat sibuk, tapi berat makin naik. Macam mana ni? huhu.

2 comments:

nurunnuha said...

sibuk itu seronok..
betul tak? =)

wanie..take care! :)

Shazwani Adnan said...

salam

Nuha : betul3 *gaya upin ipin*