Pages

Sunday, January 24, 2010

Musim Cuti

Assalamualaikum wbt.

Masa awal cuti hari tu, aku berkesempatan melawat salah sebuah negara di benua Eropah ni. Ibarat lawatan sambil belajar ramainya. 14 orang! Hehe.. Tapi sampai di satu tempat, kami berpecah mengikut haluan masing-masing.

Berjimat tak ingat dunia, dah berapa tahun dah aku tak berjalan masa cuti panjang macam ni. Kumpul duit la katakan. Hihi.. Ni ada duit lebih sikit, merantau la di bumi Tuhan yang kaya dengan hasil ciptaanNya yang kita boleh renungkan supaya kita ini sedar yang kita hanya makhluk Tuhan yang lemah saja.

Banyak dugaan yang mengajar kita supaya bersabar. Kita lihat bagaimana bercuti ini boleh mendekatkan diri dengan Pencipta. Teruji sungguh berapa tingginya tawakal kita kepada Tuhan sekelian alam. Berjaga-jaga dengan kelibat mereka yang hanya menunggu untuk ambil kesempatan terhadap kita.

Sebelum memulakan perjalanan, membaca doa dan bertawakal supaya tidak ada apa yang berlaku sepanjang perjalanan menjelajah bumi Tuhan. Tidak putus-putus berdoa meminta dihindari dari malapetaka dan mara bahaya. Itulah yang sebaiknya.

Alhamdulillah selamat sudah sampai semula di bumi tempat aku belajar. Menghabiskan cuti musim sejuk bertemankan pokok-pokok togel tanpa dedaun dan salji beku di tepi-tepi jalan. Kadang-kadang untuk mengisi kebosanan tanpa teman serumah, memasak antara aktiviti menyeronokkan.

**Menunggu cerita yang pelbagai daripada ramai orang ^^

3 comments:

FabulouswithAs said...

nk g jln2 gakkkk

HABIHA69 said...

jalan-jalan mmg seronok kan....tapi jangan lupa kena jimat juga untuk beli buku pastu bawak balik ke Malaysia...boleh jadi rujukan...

Shazwani Adnan said...

salam

Asma: masa ko g spain tu lagi best kot. =)

HABIHA69 :kalau berjimat untuk beli buku tu, itu tak payah berjimat sebab duit untuk beli buku sentiasa akan diperuntukkan. lepas mengambil kira semua benda penting, barulah kumpul duit lebih untuk pergi berjalan. itu baru dipanggil duit lebih. Whatever it is, education comes first!