Pages

Monday, January 25, 2010

Pengurusan Kewangan Aku

Assalamualaikum wbt.

Ada satu cerita lawak ni. Malam tadi semua pakat ucap selamat hari lahir. Sampai ke junior-junior ucap kat facebook. Kelakar la juga bila teringat. Bangun pagi ni, tersenyum sendiri. Hehe..

Penat kita nak terangkan kat orang kan kalau orang tu tak berada dalam situasi kita. Kenapakah aku tiba-tiba cakap macam ni? Hurmm.. Dulu, aku selalu dengar khabar angin mengatakan budak-budak yang belajar kat Rusia ni kaki jalan. Memang la kaki jalan, sebab kerja kami berjalan kaki saja bila hendak ke mana-mana pun. Hahahaa.. Tak tak.. Bukan itu maksud aku. Maksud dalam kenyataan itu adalah melancong. Ini aku nak terangkan la ni. Dulu kakak aku pun belajar jauh macam aku. Masa pertama kali aku nak berjalan keluar, aku tanya pendapat kakak aku. Dia kata, "tak apalah, kalau ada duit lebih sikit, apa salahnya berjalan melawat tempat orang. Kumpul duit sikit-sikit. Kalau nak lebih jimat, cari kawan kat sana, tumpang rumah dia. Tak rugi pun. Masa belajar ni la kita ambil peluang, nanti dah kerja macam akak ni, dah sibuk, semua benda pun tak boleh buat."

Itulah yang aku buat. Di samping belum dapat kebenaran dari Emak untuk pergi berjalan, diam-diam aku kumpul duit, kot-kot la nanti ada peluang boleh berjalan boleh guna duit simpanan. Sepanjang aku belajar 5 tahun kat sini ni, baru 3 kali aku berjalan keluar. Selain tu, aku duduk terperap je la kat sini. Aku berjalan tu pun, aku lawat kawan-kawan aku. Selain melawat Bumi Anbiya yang sarat dengan peninggalan sejarah yang menusuk hati.

Bagaimana cara aku mengumpul duit? Pertama, aku akan asingkan duit aku mengikut keperluan. Paling penting, aku asingkan dulu duit yuran dan duit buku. Ye la, tahun klinikal ni banyak guna buku, dan buku-buku tu boleh tahan harganya. Jadi, duit aku tu aku asingkan siap-siap. Kedua, aku jenis yang jarang membeli-belah. Kalau aku perlukan sangat-sangat, baru aku beli. Sebab tu, balik-balik aku pakai baju yang sama je. Hehehe.. Kalau kat sini tak berapa sejuk sangat, boleh la aku pakai baju kurung. Selesa lagi murah. Beli kat Malaysia banyak-banyak bawa ke sini. Tapi nak buat macam mana, cuaca sejuk. Jadi kuranglah pakai baju kurung. Ketiga, setiap bulan aku akan hadkan pengeluaran wang aku. Ye la, dengan cara giliran memasak dan berkongsi duit beli barang dapur, aku boleh berjimat di situ ^^

Kalau boleh, bila aku dah dapat biasiswa ni, aku dah tak nak menyusahkan Emak dan Abah. Cukuplah mereka support aku sehingga habis SPM. Dulu masa tahun pertama, abah ada tanya ada financial problem tak? Aku jawab ok je walhal masa tu elaun sara hidup aku memang tak tersara la. tapi apa yang aku buat, kurangkan portion makan, shopping tu apatah lagi. Masa tu aku hanya shopping baju untuk aku survive musim sejuk je. Tu pun aku beli semasa jualan murah. Inilah tips nya! Hehehehe.. Sekarang ni, alhamdulillah, aku tak pernah lagi minta Emak atau Abah masukkan duit sebab aku kekurangan duit. Setakat ni, alhamdulillah masih cukup untuk meneruskan pengajian aku di sini.

Aku tak suka jadi boros. Dan aku kurang gemar melihat orang yang terlalu boros. Mungkin dari kecil aku dah diajar supaya tidak boros kot. Jadi, setiap benda yang aku nak buat tu atau nak beli tu, aku akan fikir tahap keperluannya pada aku. Dengan cara itu, aku boleh la berjimat.

Dan jika aku ada duit lebih, boleh jadi simpanan di masa hadapan. Kalau kita nak beramal pun, kalau ada duit, lagi mudah la kerja amal kita bukan? Kita gunakannya ke jalan yang betul, jadi hati kita pun tak resah.

Tak kisahlah kita duduk di mana pun, belajar di mana pun, kita kena sentiasa tahu dan ambil tahu mana perkara yang prioriti dalam hidup ni. Menjelajah di bumi Tuhan tiada salah, tapi ilmu yang bermanfaat tu juga penting untuk diri. Kalau duduk di Malaysia sekalipun, bila dapat tajaan, kalau kaki shopping ke, kerja asyik nak berjoli je, menghabiskan duit kerajaan juga. Tapi kalau kerajaan beri bantuan pada kita untuk belajar, tak kisah nak shopping ke apa ke, janji, result peperiksaan kena gempak! Tu baru la betul! Barulah jadi permata dalam masyarakat, berlian untuk negara dan yang paling penting, emas untuk agama.

Aku menulis sekadar memberi pandangan aku saja. Itu dari diri aku, bagaimana aku mengurus kewangan aku. Lain orang mungkin lain cara mereka menguruskan kewangan mereka. Ini juga pendapat peribadi aku, aku tak kata semua yang aku tulis itu betul. Ini sekadar umum, bukan menuding jari ke arah sesiapa apatah lagi merujuk kepada individu tertentu. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Aku memang tak berniat nak menyakitkan hati sesiapa. Kalau ada yang terasa, aku minta maaf sekali lagi dengan serendah-rendah dirinya. Wallahu a'lam.

5 comments:

akak said...

Akak pun selalu asing duit gaji utk bahagian² tertentu. Tapi bila dah akhir bulan je..dah ala-ala nak kering tu, semua duit yg diasingkan tu pun surut sekali. Bila la nak banyakkan..:D. Nak gi melancong pun lambat lagi la nampaknya..hihi. Memang tak lulus jadi pengurus kewangan..

p/s : Selamat Hari Tua untuk Wanie..hihi. Semoga terus tabah kat sana, dipermudahkan segala-galanya.

Shazwani Adnan said...

salam

Akak: Biasa la kadang-kadang tu. Kena lebih praktis. Hehe..
Terima kasih akak. akak awal la hari ini. Thanks alot kak ^^

HABIHA69 said...

Baguslah kalau pandai mengurus kewangan yang dpt manfaatnya diri sendiri jugak kan...eloklah tu..teruskan sampai bila-bila, harap2 tidak sekerat jalan....

Shazwani Adnan said...

salam

insyaallah.

Achmad said...

salam wanie..

Entri yang menarik tentang pengurusan kewangan.! terima kasih atas perkongsian..!!

Dasvidanya.