Pages

Friday, January 29, 2010

Ukhwah ini

Assalamualaikum wbt.

Dah 3 hari selepas hari lahir aku. Teringat aku setahun yang lalu, aku sambut hari lahir aku di Moscow bersama teman rapat. Walaupun hanya sederhana sambutannya dengan sebiji kek dan makaroni goreng, aku tetap rasa rapatnya ukhwah antara kami.

Kalau dulu ada cerita pendek bertajuk Kerana Manisnya Epal, kali ini baru aku terasa betapa seronoknya kisah Kerana Manisnya Ukhwah yang terbina di antara kami. Dan kisah itulah yang buat episod hidup aku menjadi lebih indah.

Terima kasih kepada semua yang menyinari hidup aku sepanjang 23 tahun aku hidup di muka Bumi Allah ini. Segala nikmat dan pujian aku kembalikan kepada Allah dan segala keburukan diri akan aku usahakan untuk diubah. Seutuh ukhawah yang terbina di atas nama Allah, akan aku jaga serapinya, dan amat sayang jika ukhawah ini terputus di tengah jalan.

**Aku rindukan saat ini. (T.T)

2 comments:

фарина захари said...

Kami semua rindukan saat itu..huhu..

alchemy said...

seramnya pisau tu wanie~