Pages

Thursday, April 14, 2011

All the best in S.I.G 2011

Assalamualaikum wbt.

Memandangkan esok adalah Hari Sukan Sekolah Sechenov Intervarsity Games (S.I.G), Jadi saya dengan ini ingin mengucapkan Semoga Berjaya kepada semua atlit universiti saya (First Moscow State Medical University) untuk sukan esok. Walaupun saya tak dapat jadi sebahagian daripada skuad kontinjen universiti tahun ni, tapi sokongan saya tetap pada kamu-kamu yang main.

Bagi yang di luar sana yang tak tahu, ni saya nak cerita sikit ni. Tahun ni universiti saya jadi tuan rumah untuk sukan yang setiap tahun diadakan. Kiranya ini adalah aktiviti tahunan untuk memastikan semua bakal doktor adalah bakal doktor yang sihat dan boleh merawat orang yang kurang sihat. Cewah. Hehe.. Ye la, selalunya memang objektif sukan kan untuk sihatkan mental dan fizikal. Dan eratkan silaturrahim sesama rakyat Malaysia. Main jangan gaduh-gaduh ok.

Saya ni ada semangat sukan yang tinggi sikit (saya rasa la). Jadi walaupun tak main (sebab dah pencen :P) insyaallah kalau tiada aral melintang, saya akan juga pergi sokong. Mujur tahun ni buat di Moscow, jadi saya boleh la tengok semua sukan yang saya suka tengok. Hurmm mungkin sebab masa sekolah menengah dulu saya jadi Biro Sukan, tu sebab suka tengok sukan (tengok je, kadang-kadang malas juga nak bersukan :P)

Pesan saya untuk semua atilit:

  1. Kita main tu main juga, tapi paling penting, jaga solat kita. (Bagi yang Muslim). Kita harus ada kebergantungan kepada Allah. Ok, pertama sekali, jaga solat.
  2. Jaga aurat. Baru la seronok main. :-)
  3. Jaga makan (perlukah? Hihi) maksudnya, kalau kejap lagi dah nak main, tak payah la pergi makan nasi ke apa ke. Takut termuntah pula. Hehe..
  4. Jaga diri, jangan sampai tercedera. Kalau agak-agak dah terseliuh tu, pergi cepat-cepat panggil skuad paramedik. Mereka sedia membantu. 
  5. Sebelum masuk gelanggang, baca doa da selawat sebanyak mungkin dan minta supaya kita dapat tunjukkan prestasi yang bagus dan mantap semasa bermain nanti. Langkah masuk kaki kanan (tapi kalau dah semangat terlupa pun tak apalah.)
  6. Jaga adab dan akhlak.
  7. Tak usah gaduh-gaduh ok. Kita main di samping kita ikat persaudaraan. 
  8. Akhir sekali, SEMOGA BERJAYA DAN ALL THE BEST!!

Haha panjang kan pesanan dan ucapan saya? Tapi tak apa, insyaallah semoga semuanya dipermudahkan. Kepada team ping pong, main betul-betul. Sedih tak dapat join sekali masuk team tahun ni. Kalau serve tu serve betul-betul, nak smash tu smash betul-betul. Kasi gentar pihak lawan :-P Make sure this year you get GOLD ok?




Ucapan dan pesanan ini saya juga tujukan untuk atlit dari universiti lain. Welcome to Moscow and enjoy the game and your moment in Moscow. 





**Siapa menang, saya bagi hadiah tahniah. 
**Semoga urusan pihak penganjur dan para pemain dipermudahkan. Amin. 

2 comments:

Prettyvrach said...

semangat nye mentor kite bg ucapan~ hihihi....aku pon nk ucapkan jugak al d best, n kepade semua yg malas mcm aku, dok umah elok2, jgn kuar rumah.hihi...

Shazwani Adnan said...

ML: semangat la weih. bukan senang nak dapat cuti. tapi ko kan ade komitmen dok kat rumah huhu