Pages

Sunday, April 17, 2011

S.I.G melabuhkan tirai. Tahniah!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Untuk S.I.G 2011 ni universiti saya menang keseluruhan dengan 7 emas dan 6 perak. Memang saya tengok mereka main dengan bersungguh-sungguh. Tak kisah pun dapat kecederaan ke apa ke, yang penting berusaha sehabis baik!



Dan perlawanan paling sengit pernah saya tengok adalah Futsal Lelaki final M1 (universiti saya) menentang M2. Memang sengit. Dan alhamdulillah penyokong pun semakin ramai datang menyokong walaupun pada hari terakhir, lebih ramai dari hari pertama dan hari kedua. Masa hari pertama dan hari kedua tu memang la berapa kerat je la yang datang, walaupun universiti dah bagi cuti untuk kejohanan sukan ni. Tapi tu tak mematahkan semangat saya untuk terus menyokong pasukan universiti saya. Futsal lelaki mengambil tempat terakhir dalam acara yang dipertandingkan. Kiranya ia adalah antara acara utama dalam kejohanan ini. Perlawanan itu merupakan perlawanan terakhir yang habis sebelum S.I.G 2011 melabuhkan tirainya dengan penyampaian hadiah. Dan universiti saya menang emas untuk acara ini!! Alhamdulillahi rabbil alamin..





Pada saya, saya melihat kejohanan ini sangat mantap. Saya merasakan ini kejohanan yang dianjurkan tak ubah seperti kejohanan Sukan Komanwel. Kemudahan yang sangat selesa, bayangkan, tempat solat dia saya rasa macam dah kat R&R kat Malaysia tu. Tempat bermain pula sangat besat dan macam stadium, ahli jawatankuasa yang tak kisah bekerja siang malam, paramedik yang sentiasa peka dengan tugas, dan saya lihat majlis penutupan tadi pun memang gah, walaupun pengacara majlisnya nampak seperti nervous sedikit. Tapi tak mengapa. Tak ada yang sempurna. Hanya Allah Maha Sempurna serba serbinya.







Alhamdulillah doa yang tiada putusnya itu memang menjadi kunci kejayaan seorang mukmin. Ada seseorang pernah berkongsi, "Do not underestimate the power of Du'a" Ya, memang kita sesekali tidak boleh memandang rendah dengan kuasa doa. Dan yang paling penting, apa pun yang terjadi, jangan putus harap pada Allah. Itu yang membezakan kita dengan yang lain.


Paramedik berjaya!


Penyokong tegar.


Paramedic in action


Penyokong setia.


Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Saya tahun ni dah pencen. Tahun depan insyaallah saya dah jadi doktor. Tak dapatlah saya nak sokong lagi bersorak sekali. Tapi doa saya untuk universiti kesayangan saya ni tetap ada.

Haip haip hooray!

**Tengoklah gambar yang saya sempat tangkap. Tak banyak pun. Sebab saya sibuk bersorak, tak sempat nak snap gambar! :-D
**Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 41 untuk Emak dan Abah. Sungguh lama. Insyaallah wani jadikan Emak dan Abah idola dalam bab ni :-D 

3 comments:

Prettyvrach said...

mane gmba penyanyi kite?? hihihi...

Shazwani Adnan said...

Salam

hanya untuk group saja. :)

Prettyvrach said...

kekeke..

tgk ni..
http://www.youtube.com/watch?v=wiDofWlR2HI