Assalamualaikum wbt.
Hari ini alhamdulillah baru sahaja habis credit untuk subjek physiotherapy. Pada saya subjek ini agak menarik walaupun tempoh masa rotation subjek ini sangat singkat. Banyak benda yang saya belajar dari subjek ini. Dan baru saya tahu yang Bronchial Asthma (Asma) pun ada senaman untuk meningkatkan kapasiti kandungan oksigen dalam paru-paru. Bukanlah bergantung kepada ubat semata-mata!
Tapi kan, pagi ini bila pergi kelas di Hospital 600 (sebelum pergi ke Hospital Rosalimo untuk pergi jawab soalan untuk credit), kami ditakdirkan berjumpa dengan seorang makcik (saya rasa dia seorang physiotherapist yang in charge di situ) yang sangat 'emotionally labile'. Bayangkan ye, pagi-pagi datang dengan lemahnya sebab kena pergi kelas selepas cuti semalam (Labour Day), terus kena tengking! Saya ni yang otak menerewang entah ke mana terus tersedar. Ibaratnya seperti kena kejutan elektrik! Lepas tu bila masuk bilik fisioterapi tu, bermulalah proses mengorek ilmu physiology dan anatomy yang terletak jauuuuh di pelusuk ceruk otak ni. Tak dapat kena tengking lagi. Tapi kadang-kadang bagi hint juga suruh jawab. Hurmm, bukan itu saja, malah dia juga menyentuh tentang pemakaian tudung kami. Katanya, kalau ikutkan, pergi bilik fisioterapi pun kena buka tudung macam kami ni pergi operation theatre. Katanya lagi, kena buat macam kat France. Hurmm. Apa-apa je la. Kami dah biasa dikata begitu begini tentang cara kami berpakaian. Inilah salah satu dugaan terbesar duduk di negara yang macam ni.
Sambung semula kisah makcik fisioterapi tadi, bila dah habis je sesi belajar yang saya rasakan memang sangat lama walaupun sekejap je sebenarnya, kami pun keluar ke koridor dan dia sambung cakap lagi. Tapi sebelum keluar tu dia menjerit marah-marah lagi termasuklah marah pada patient sampai patient tu cakap, "Kenapa nak menjerit-jerit? Saya dengar la awak cakap!" Fuuh. Hebatlah pakcik. Kami dah tak tahu nak react apa sebab terlalu tergamam. Dan towards the end tu, tiba-tiba makcik tu menangis bila dia bercakap tentang anaknya, sebab yang kami faham, kedua-dua anaknya mati (dia ada dua je anak) accident. Jadi sebab tu dia nangis. Tapi serius saya cakap, memang emosi dia tak menentu, sekejap marah-marah, satu saat lepas tu dia ketawa pula dan menangis. Serius kami memang tak faham! Kesimpulan yang kami buat: Makcik ni depress sebab anak dia mati.
Ada pengajaran yang saya dapat dari kisah hari ini:
1. Bagus juga makcik ni stimulate otak saya yang agak beku di pagi hari ni. Sudahnya saya kekal aktif sepanjang waktu kelas.
2. Jangan jadi terlalu tertekan dengan keadaan yang menimpa kita, kelak kita akan jadi tak tentu arah.
3. Jangan malu dengan cara kita berpakaian walaupun kita berpakaian tak sama macam kebanyakan orang. Kadang-kadang yang ganjil tu lebih istimewa! :)
**Alhamdulillah. Hari ini selesai. Boleh tumpu belajar untuk GOS (kononnya!) Tapi tak bole konon-konon! Tinggal satu bulan satu minggu untuk saya dan kawan-kawan bergelar doktor. Jadi kena serius lagi dan naikkan gear! Vrooooooooooom (pecut)
2 comments:
Memecut dengan selamat ye..kadang² jalan licin..kadang² ada police traffic..hihi. All the best!!
salam akak.
thanks ingatkan. dan thanks ingatkan pasal polis trafik :D dan thanks untuk wish akak.
Post a Comment