Pages

Thursday, May 19, 2011

Belajar Memaafkan Orang

Assalamualaikum wbt.

Hurmm di saat saya menulis ini, saya bukanlah ada rasa marah atau dendam dengan siapa-siapa. Cuma saya selalu ditanya, macam mana cara nak memaafkan orang lagi-lagi kalau orang tu sentiasa buat kita marah dan sakit hati. Agak-agak macam mana ye? Apa pendapat kamu?

Sifat marah atau sakit hati ni adalah satu perasaan yang tidak sedap yang duduk di dalam lubuk hati. Perasaan dengki pun macam tu juga. Inilah yang dinamakan penyakit hati. Perasaan-perasaan ni datang bila hati kita ni sakit. Tapi yang peliknya, bagi sesetengah orang, hati yang sakit ni agak susah nak cari penawarnya walhal sebenarnya penawarnya amatlah dekat dengan kita tapi kita saja yang tak sedar. Tak apa, nanti saya akan beritahu apa ubat yang mujarab untuk penyakit hati ni ;-)

Kalau orang ada sakitkan hati kita, kadang-kadang orang tu tak perasan pun yang dia dah TERsakitkan hati kita. Kenapa saya bersarkan tiga huruf depan tu, sebab tu nak menunjukkan perbuatan tidak sengaja. Untuk orang yang sensitif macam saya ni, kita (merujuk kepada golongan sensitif, kiranya yang geng dengan saya ni) kena sentiasa didik hati kita. Didik macam mana? Didik supaya kurangkan rasa sakit hati tu. Pujuk hati dengan mengatakan yang orang tu tak sengaja tu... Dan secara tidak langsung, kita akan mudah untuk memaafkan orang tu. 

Tapi ada satu persoalan. Macam mana kalau orang tu tak sedar dan akan kerap buat benda yang sama (sakitkan hati orang) kalaupun bukan pada diri kita tapi pada orang lain? Hurmm susah nak jawab soalan ni. Kalau untuk diri saya yang serba lemah lagi kekurangan ni, saya lebih suka pendam je. Sebab saya tak nak dengan saya berterus terang, orang tu akan rasa kurang selesa dengan saya. Tapi untuk orang yang suka berterus terang (baca: straight forward), boleh juga berterus terang dengan orang tu dengan sebab nak memberi pengajaran kepadanya. Tapi bersyarat! Bicaralah dengan lembut agar tidak menyakiti hatinya.

Saya tahu dengan perihal saya yang suka memendam ni, orang akan lebih suka mengambil kesempatan dan memijak kepala saya. Tapi terus terang saya katakan, saya ni memang jenis tak boleh nak terus terang dengan orang kalau orang tu dah buat salah dengan saya. Dan saya selalu didik diri saya supaya memaafkan orang. Kita ni manusia, memang tak terlepas dari berbuat kesalahan. Saya tak suka untuk tak bertegur sapa dengan orang sebab saya ni memang suka bercakap. Untuk orang yang suka bercakap macam saya ni, amat susah untuk tidak bertegur sapa. Kalau saya kurang bercakap untuk satu hari tu, orang sekeliling saya mesti perasan. Tak percaya, tanya kawan-kawan saya.. 

Saya ada teringat satu hadis Rasulullah yang maksudnya:
Tiada halal bagi seorang Islam bahawa ia meninggal saudaranya (tiada menegurnya)lebih dari tiga hari; bila keduanya bertemu maka seorang ini berpaling dan seorang itu pula membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam. (Bukhari & Muslim). 

Dan cara Rasulullah tunjukkan kasih sayang pun dengan sebarkan salam. 

Ok. Kita nak memaafkan orang ni bukanlah mudah. Cubalah tanya orang, siapa yang senang je nak maafkan orang kalau orang tu dah buat 'dajal' dengan dia. Jarang sangat jumpa. Tapi kita boleh belajar utnuk memaafkan orang. Barulah kita pandai nak memaafkan orang. Dan dengan cara tu baru hati kita tenang. 

Hati yang penuh dengan penyakit ni susah ilmu nak masuk. Lagi-lagi kita yang masih belajar. Eh, silap. Kita ni setiap masa dalam proses belajar kerana belajar ni adalah proses sepanjang hayat. Hingga nak mati nanti pun, kita kena belajar mengucap dan menyebut nama Yang Maha Agung. Sebab tu ada orang duduk sebelah untuk mengajar. Jadi untuk mengubati penyakit hati ni, kita harus sentiasa berlapang dada. Tu satu. Satu lagi kita sentiasa menjadikan Dia teman meluahkan perasaan. Kerana kita sendiri tahu, Dia lebih dekat dari urat leher kita sendiri (Surah Qaf : 16). Jadi Dia Maha Mengetahui apa yang terkandung di dalam hati kita bukan? Tambah lagi kalau mahu ubati hati yang sedang sakit, dekatkanlah lagi diri dengan Dia lebih dari sebelum ni. Dengan mengingatiNya hati akan menjadi tenang bukan? (Ar Ra'du : 28) :-D

Mungkin ada yang kurang setuju dengan saya. Tapi ini pendapat peribadi saya. Mohon maaf kalau ada yang tersalah. Saya hanya mahu kongsi macam mana saya belajar memaafkan orang. Dan saya suka perasaan selepas memaafkan orang. Sangat bahagia.. Bahagia merasai kemanisan ukhwah! \('o')/

Di kesempatan ini, saya dengan rasa rendah diri saya meminta maaf kepada sesiapa yang saya dah tersakitkan hati dengan tak sengaja ke apa ke. Dan saya nak mengajak kamu untuk belajar memaafkan orang lain! 

**Satu fakta tentang saya: Saya ni kalau ada orang buat salah dengan saya, lepas je saya tidur, bangun tu saya rasa best je. Automatik dah maafkan orang tu huhu.. Apalah saya ni kan.. Senang je, tidur.. Huhu