Assalamualaikum wbt.
Selamat Hari Guru untuk semua guru saya dari saya tadika sampailah saya dah nak habis belajar ni. Kalau tiada kalian, alangkah ruginya saya tak dapat menjelajah sejauh ini. Sungguh, jasa kalian memang tak ada tandingan. Dari huruf alif sampailah saya boleh berbahasa Rusia, semua atas jasa kalian mendidik saya.
Masa darjah satu, saya ingat lagi guru kelas saya memberi hadiah kepada saya sebab saya dapat nombor satu dalam kelas. Dan satu benda yang special, saya masih simpan hadiah tu walaupun dah tercabut. Dulu masa tercabut tu saya pernah tampal dengan salotape (tak tahu macam mana nak eja). Tapi tanggal semula. Hadiah tu adalah bekas letak pensel warna merah jambu dan turqoise. Cantik sangat. Terima kasih cikgu Rozita Bt. Jantan. Satu lagi saya ingat tentang cikgu ni, saya selalu diminta untuk membelikan air untuknya di kantin. Dan selalu dapat keluar awal dari kelas semasa waktu rehat. Hehe.. Sebab masa tu saya jadi penolong ketua kelas (selepas semester kedua sebab penolong yang lama pindah sekolah). Gambar bawah ni masa semester 1.
![]() |
| Cuba cari mana saya? |
Di sekolah agama, saya ada seorang ustaz yang saya sangat sayang. Nama beliau Ustaz Khalil. Tapi beliau sudahpun dipanggil menghadap Illahi semasa saya berada di sekolah menengah. Tingkatan 3 ke 4 macam tu. Ustaz inilah yang mengajar saya membaca kitab IQRA yang berjilid sampai 6 tu. Dan tak lupa juga Ustazah Yusmidah Bt. Dahrumi yang sangat sempoi. Beliau sangat menganggap kami pelajarnya macam kawan. Mengajar Bahasa Arab sampai saya mampu berbahasa Arab dengan fasih (tapi sekarang dah lupa, boleh cakap sikit-sikit je). Tapi saya tak tahu di mana sekarang beliau mengajar. Ustazah Nurhayati juga. Tapi Ustazah Nurhayati sudah kembali ke rahmatullah beberapa bulan lepas akibat sakit jantung. Ustazah Hayati mengajar saya subjek Feqah dan Tauhid.
![]() |
| Comotnya saya dulu.. |
Semasa saya habis darjah enam, masa tu baru keluar keputusan UPSR. Keputusan saya taklah segempak orang lain. Saya hanya dapat 3A 2B saja. Masa tu saya rasa sangat kecewa. Tapi itu bukan point yang saya nak cerita ni. Yang saya nak kongsi adalah, masa tu saya baru tahu guna Clip Art kat komputer. Jadi saya buat kad ucapan terima kasih untuk cikgu-cikgu saya masa saya darjah 6 tu. Antaranya Cikgu Shahrom Saari, Cikgu Abdul Salam dan ramai lagi la. Dan apa yang Cikgu Shahrom cakap, "Terima kasih Shazwani. Ha, macam ni la contoh pelajar yang baik ye. Ucap terima kasih kepada cikgu. Tak ramai yang ucap terima kasih bila dah nak habis belajar. Yang lain ni kena contohi Shazwani ni" Tiba-tiba rasa bangga pula waktu tu :-D
Cikgu Salam pula lain ceritanya. Beliau pernah merotan saya sebab tak dapat jawab soalan matematik. Tapi sebenarnya masa tu semua je kena rotan tapi sebab saya tak pernah kena rotan dengan beliau, jadi bila kena rotan tu terus tersemat dalam minda ni. Tapi bagus juga cikgu rotan saya, dapatlah saya jadi manusia sikit :-) Kalau budak-budak sekarang kena rotan, terus je masuk suratkhabar. Lain benar kesan media dulu dan sekarang.. Hurmm..
Di sekolah menengah pula ramai Ustaz dan Ustazah yang mengajar saya sampai saya dapat jejak kaki di bumi Soviet ni. Terima kasih atas jasa kalian. Sesungguhnya Allah saja yang mampu membalas jasa kalian. Doa saya untuk cikgu-cikgu saya dahulu tidak pernah saya lupakan. Terima kasih cikgu.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru saya (SKBB, SRA Sg Pinang, Sambaestari, PKG Kg Jawa, Intec) dan guru di luar sana. Dan saya ucapkan juga kepada kawan-kawan saya yang dah jadi guru. Jasamu Dikenang.


