Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, hari ni cuaca di luar sangat redup. Mungkin mahu hujan tapi hujan masih ta turun. Kalau tak hujan, bukanlah namanya musim bunga sebab pohon dan pokok bunga kalau nak tumbuh menghijau, ia perlukan air dan cahaya matahari. Peraturan Allah memang sangat cantik. Hari tu, baru je satu hari hujan, esoknya pokok dah keluarkan pucuk-pucuk hijau. Subhanallah memang sangat cantik. Saya memang sukakan musim bunga!
Cuma musim bunga kali ni sedikit lambat. Pada awal musim bunga dulu, salji masih turun. Pokok tidak dapat sahaya matahari untuk membesar. Tapi Allah hadiahkan sinaran matahari seminggu selepas itu. Anak-anak kecil sudah boleh berlari-lari di taman. Budak Malaysia pun petang-petang berjogging di taman. Sungguh menggembirakan!
Semalam saya jogging di taman belakang hostel. Di sepanjang jalan, saya nampak pucuk-pucuk bunga tulip sudah mula munculkan diri. Bagi siapa yang dah lama ikuti blog saya ni, saya memang sukakan bunga tulip yang di atas tanah. Mereka tegak berdiri pelbagai warna. Walaupun saya suka bunga tulip, saya hanya suka apabila ianya berada atas tanah sahaja. Kalau bagi, ia akan layu. Kalau ros tak apa walaupun saya kurang gemar dapat bunga ni. Tapi sekali sekala apa salahnya kan? :-D
Berbalik kepada kisah saya semalam. Saya memang suka musim bunga tapi semalam perbuatan kurang senonoh orang tempatan (anak muda mereka la) mencacatkan pemandangan yang cantik tu. Alahai, mereka ini, boleh mereka berc**m di tengah khalayak ramai tanpa hiraukan apa pandangan orang terhadap mereka. Saya ni cukup geram kalau nampak perkara-perkara macam ni. Kalau selalu orang-orang kita tengok perihal sebegini dalam cerita-cerita Barat, saya dan kawan-kawan kat sini dapat tengok live lagi! Bayangkan mereka ni di eskalator metro pun boleh buat perbuatan sebegitu. Kalaulah tak cukup iman, boleh terpengaruh dengan perkara-perkara begini.
Bukan setakat itu, bila tiba musim bunga macam ni, cuaca pun tak berapa sejuk dah. Jadi ramai lah yang memakai pakaian yang macam tak cukup kain.. Kalau tengok kat shopping complex pun, baju-baju yang dijual pun memang tak cukup kain juga. Hurmm rasa nak bagi je kain kat dorang ni sikit. Kalau setakat skirt pendek paras atas lutut tu apalah sangat. Kita yang pakai penuh tutup dipandang pelik dari atas sampai bawah. Dunia.. Dunia..
Hurmm Kalau saya balik Malaysia nanti, pasti saya rindukan musim bunga Moscow.
Hari Isnin saya cuti sebab Victory Day. Kalau saya berkesempatan nanti, saya ingin pergi tengok mereka berkawad (macam hari kemerdekaan Malaysia kat Dataran Merdeka tu) dan kalau berkesempatan juga saya kongsikan gambar ok. Tapi saya tak janji la sebab lagi sebulan saya akan menduduki peperiksaan akhir yang menentukan masa depan saya kelak.
**Saya dah install IntenseDebate (semua gara-gara membaca blog NdeaAnuar teman seperjuangan saya di Sambest dulu). Saya tengok macam best je, jadi saya install lah! Hehehe.. Rajin-rajinlah drop komen ok! :-) Cara-cara? >> Sini (maaf ye tuan punya blog. Saya share link.)
