Assalamualaikum wbt.
Dalam pada tengah buat persediaan untuk peperiksaan akhir ni, saya rasa saya ni makin kuat pula tidur. Rasa risau sangat tapi part tidur tu memang saya tak boleh nak halang. Tahu-tahu dah bangun. Hurmm macam malam tadi kononnya nak berjaga untuk habiskan topik yang sepatutnya saya habiskan tapi sudahnya tertidur.
Waktu saya tidur tu, saya mimpi saya dah habis peperiksaan akhir. Waktu tu (dalam mimpi tu) saya rasa sangat gembira, terus saja call Emak cakap, "Emak, anak mak dah bergelar doktor! Alhamdulillah!" Tinggi betul cita-cita yang ni kan, sampai terbawa-bawa masuk dalam tidur. Bila bangun je, saya sedar saya masih pegang nota-nota yang sepatutnya saya habiskan baca. Aduh!! Mimpi je ke rupanya.
Tapi saya berharap mimpi saya itu akan jadi kenyataan. Amin.
Doakan saya ye kawan-kawan. Doakan juga untuk kawan-kawan saya sekali. Risau ni.. *lap peluh menitik-nitik*
**Perancangan yang penuh selepas peperiksaan akhir nanti. Lepas exam, kita cerita lagi ok? :-D