Assalamualaikum wbt.
Semasa 9 Mei hari tu, saya sempat pergi melihat perarakan kereta kebal sempena Victory Day Russia. Ini kali pertama dan kali terakhir saya datang tengok peristiwa seumpama ini. Punyalah semangat, pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke tempat laluan kereta-kereta kebal tu. Ye la, dah 6 tahun duduk sini, tak pernah sekali pun nak datang tengok event besar macam tu. Lagi-lagi Rusia ni menang Perang Dunia Kedua, tu yang pergi tengok peralatan apa yang diorang ni pakai sampai boleh menang. Tapi bila tengok depan mata, Masha Allah, besar betul! (kalau ikut nada sebenar saya: besar nak mampuih! :-P)
Semua kenderaan yang pernah digunakan sertai perarakan tu. Jadi kitorang yang berdiri tepi jalan ni boleh tengok secara langsung! Memang la sekali sampai Malaysia, agak-agak boleh lenyek Malaysia sekali je kot. Tapi ni bukanlah suruh diorang lanyak Malaysia, ni nak bagi perumpamaan je. Tapi mungkin saya yang lebih-lebih (baca: exaggerate). Tapi lepas kamu tengok gambar nanti, baru kamu tahu apa yang saya maksudkan. :-)
| kereta kebal |
| kereta kebal lagi |
| ni nampak kepala je la pulak. |
| waah panjangnya! |
| saiz penuh. Macam bawa apa je. |
| haha,.. comel van medic perang ni.. Klasik! |
| beratur untuk berarak. |
| boleh keluar kepala pula ye.. |
| Kenderaan versi lain pula. |
| Panjangnya muncung dia.. |
| Ni memang kalau kena lenyek, penyek! |
| Beratur lagi. Panjang. Tak habis-habis.. |
| Apa jenis entah ni.. |
| kereta kebal lagi. Banyak betul kereta kebal. |
Ada satu gambar buat saya tertarik. Gambar ni membuatkan saya terfikir, memang orang Rusia ni didik anak dia supaya bersifat patriotik kah? Kalaulah betul, bagus benar mereka ini. Dan memang hari itu saya nampak ramai ibu bapa yang bawa anak mereka menyaksikan perarakan ni. Tak kisah bersejuk-sejukan. Kami je yang bersejukan sangat sebab tak bawa jaket! Aduhai..
Bila dah penat berjalan tu, pergi makan pula. Bila sampai rumah, semua melepek tertidur.. Huhu
| beso nye pipi. Macam mana nak grad ni? |
**Banyak yang saya nak cerita tapi masa tak mengizinkan. Doakan saya eh..