Assalamualaikum wbt.
[Minta maaf saya gunakan aku untuk bahasakan diri sebab terlalu bengang]
Panas je bila baca artikel ni. Macam dah tak ada isu lain nak tulis sampai artikel macam ni pun boleh terlepas ke public! Memang sah aku takkan beli akhbar ni. Bukan nak isi perkara berunsur ilmiah, bahkan mengajar lagi orang untuk menjadi curang. Menjatuhkan institusi kekeluargaan betul lah! Tak faham aku. Artikel mana yang aku maksudkan? Artikel ni.
Apa perasaan korang bila baca artikel ni? Pelik kan. Hurmm itulah yang terjadi bila Kucing Jantan mula mahu belaajr menulis. Hish.. Hish.. Hish.. Kita ni kalau nak bina institusi kekeluargaan, matlamat utama adalah untuk mencari keredhaan Allah di samping meramaikan umat Muhammad dengan ikatan yang halal. Tapi yang ni dia pergi mengajar pula macam mana nak pasang 2-3. Macam mana la tak banyak kes cerai-berai kat Malaysia tu??
Hurmm bahaya betul sekarang ni. Nak cari lelaki baik untuk jadikan suami pun dah susah. Tapi kalau lelaki tu, tau nak je cari isteri yang solehah la, baik la, tapi sekurang-kurangnya jadi la yang baik juga. Jangan berangan nak dapat isteri sebaik Fatimah kalau diri tu belum jadi sebaik Ali. Aku ni cakap bukanlah nak bagitahu aku ni baik sangat tapi tak adalah sampai nak mengajar orang pergi curang. Mangkuk hayun betul la. Huhu..
Korang-korang (khusus untuk wanita di luar sana) ni, nak cari laki untuk jadi suami, carilah yang elok latar belakang agamanya, sepertimana Rasulullah anjurkan cari wanita atas 4 perkara. Pada aku 4 perkara tu diaplikasi bukan saja untuk wanita tapi juga untuk lelaki. Semua ini demi menjaga kemaslahatan masa depan masjid yang bakal dibina.
**Sebenarnya dah cakap kat diri sendiri supaya tak update blog sampai GOS, tapi artikel ni memang menyirapkan darah, tu yang tulis tu. huhu..
