Pages

Saturday, May 28, 2011

Barakallahu lakum

Assalamualaikum wbt.

Hurmm ni rehat sekejap waktu lepas-lepas Asar ni. Orang kata lepas Asar tak elok study. Tapi ye ke? Hurmm Tak apalah. Ni rehat sebentar bersama blog. Huhu

Hurmm dalam masa hampir sebulan ni je, dah banyak jemputan kahwin saya dapat. Tapi semuanya saya tak dapat nak datang :'( Sebab apa? Sebab saya masih belum balik ke Malaysia. Dah la tak dapat datang, balik nanti, menanam anggur la 3 bulan. Hurmm, yang tu berita sedikit baik untuk saya yang belum berlesen ni.. (Kantoi tak ada lesen lagi!)

Hurmm saya terkilan la sebab tak dapat datang majlis orang. Harapnya nanti kalau majlis saya, ada la orang nak datang :) Teman SAMBEST je nak dekat 10 orang akan membina masjid. Seorang kawan sekolah rendah saya pun mahu bernikah. Junior Moscow pun nak kahwin balik ni.. hurmm.. Tengok la list bawah ni..

Sambest
1. Asyraf Che Lah + Siti Hajar Jamil (usim)
27/5/2011 : Nikah di Gombak
Lepas raya, bulan 9 2011: Recept sblh prmpuan [akan diupdatekan kmudian]

2. Faiz + Ida
28/05/2011 : Nikah Di Pasir Mas, Klate.
2 minggu lepas Raye : Majlis Kahwin kat umah Pengantin Laki di Olak Lempit Banting.

3. Fiza Kamil + Aizat
29/05/2011 : Dewan Orang Ramai Kg. Jenjarom
26/06/2011 : Merbau Sempak, Sg. Buloh

4. Syahida + Zamri
04/06/2011 : Taman Nirwana Indah, Sg. Besar, Selangor
05/06/2011:  Parit 13 Bagan Terap, Sg. Besar, Selangor

5. Faisal + Ezzati
05/06/2011 : Alor Setar 11/06/2011 : Rumah, Taman Ehsan, Kepong

6. Hamiz + Ecah
05/06/2011 : Taman Meru 3, Meru 12/06/2011 : Dewan MBSA Seksyen 17

7. Esma + Zulkamal
02/07/2011 : Shah Alam
17/09/2011 : Kelantan
(InsyaAllah)

8.Nur Hamizah + Abdussyakur
17/09/2011 : Sekendi,Sabak Bernam
(InsyaAllah)

Kawan SKBB (sekolah rendah) 
 Ainil Hawa Mohd Hamdan - seorang doktor  (tapi rasanya dia dah bernikah semalam - 27/5 kot)
Ainil ni pernah duduk sebelah saya semasa darjah satu dulu. Kami duduk belakang sekali dalam kelas sebab kami berdua tinggi. Hihi 
Moscow
Ainal Faezah dan pasangan. 

-Dua orang sepupu saya pun melangsungkan kenduri kahwin esok. Hurmm.. Daku keciwa. huhu..

Betapa Allah amat memudahkan urusan melengkapkan agama mereka.Semoga Allah juga memudahkan urusan kelengkapan Deen-ku. Amin. 

Hurmm apa pun saya mengucapkan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga dipermudahkan semua urusan. Semoga diberkati Allah selalu. Doakan saya juga.

Barakallahu lakum. 

**Mak Abah, saya mahu kawin. Huhu.. (macam dalam lagu apa eh?)