Pages

Thursday, January 19, 2012

Final Viva 1. Paeds

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada Illahi atas apa yang Dia telah kurniakan kepada saya hari ni. Tiada kebergantungan yang selayaknya dan selebihnya berbanding kebergantungan kita kepadaNya. 

Hurmm.. Hari ni saya dah lepas final viva saya dan pada hari ni juga saya buat CME saya. Semuanya dalam satu hari! Alhamdulillah lepas dengan baik. At the end of the session, supervisor saya sempat memberi beberapa nasihat yang saya rasa saya nak kongsi dengan kamu terutamanya adik-adik saya yang akan balik dari Rusia.

Specialist: You were from which university? 
I: Moscow State Medical University 
Specialist: You mean Russia? 
I: Yes 
Specialist: Hurmm.. You know what, it doesn't mean you are from Russia you are not good. Actually it depends on that individual whether he/she wants to improve him/her self of just 'buat tak tau saja'. I see you have improved a lot since the first time I saw you. I remembered I even scolded you for not knowing how to calculate the fluid for the baby. I heard you presented your CME very well today? It's good then. So after this, where will be your posting? 
I: Bla bla bla
Specialist: Hurmm.. Ok, I have a friend there who is also specialist. So you better perform because they will ask us how are you doing in Paeds. The main thing is you jaga your attitude.  
I: Ok (dalam hati Insyaallah)

Jadi, kepada adik-adik yang bakal masuk ke dalam sistem Malaysia, just try to be a discipline and good houseman. Jaga attitude (macam KS dan my specialist cakap), do your work. Plus, don't forget your Creator.  Always close to Him.

Saya ada lebih kurang 3 minggu lagi nak habis posting Paediatrics. I am going to miss this department as the whole department has taught me a lot of things. How to appreciate life, how to be a good doctor and how to be a good human. All the specialists have supported and shown the interest to train us to be a good doctor. 

Saya sangat bersyukur. Saya ingat lagi masa saya mula-mula masuk Jabatan Paediatrik. Saya sangat-sangat tension dan stress. Tak percaya tanya Sarahshukor betapa saya sangat stress malam tu. KS ingat tak Wani call KS nangis-nangis tanya how to adapt with Malaysian system? Sampai malam tu Wani tidur sambil menangis sebab stress sangat-sangat. But somehow your words make me calm then. Dan saya ada seorang teman yang setiap kali stress, saya akan cakap dengan dia. Sampai nangis-nangis gak (sebab saya cepat menangis!), dan setiap kali saya luahkan rasa stress saya tu, dia mesti cakap, "Tak payah layan la perasaan tu. Biasalah tu HO kena marah macam tu. Yang penting doa banyak-banyak minta dipermudahkan semua urusan. Kita bukan kerja kerana MO / Specialist. Kita kerja kerana Allah kan.." Dan setiap kali dengar pesanan tu, saya pujuk hati saya. Pujuk supaya tak rasa apa-apa dah.

Dan saya cuba untuk cepat-cepat adaptasi dengan keadaan dan cepat belajar. Doakan saya berjaya di posting-posting akan datang ye.



** Happy birthday to KS. Semoga jadi isteri solehah dan ibu mithali kepada anak yang soleh insyaallah. Doakan wani ikut jejak langkah KS ye. Dari segi apa pun termasuk jadi doktor yang berjaya.