Pages

Monday, January 9, 2012

Kenduri Kahwin

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya saya mahu berkongsi cerita dengan kamu semua. Hari tu 16 Disember yang lepas salah seorang kakak saya telah selamat diijabkabulkan dan 17 hb tu kiranya majlis walimahnya la. Saya pun turut la sibuk (walaupun tak berapa tolong sangat sebab kerja tak ada cuti ) menolong apa yang saya termampu la. Kenapa termampu je? Sebab saya asyik tidur je sampai tak larat nak buka mata. Alahai, macam mana la nanti kalau dah kahwin? Agaknya mak mertua marah sebab asyik tidur je huhu.. Ye la mak sendiri marah tak makan saman huhu

Hurmm kali ni majlis di rumah saya agak berlainan sedikit sebab sang pengantin teringin nak jalan bawah pedang katanya.. Jadi saya pun tak tahu diorang angkut pedang-pedang tu dari mana, yang pasti kakak dan abang ipar saya dapat la juga lalu bawah pedang tu. 

Majlis di rumah saya habis sebelum masuk waktu Zuhur. Lagi senang begitu, sebab solat tak dilengahkan. Makan pun dapat juga huhu

Hurmm disebabkan saya ada kerja lain lepas ni, saya tinggalkan kami dengan gambar-gambar je la ye. 

Inilah kakak atas saya. Oh, saya tahu, dia lebih kecil. Jadi jangan cakap apa-apa sebab saya dah tahu apa yang kamu nak cakap :P

Ini kakak dan adik saya. Makin adik, makin tinggi. Itu pun saya tahu ;-)

Abang-abang pembawa pedang. Muka serius tapi katanya dalam hati ada taman hik hik

Haa.. Kan saya dah kata diorang nak jalan bawah pedang..

Mak dan Abah. Sempoi!!


Yeay! saya dapat bunga. Bunga hidup tau!

Inilah mak cik saya yang jaga saya dari saya kecil. Oh ya, saya sangat manja dengan makcik saya yang ini tau. 
My sisters. Iya, mereka memang suka posing. 

Ini pun kakak-kakak saya juga. 

Dan ini kami!!

Hehe.. ini anak sedara saya yang sangat kuat berlakon dan suka gambarnya diambil. Auni!!

Masing-masing dah kepenatan.. 

Last-last, duduk sajalah kami ni. Dah tak larat dah. 

**Ada orang kata saya makin kurus. Kamu rasa saya dah kurus ke lepas tengok gambar-gambar ni? 
**Pagi tadi ada seorang kakak (spokesperson kot) kata kat saya," Wahh.. you punya mata ha banyak besar, tak payah pakai make up pun dah cantik." Saya malu. Huhu..
**Hurmm.. kawan-kawan saya ramai nak membina masjid bulan ni tapi nampak gayanya saya tak dapat pergi sebab tak ada cuti (T.T)