Pages

Wednesday, August 8, 2012

bulan kedua di Jabatan O&G

Assalamualaikum wbt

Lama sungguh tak menulis. Dah nak dekat 2 bulan. Bukan tak nak tulis, tapi kesibukan di Jabatan O&G tak memberi kesempatan untuk saya menulis di sini. Maka terabai la blog ini sampai bersawang-sawang. Kalau kat rumah tu, dah sampai naik anai-anai kot huhu..

Dalam masa dua bulan ni, berat badan saya berjaya diturunkan sebanyak 4 kilo! See how O&G treats me? huhu.. Bukan apa, sebenarnya saya ni biasalah begini. Di mana - mana jabatan pun akan turun berat dalam masa 2 bulan pertama, tambah-tambah lagi bulan puasa, memang bertambahlah tahap penurunan berat badan. Maka boleh lah pakai baju cantik masa raya dan hujung tahun :P

Saya baru perasa yang saya tak pernah ambil gambar sepanjang saya kerja. Hurmm pernah la sekali dua, itu pun masa tengah lengang, and menempel kat orang huhu.. Tak apalah, yang penting kerjasama! huhu

Bila dah nak dekat raya ni, semua orang pun sibuk nak berebut cuti raya. Haritu ada meeting dengan specialist pasal nak arrange cuti raya, tapi tak ada siapa pun bagitau. Sudahnya cuti raya saya belum approve lagi. Dah la plan dua hari je cuti (since dalam group memang ramai melayu Islam, so kena considerate sikit la tang cuti raya ni), raya ke-6 dan raya ke-7 pula tu. Itu pun belum approve lagi. Sedih. Satu hari saya fikir pasal tu sampai la saya tertidur. Sedih punya pasal. Susah juga eh nak urus cuti raya bila dalam shift ni. Saya fikir, kalau zaman oncall dulu mesti ok, sebab ada non muslim boleh buat oncall.. 

Hurmm kita tinggalkan dulu cerita raya saya yang sedih ni. Hehe.. 

Saya nak kongsi kepada rakan-rakan, yang jabatan O&G ni adalah jabatan yang paling menakutkan tapi menyeronokkan. Setiap hari saya datang kerja dengan perasaan yang berdebar, hati penuh tawakkal dan hari-hari perbetulkan niat.. Setiap hari kita tak tahu apa cabaran yang kita akan hadapi. Saya selalu pujuk hati, "oh aku kerja bukan kerana orang, aku kerja kerana Allah, segala urusan Allah adalah yang terbaik untuk aku." Tapi dalam masa yang sama, saya takut dalam meniti hari-hari di jabatan ini. Di Jabatan ini jugalah saya ada terjumpa kakak-kakak senior di Sambest dulu. Saya yang recognize mereka, mereka tak perasan pun saya. Yelah, dah adat junior mesti kena kenal senior. Senior tak kenal junior tak apa huhu.. Lagipun duduk satu asrama, mesti kenal punya. Dulu-dulu pun time solat, bahu bertemu bahu. Mesti lagi kenal ;)

Saya nak cerita panjang pun saya tak tahu.. Tunggu lah bila saya dah habis posting nanti. Hehe.. Doakan saya dan kawan-kawan eh..