Assalamualaikum wbt.
Selamat Hari Raya!! Hehe.. Sungguh gumbira hati ini di kala hari raya walaupun terpaksa bekerja di hari bahagia ni. Ye la hari bahagia, hati kena bahagia juga la kn? hehe
Hurmm pengalaman kerja di hari raya memang best. Pengalaman yang memang saya takkan lupa. Hari terakhir puasa tu saya kerja petang, jaga LDS (labour delivery suite) seorang. Dari pukul 10 pagi sampai 11 malam. Dari saya masuk kerja sampai saya habis kerja, tak berhenti patients masuk. Specialist paeds saya pernah bagitahu saya satu ketika dulu yang setiap kemasukan pesakit itu adalah rezeki kita, jangan sesekali kita anggap pesakit kita adalah beban. Jangan sama sekali. Jadi, kita kena treat rezeki kita dengan baik.
Apa yang jadi hari tu memang menduga minda. Bayangkan eh, fi'il pesakit saya hari tu memang pelik-pelik.. Plus, yang datang kebanyakannya bukan orang kita pun. Sebab apa? Sebab orang kita kan balik kampung. Semua keluar dari KL. Hehe.. Hurmm, hari tu jugalah hari paling sibuk pernah saya rasa. Rasa macam,"Cepatlah masa berlalu, aku nak balik!" Punyalah sibuk sampaikan saya hanya makan 2 keping biskut kering dan setengah gelas teh panas saja. Walaupun saya ada order pizza untuk berbuka (kawan saya yang tolong orderkan sebab kedai semua tutup, fast food je yang buka :P), itu pun saya tak sempat nak makan. Sampaikan 30 minit sebelum saya balik tu, saya muntah keluar jus-jus perut semua yang rasa masam tu. Akak-akak JM (jururawat masyarakat) dan sisters cakap gaya saya ni kalah orang mengandung! Haha.. Muka saya memang teruk gile waktu tu, badan saya rasa lembik sangat-sangat.
Hari itu juga seorang akak JM ni cakap kat saya,"Doktor, saya tak pernah nampak doktor naik angin dengan patient macam hari ni.." Dia cakap dengan nada bergurau la sambil sengih-sengih.Saya dengar saya macam... Aku marah patient ke arini?? Rasa macam tak ada, cuma suara dikuatkan masa encourage tu supaya patient dengar instructions on how to do proper pushing ;-) ye la, yang datang pun orang luar yang tak faham bahasa kita. Lagi saya tension kalau cakap dengan orang yang tak faham bahasa ;-P Tapi alhamdulillah, nasib saya baik sebab hari tu, MO yang oncall sangat best. Penat macam mana pun rasa tenang sebab dia cool ;-)
Dan hari tu, habis saja kerja, Emak Abah ambil saya di hospital dan kami pun balik Klang di malam raya :-)
Hari raya pertama, kami sekeluarga beraya selama 4 jam untuk 2 buah rumah. Biasalah Emak kalau jumpa orang, boraknya lama bebenor :-P Balik tu, saya pengsan lagi. Kononnya pengsan dulu sebelum start night shift. Huhu
Hari seterusnya, saya kerja malam di PAC (patient assessment centre). MO oncall (seorang chinese yang comel dan baik) memang tau saya jonah di PAC. Hehe.. Bila saya datang PAC malam tu, dia nampak saya, respond dia adalah,"Aiyoo (sambil tepuk dahi dia), you jaga PAC ah malam ni? Habis la..(sambil sengih-sengih)" Saya balas, "sorry la bos, i will try not to disturb you tonight" yang mana memang tak la kan. Saya memang kacau dia pun that night huhu.. Tapi saya sempat la makan nasi Arab yang dibawa oleh SN (staff nurse) (saya pau dia punya sebab dia offer huhu). Elok je lepas makan, patient datang sekali ramai. Waaah saya tepuk dahi, sambil cakap, "PAC saya malam ni dah macam open house ni!" MO saya tengok, dia tanya,"Why suddenly alot of patient?" Saya pun cakap la,"I dont know bos, they come at the same time" MO saya tu sengih je la. Saya rasa dalam minda dia tu dia tengah cakap,"budak ni memang jonah!" Hehe..
Baru je saya ambil selimut, konon nak short nap la kan, ada patient lagi.. Dan lagi.. Dan lagi hehe.. Saya cakap dengan SN dan JM, "hurm kita beraya la malam ni, Selamat Hari Raya" Last patient siap semua dalam pukul 0430H. Lepas tu saya lelap la. Alhamdulillah PAC tenang sampai pagi. Saya bangun pun sebab nak solat subuh. Kalau tak, sambung tidur kot huhu..
Dan hari raya saya berlalu dengan tenang tanpa pergi beraya ke rumah orang.. Tanpa biskut raya.. Tanpa makanan raya..
Saya ambil cuti raya tatkala orang lain dah kembali bekerja. Saya ambil 24 dan 25 Ogos. Lambat kan? Hurmm mujur hari tu baru keluarga saya berkumpul. Berbaloi juga ambil cuti lambat :-)
Kesimpulannya, memang best kerja waktu raya. Di wad, patient kurang. Di hospital juga kurang sebab orang nak raya dulu baru datang hospital :-P
Selamat Hari Raya saya ucapkan untuk semua. Maafkan salah silap saya kalau saya pernah terkasar bahasa dan tersilap kata. Saya rasa saya patut minta maaf kepada semua pesakit saya kalau saya ada tertinggi suara pada mereka. Saya tak bermaksud pun nak buat macam tu. Suara saya memang high pitch pun. Sebab tu orang rasa saya macam marah tapi sebenarnya saya tak marah pun. Saya memang jarang marah. Hehe..
**Hari Raya tahun ni adalah hari bersejarah. Akan kuingat sampai bila-bila. Semoga ianya kekal hingga hujung nyawa
**Saya tiada gambar raya. Gambar pada kawan. Nanti saya ambil dari dia, insyaallah saya kongsikan ok?
**Jerawat makin naik. Stress kah? Mengada la jerawat ni, time raya plak dia nak naik.. Huhu