Pages

Friday, September 14, 2012

Hadiah buat Amsyar


Assalamualaikum wbt


Kullu nafsin zaaiqotul maut..

Sesungguhnya kematian itu amat dekat dengan kita. Allah mengingatkan kita melalui orang sekeliling kita, melihat sejauh mana kesedaran kita terhadap sekeliling.. 

Tanggal 13 september 2012, tepat jam 4.58 pagi, selamatlah sudah satu ruh menemui Penciptanya.. Walaupun hanya 15 hari melihat dunia, itu sudah cukup untuknya lalu Tuhan mengambilnya kerana terlalu menyayanginya. Inilah kisah arwah Muhammad Fyruz Amsyar bin Suzaidi, anak saudaraku yang meninggalkan seluruh dunia dan isinya. Betapa acik Wani sayang sama kamu, betapa acik - acik lain sayang kamu, apatah lagi ayah ibu kamu yang sangat tabah menghadapi ujian Allah dengan mengambil kamu, semoga kamu tenang di sisi Penciptamu sayang.. (air mata ini menitis lagi untuk hari ini..)

Saya menerima berita kehadiran si kecil ini pada 29 Ogos tepat jam 10.55 malam. Masa tu hari Khamis malam kalau tak silap saya. Hari Ahad tu saya balik jenguk si kecil ini. Rasa teruja la bila dapat tahu kita dapat anak saudara baru kan.. Jadi balik tu saya perasan dia kuning. Malam sebelum saya balik semula ke Ampang, ibunya (kakak saya) kata dia ada jadi biru masa menyusu. Malam tu saya lihat sendiri dengan mata kepala saya sendiri. Saya cakap dengan kakak saya, ini memang tak boleh tunggu, kita kena bawa pergi hospital malam ni juga.. Maka bayi ini pun dibawa ke hospital Klang, dan terus ditahan di wad.

Saya mengambil cuti selama 3 hari dari 10-12 september, dan 13 hb tu saya kerja malam, niat di hati untuk merehatkan diri sebentar dari kesibukan kerja. Balik ke Klang. Bayi sudah dipindahkan ke PPUM sebab hati dia bengkak. Jadi kebetulan saya yang cuti ni, saya teman kakak saya di hospital (dalam keadaan dia masih berpantang), tidur sana, tolong apa yang patut. Masa bayi baru dipindahkan ke PPUM, dia tak ada bantuan pernafasan pun. Tiba-tiba keesokan harinya, pernafasan dia tak stabil, langsung di-intubate dan sambung ke mesin bantuan pernafasan (ventilator). Masa tu hati (liver) dah mula gagal berfungsi, kandungan asid dan toksin dalam badan bertambah dan tak boleh nak di-excrete-kan. Masa tu doktor dah terus terang dengan kakak dan abang ipar saya yang outcome baby ni very poor. Air mata tu jangan cakap la, berderu-deru. Saya yang tengok ni pun dah tak sanggup nak tengok, air mata saya ni pun dah ikut kering sama dengan air mata ibu ayahnya. Saya duduk di hospital, beri semangat pada kakak dan abang ipar saya. 

Dah macam-macam usaha dibuat untuk bantu baby ni, baby ni kena puasa sebab berdarah dari hidung, mulut, tukar darah dah dua kali, tapi tekanan darah tak boleh nak maintain (sehingga memerlukan drug -inotropes- untuk maintainkan tekanan darah) sebab baby dah mula mengalami pendarahan disebabkan fungsi hati makin teruk, tak boleh nak membekukan darah. Jadi cucuk sini, darah. Cucuk sana darah. Dan disebabkan kegagalan fungsi hati ini juga, dia affect buah pinggang sehingga memerlukan dialysis. So buat jugalah peritoneal dialysis, so tebuk lagi si kecil ini. Di saat ini memang dah tahu keadaan Amsyar memang not very good.

Pukul 4.00 pagi kakak saya call rumah, kata Amsyar nak balik rumah.. Saya ini memang terkejut dan terkedu. Tak tahu apa jadi. Rupanya, doktor dah buat CPR untuk bayi, masih tak stabil. Tekanan darah pun tak tahu berapa waktu tu. So cakap dengan ibu ayah Amsyar yang dah tak nak seksa bayi ni lagi, untuk cabut tiub pernafasan la. Waktu tu kakak saya diberi peluang untuk pegang bayi dia dan tunggu masa. Tepat jam 4.58 pagi 13 September itulah perginya seorang insan yang sudah tentunya ahli syurga, meninggalkan segala ujian dunia dan bertemu dengan Rabbul Jalil.. 

Antara luahan kakak saya kepada saya sepanjang saya menemaninya:
1. "Wani, Amsyar ni budak baik. Masa dalam perut pun tak banyak meragam. Aku langsung tak menyesal menagndungkan dia. Nak bersalinkan dia pun senang je.."
2. "Wani, sakit bersalin aku pun tak hilang lagi Wani, dah diuji macam ni.", Saya balas,"Tak apa Na, Sabar banyak-banyak."
3. "Wani, agak-agak kan, susu aku ni cukup tak untuk Amsyar masa dia menyusu eh? Aku harap dia sempat kenyang la waktu menyusu ni. Susu aku dah la tak banyak, dia pun tak nak menyusu sangat. Cuma masa kat emergency kat Hosp Klang tu dia menyusu sampai satu jam setengah, dan sekali lagi kat PPUM, tak pernah dia menyusu selama tu Wani.. Tak sangka itu adalah last dia menyusu dengan aku."
4. "Wani, terima kasih sebab tolong aku eh." Saya dalam hati,"apa guna aku jadi doktor kalau aku tak boleh nak tolong kakak aku n anak sudara aku.."
5."Wani, aku tak sangka aku setabah ni Wani. Tak apalah aku redha Wani, Kalau Allah nak ambil dia, aku redha.."

Luahan abang ipar aku:
1. Dia cakap dengan mak dia yang dia baru je pegang anak dia dua kali. 
2. Dia cakap kat aku,"Tak apalah Wani, abang redha.."

Setiap kali saya tengok Facebook ahli keluarga saya, pasti saya jadi sedih. Melihat gambar baby di FB lagi buat saya sedih. Tapi saya tahu saya kena kuat sebab nak kuatkan semangat kakak n abang ipar saya. Status ahli keluarga saya buat saya yang berseorangan di Ampang ni jadi berlinangan air mata. Antara status yang buat saya sedih, "When we lost someone we love, family is the best supporter to give us strength. They understand our hard times, they'll comfort us & give their shoulder to cry on. To my family, thank you for being supportive to each other. To my friends, do appreciate your family, they are irreplaceable.... I'm really grateful for being part of my family..."


Peluk cium Acik yang terakhir untuk Amsyar sebelum jenazah dimandikan dan dikafankan akan acik wani rindu sepanjang hayat acik. Tenanglah Amsyar di sana ye sayang. Paling akhir acik tengok kamu adalah sebelum kamu dimasukkan ke liang lahad. Rindu acik pada Amsyar, acik insyaallah akan ingat di dalam setiap doa acik..

Untuk Nana n Abg Zaidi, terimalah ujian ini dengan hati yang redha. Bukan semua orang mampu menghadapi ujian ini sebab Allah Maha Mengetahui segala hikmah di sebalik apa yang berlaku dan kebaikan yang kita sendiri takkan tahu..

Untuk semua ahli keluarga saya, sama-samalah kita bagi moral support. 


Ku dedikasikan entri ini untuk kenangan dan peringatan untuk kita yang masih hidup ini.. Semoga menjadi iktibar dan memberi manfaat kepada semua. 

**Air mata dah kering.. Dan basah semula..
**Teringat pesanan Rakan Terbaik: Kita menangis tanda hati kita masih lembut. 
**Ok, saya nak siap pergi kerja. Doakan saya
**Doakan juga untuk Amsyar, semoga tenang ruh arwah di sana..