Pages

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Thursday, December 6, 2007

Bincang - bincang

Assalamualaikum wbt.

Dah selang berapa hari aku tak update blog ni. Exam menjengah time tengah - tengah semester. Mahu tak mahu, hadap je la.. Ni aku baru je bangkit dari tidur lepas telan sebiji Panadol ActiFast sebelum tidur tadi. Fast sungguh! Kejap je dah tetidur. Ni semua gara - gara aku termasak ikan masin semalam. Bukan sengaja! Ada orang terbeli ikan masin yang disangkanya ikan biasa. Aku tak menyalahkan orang tu pun, cuma rasa sangat kelakar! Sepanjang tahun ni, dah 2 kali termakan ikan masin tu. Hahaha.. 1st time dulu masa masak kari ikan pun, guna ikan jenis tu. Habis masin kari tu! *Gelak golek2*. Tapi tak kisah la.. Asalkan tak ganggu study. Sebenarnya dah lebih kurang 4 malam aku tidur tak betul sangat. Ye la, kena prepare untuk exam. Tidur pun mana yang sempat je. Habis sakit2 badan aku. Ingat lagi, Selasa lepas, kaki aku kejang sekejap sebab tidur tak pakai selimut. Dah la sejuk, ter'cengkam' kaki aku. Rasa nak jalan ke kelas pun dah sangat malas.

Semalam, aku 'qada' balik semua tidur aku. Lagak macam dah final exam! Tapi itulah hakikatnya. Tidur lepas selesai dinner (gemukla aku..) Pastu pesan pada Fatt suruh kejut pukul 1.00 pagi. Nikmat betul tidur. Orang hantar mesej ym pun aku dah tak balas dah. Bukan main lagi aku tidur! Haha.. Masa Fatt kejut tu pun bukan bangun pun! Sambung tidur. Memang tak study.. Dah la kelas Internal Diseases sangat menakutkan! Berani betul aku tak study. Aku cuma buka buku lepas solat Subuh, dalam pukul 6.45 pagi. Itu pun bukan habis baca pun. Tertidur... Pergi kelas otak separuh penuh. Nasib baik tajuk
Arterial Hypertension. Boleh juga aku berfikir kalau2 cikgu nak tanya. Mujur aku dapat soalan yang senang sikit tadi. Tapi cikgu gabung tajuk Ischaemic Heart Disease, Myocardial Infarction dan Arterial Hypertension. Tu tajuk lecture hari ni. Aku ni kalau lecture ID rajin sikit datang sebab doktor yang bagi lecture tu sangat best.

Sejak akhir2 ni, aku selalu terfikir, apa nasib aku lepas aku graduate nanti. Adakah normal untuk orang seusia aku berfikir tentang masa depan? Ni ada satu cerita yang aku nak cerita, tapi lepas baca, diam2 sudah la ye.. Hehe.. Dulu aku ada kenal seorang budak ni kat sini aku gelar dia dengan S, S ni perempuan. Dia selalu cerita masalah dia dengan aku (biasanya masalah cinta la ni). Selalu minta nasihat aku. Aku pun tak tahu nak bagi nasihat apa kat dia sebab aku ni mana la ada pengalaman. Ceritanya lebih kurang macam ni. S ada suka seorang budak ni (semestinya lain jantina ok! Aku gelar budak ni pula dengan M). Dia rapat juga dengan budak ni. Satu hari, entah macam mana, M mesej si S, dia kata dia suka seorang budak ni. Tapi dia tak tahu nak cakap macam mana. Dia minta nasihat kat si S. S ni apa lagi. Frust menonggeng la. Lagak seperti putus cinta! Padahal bukan declair pun. Dia je yang suka kat si M ni. Lama - kelamaan diorang ni dah tak rapat dah sebab S seperti menjauhkan diri. Aku cakap dekat S, " S, jodoh tu kalau ada, adala.. Tak payah nak menonggeng2 macam ni. Mungkin M tak sesuai dengan awak. Tunggu jela.. Mungkin ada yang lebih baik untuk awak nanti.. Janji Allah tu kan pasti!" Sejak tu, aku pun dah tak cakap dengan S..

Kadang kala orang ingat dia cinta pada seseorang padahal tu adalah kasihan. Tapi kadang kala orang ingat dengan mesej2 kat ym, emel atau yang seumpama dengan itu, dia cinta pada orang tu, padahal orang yang dimesej tak rasa apa2 pun. Kadang kala orang ingat dia cinta pada seseorang, padahal orang di sekeliling yang selalu kena2 dia dengan orang itu.

Tapi, lain pula ceritanya kalau orang tu selalu bersama - sama tapi tak bercinta. Orang di sekeliling yang ingat diorang ni bercinta padahal diorang ni kawan baik. Hurm.. Memang banyak betul tanggapan manusia terhadap ekspresi pertama yang diorang nampak.


Aku ada persoalan. Cinta kah kalau masa senang, bergembira tapi masa susah ditinggalkan? Cinta kah kalau bertepuk tampar sebelum waktu itu menghalalkan mereka berbuat demikian? Cinta kah kalau berpelukan di khalayak ramai padahal mereka tahu mereka tidak boleh melakukan sedemikian dan pandangan orang sekeliling terhadap perlakuan mereka itu?

Fikir2kanlah.. Aku nak cakap banyak pun, aku mana ada pengalaman. Lagipun, aku tengah mencari orang yang aku rasa sesuai dengan jiwa aku, dan boleh menerima aku seadanya (Cewah.. Bergurau je.. Tiba - tiba terjiwangla pula! Kakakaaa *Gelak lagi sampai berguling - guling!*). Tapi apa pun, carilah pasangan korang yang boleh membimbing korang dunia dan akhirat. Nanti korang tak rugi.. Percayalah..

~ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu... (Ar-Rum: 21). ~