Pages

Thursday, December 6, 2007

Bincang - bincang

Assalamualaikum wbt.

Dah selang berapa hari aku tak update blog ni. Exam menjengah time tengah - tengah semester. Mahu tak mahu, hadap je la.. Ni aku baru je bangkit dari tidur lepas telan sebiji Panadol ActiFast sebelum tidur tadi. Fast sungguh! Kejap je dah tetidur. Ni semua gara - gara aku termasak ikan masin semalam. Bukan sengaja! Ada orang terbeli ikan masin yang disangkanya ikan biasa. Aku tak menyalahkan orang tu pun, cuma rasa sangat kelakar! Sepanjang tahun ni, dah 2 kali termakan ikan masin tu. Hahaha.. 1st time dulu masa masak kari ikan pun, guna ikan jenis tu. Habis masin kari tu! *Gelak golek2*. Tapi tak kisah la.. Asalkan tak ganggu study. Sebenarnya dah lebih kurang 4 malam aku tidur tak betul sangat. Ye la, kena prepare untuk exam. Tidur pun mana yang sempat je. Habis sakit2 badan aku. Ingat lagi, Selasa lepas, kaki aku kejang sekejap sebab tidur tak pakai selimut. Dah la sejuk, ter'cengkam' kaki aku. Rasa nak jalan ke kelas pun dah sangat malas.

Semalam, aku 'qada' balik semua tidur aku. Lagak macam dah final exam! Tapi itulah hakikatnya. Tidur lepas selesai dinner (gemukla aku..) Pastu pesan pada Fatt suruh kejut pukul 1.00 pagi. Nikmat betul tidur. Orang hantar mesej ym pun aku dah tak balas dah. Bukan main lagi aku tidur! Haha.. Masa Fatt kejut tu pun bukan bangun pun! Sambung tidur. Memang tak study.. Dah la kelas Internal Diseases sangat menakutkan! Berani betul aku tak study. Aku cuma buka buku lepas solat Subuh, dalam pukul 6.45 pagi. Itu pun bukan habis baca pun. Tertidur... Pergi kelas otak separuh penuh. Nasib baik tajuk
Arterial Hypertension. Boleh juga aku berfikir kalau2 cikgu nak tanya. Mujur aku dapat soalan yang senang sikit tadi. Tapi cikgu gabung tajuk Ischaemic Heart Disease, Myocardial Infarction dan Arterial Hypertension. Tu tajuk lecture hari ni. Aku ni kalau lecture ID rajin sikit datang sebab doktor yang bagi lecture tu sangat best.

Sejak akhir2 ni, aku selalu terfikir, apa nasib aku lepas aku graduate nanti. Adakah normal untuk orang seusia aku berfikir tentang masa depan? Ni ada satu cerita yang aku nak cerita, tapi lepas baca, diam2 sudah la ye.. Hehe.. Dulu aku ada kenal seorang budak ni kat sini aku gelar dia dengan S, S ni perempuan. Dia selalu cerita masalah dia dengan aku (biasanya masalah cinta la ni). Selalu minta nasihat aku. Aku pun tak tahu nak bagi nasihat apa kat dia sebab aku ni mana la ada pengalaman. Ceritanya lebih kurang macam ni. S ada suka seorang budak ni (semestinya lain jantina ok! Aku gelar budak ni pula dengan M). Dia rapat juga dengan budak ni. Satu hari, entah macam mana, M mesej si S, dia kata dia suka seorang budak ni. Tapi dia tak tahu nak cakap macam mana. Dia minta nasihat kat si S. S ni apa lagi. Frust menonggeng la. Lagak seperti putus cinta! Padahal bukan declair pun. Dia je yang suka kat si M ni. Lama - kelamaan diorang ni dah tak rapat dah sebab S seperti menjauhkan diri. Aku cakap dekat S, " S, jodoh tu kalau ada, adala.. Tak payah nak menonggeng2 macam ni. Mungkin M tak sesuai dengan awak. Tunggu jela.. Mungkin ada yang lebih baik untuk awak nanti.. Janji Allah tu kan pasti!" Sejak tu, aku pun dah tak cakap dengan S..

Kadang kala orang ingat dia cinta pada seseorang padahal tu adalah kasihan. Tapi kadang kala orang ingat dengan mesej2 kat ym, emel atau yang seumpama dengan itu, dia cinta pada orang tu, padahal orang yang dimesej tak rasa apa2 pun. Kadang kala orang ingat dia cinta pada seseorang, padahal orang di sekeliling yang selalu kena2 dia dengan orang itu.

Tapi, lain pula ceritanya kalau orang tu selalu bersama - sama tapi tak bercinta. Orang di sekeliling yang ingat diorang ni bercinta padahal diorang ni kawan baik. Hurm.. Memang banyak betul tanggapan manusia terhadap ekspresi pertama yang diorang nampak.


Aku ada persoalan. Cinta kah kalau masa senang, bergembira tapi masa susah ditinggalkan? Cinta kah kalau bertepuk tampar sebelum waktu itu menghalalkan mereka berbuat demikian? Cinta kah kalau berpelukan di khalayak ramai padahal mereka tahu mereka tidak boleh melakukan sedemikian dan pandangan orang sekeliling terhadap perlakuan mereka itu?

Fikir2kanlah.. Aku nak cakap banyak pun, aku mana ada pengalaman. Lagipun, aku tengah mencari orang yang aku rasa sesuai dengan jiwa aku, dan boleh menerima aku seadanya (Cewah.. Bergurau je.. Tiba - tiba terjiwangla pula! Kakakaaa *Gelak lagi sampai berguling - guling!*). Tapi apa pun, carilah pasangan korang yang boleh membimbing korang dunia dan akhirat. Nanti korang tak rugi.. Percayalah..

~ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu... (Ar-Rum: 21). ~

8 comments:

mohd.firdaus said...

ahaha.. mcm kaunselor plak ko ni.. neway.. fitrah utk ada perasaan cinta.. aku snirik pon x pasti sgt apa beza cinta ngan kasih.. ko boleh trangkan kot.. tapinya.. dalam sifat2 tuhan ada sifat maha pengasih.. tapi aku mcm x pnah dgr ada sifat cinta.. ntah la.. aku tatao.. apapon.. moga kita tergolong dlm golongan org yg tao menghargai perasaan tu..

wallahua'lam..

fattnieniey said...

"Aku nak cakap banyak pun, aku mana ada pengalaman. Lagipun, aku tengah mencari orang yang aku rasa sesuai dengan jiwa aku, dan boleh menerima aku seadanya "

Kadang-kadang kite terlepas pandang pada org yg ade kat dpn mate kite je.hehe.Fikirkanlah:P

MakcikMuda said...

kehkehkeh !

sengih jek bace ape wanie tules neh.

siap guleng2 agik gelak :))=))

anyway, bila tiba masanya, akan ada si dia :)

Anonymous said...

salam
hai... korang ni kelakar betulla. benda mcmni biasela... itu hormon dewase kot..hihi.. nanti korang taula step seterusyer. mcmmana mengawal perasaan tp bg aku bukan perasaan aperpun nafsu jer lebih. klu tak percaya nanti bila korang kene korang pk balik nafsu atau perasaan.
tp kes menonggeng tp tak declair ni yg dah kawin pun bleh kene tak kira la laki @ pompuan.
keje korang sekarang ni belajar jer..

SELAMAT STUDY DAN PEREKSE CHAIYOK2

Shazwani Adnan said...

salam to all.

Daus,
Ceh.. cam kaunselor? ko ni perli ke ape? hehe..

Aku setuju dgn ape yg ko ckp tuh. memang sifat Tuhan ada Maha Pengasih, tp maksud aku kat sini, kasihan tu org kite kate kesian. ala.. ko pon tau kalau xyah terangkn.

Takyah risao2. ko insyaAllah akan tergolong dlm 'golongan org2 yg menghargai perasaan tu..'

Fatt,
Hurm.. Terlepas pandang? Ada org kat depan ko yg ko tak perasan ek? Hihihi.. *Buat2 tak paham*

Shazwani Adnan said...

Rynn,
Bukan itu maksudnye. Wanie tahu akan tiba masa tu.. Wanie time tgh tulis pon gelak2 gak. haha..

apa2 pon, moga kita dilindungi dari segala keburukan dan kelalaian.

f_i_u_a_i_ ,

Thanks sebab muncul untuk berkongsi. Sy tak kata tak biasa. ape yg sy tulis semua adalah apa pendpt sy dengan apa yg sy nampak. Tu la pasal. kalau nafsu dh memonopoli minda, ade la yg terikut kate minda yg dh di kuasai tu. pasal frust menonggeng tuh. Sy bukan kate ape pon, mmg benda ni jd even kepada org yg dh kahwin pon. tp normalla.. suke org dlm diam tp tak buat ape2..sy pon tak tahu nk kate salah ke, betul ke. sbb sy nih bukanla org yg layak kate itu betul dan ini salah. sy ni byk jer kurangnye. buakn tinggi mane pon ilmu.

Memang kami sedar tugas kami adalah belajar. Tapi untuk menjadi dewasa, kita kadangkala perlu berfikir di samping belajar. lagipon, kadang2 berfikir benda2 macam ni boleh releasekan tension! hahaha...

Thanks for sharing.

Isu ni bukan isu besar untuk di bincangkn. jadi, kita lepak2 je la ye.. =D

Sarah Mohd Shukor said...

Salam Wanie.

sorry for this late respond. but u know my stand abt what u shared here already. really enjoyed the time we spent together yesterday. anyway, i did think twice on this after we discussed. i should change the advice. if i were u. i would tell S keep being a good friend to M eventhough he has changed n kept a distance between S and M. people change/ thats the fact that we should always remember. so, eventhough he's no longer as close as before, but a good fiend, S must always have husnuzzaan on M. and when sometimes M turns to her to ask for advices, tell S not to ignore M.

Friends can always have love in the end, but lovers can't always have friendship in the end. So, S better keeps herself/himself to be a good true friend to M.

just my 2 cents =)

baiz said...

haha.. cam boleh agak jer saper S n saper M tuh.. =P , nway kita sama lah wanie.. just cool jer.. sampai masa, ada lah..
bagus jugak sekali-sekala 'tickle brain' berfikir. its tiring but u need it.>>> tak tau nk tulis aper tp nk tulis jugak.. hahaha ^_^