Pages

Sunday, December 23, 2007

Buta mata? Apekah?

Assalamualaikum wbt.


*
Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak di tuju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bila mana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
tapi jika buta hati menderita

ulang *

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
negeri yang kekal abadi
tak diukur tidak diukur dengan masa
kerana tiada kawan yang membantu

Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

ulang *

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan amal dan bakti

ulang *


Sekarang minggu peperiksaan. Kami semua sedang bertungkus - lumus untuk menghadapi peperiksaan akhir ni. Termasuk KS. Dia ada final Ophthalmology esok. Semoga berjaya. Mesti semua orang pelik. Dah la exam, still nak update blog. Hurm.. Saja je sebab nak share lagu Buta Mata tu. Lagu tu zaman aku kecil2 dulu. Sangat sayu lagu tu. Boleh buat aku terfikir apa yang aku dah buat sepanjang aku hidup kat dunia ni. Boleh ke nanti aku menghadapi waktu yang mana tak ada siapa pun yang boleh tolong aku time tu. Cukupkah amalan aku nak bertemu Al - Khaliq? Cukupkah persiapan aku untuk menghadapi waktu tu? Cukupkah?

Hurm. Saja bawa kita semua merenung sejenak apa yang kita dah buat selama ni. Kadang2 dengar lagu ni boleh buat kita tersedar akan kesilapan kita yang kita sendiri kadang2 tak perasan.

Aku nak minta kalian berdoa untuk kejayaan aku dan kawan2 menghadapi exam final ni ek. Thanks.
  • KS, All The Best For You. Lepas KS habis exam, boleh la masakkan untuk kitorang yang amik final Microbiology ni.. Hehe.. =P
  • Fareena and Fatt, Semoga hasil kerja korang diterima. Lepas tu tak payah amik oral exam. Patu korang pon boleh tolong KS masak sekali! =P
  • Emy and Dibah, Semoga kita terus kuat menghadapi microbes yang pelbagai jenis ni. Semoga otak kita ni still ada ruang untuk isi segala macam nama microbe yang pelik2 itu.
  • Kepada diri aku, Semoga Wanie tabah dan istiqamah mengingat semuanya! InsyaAllah
  • Kepada 3rd year yang amik exam Microbiology, All The Best untuk korang. Kalau berdoa, doa untuk kawan2 sekali. Takpe, biar kita berjaya ramai2.

~ Jangan putuskan harapan kita pada Al - Khaliq ~