Assalamualaikum wbt.
Moscow.
11.19 pm. Rabu.
Aku sepatutnya tidur sekarang ni, sebab dah beberapa hari tak cukup tidur. Hurm, tapi mata ni tak mahu tutup! Nak kata aku minum nescafe kesukaan aku, langsung tak sentuh. Nak kata stay up study pun tak juga. Kat Moscow raya haji esok. Malam ni sepatutnya ada takbir raya tapi sebab banyak exam, guys tak boleh nak takbir bilik ke bilik. Takbir sendiri2 je. Dalam bilik ni pun, aku je yang agak ' lepak ' sebab aku dah habis exam Microbiology untuk dapatkan kredit ke final. Tapi masih ada satu exam ( Pathophysiology ) yang masih tertunda disebabkan kelas pada hari Sabtu. Maka, Sabtu ni aku akan ada lagi satu exam la..
Minggu depan dah start final exam paper mcq subjek Microbiology. Nak kata aku bersedia, tak juga sebab sibuk melengkapkan buku kredit ( zachut ). Kalau nak melengkapkannya, kat sini kami kena selesaikan semua tests dan kena ganti mana2 kelas yang tak datang. Kalau tak lengkap kredit tu, tak boleh ambil final exam. Sebab tu aku bila naik 3rd year nih, prinsip aku senang. Belajar la selagi termampu. Kalau tak mampu tu belakang kira la.. Tapi, kalau ada test ( kat sini panggil colloq. ), jangan tangguh2. Buat je. Supaya tidak menyusahkan diri sendiri. Tapi jangan la paksa diri. Buat ikut yang termampu. Nanti kalau sakit, susah lak kan?
Aku ni bukanlah rajin sangat. Banyak je tidur nya. Banyak juga makan nya. Study nya agak kurang kalau nak dibandingkan dengan makan dan tidur. Haha.. Tapi aku selalu ingat pesan mak. Tak rugi kita belajar. Belajar tu untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. So, itu yang buat aku kuat untuk belajar. Tapi takde la kuat sangat pun kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Aku buat sekadar yang termampu je.. Kadang2, pesan orang tua yang buat kita kuat untuk berusaha, kan?
Aku pun tak tahu aku melalut apa ni.. Otak dah tak betul di malam raya nih. Aku doakan Emy, Pena, Fatt and Diba berjaya berhadapan dengan Bandarchuck ( lecturer pharmacology yang sangat vogue! ) dan berjaya menjawab Microbiology esok. Kawan2 lain juga. Semoga berjaya. Aku selalu doakan korang yang terbaik. Kamu yang baca nih, doakan sekali kami ok?
Updated: Lupa nak minta doakan untuk KS yang akan ambil final. Selalu nya tak lupa lak nak tulis! All the best KS!!
"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1428 H"
PS : Kalau Aidil Adha, orang akan sebut pasal pengorbanan. Pernahkah anda berkorban? Aku? Hurm.. *keluhan yang sangat panjang..*
~ Pengorbanan tidak akan bermakna tanpa niat yang ikhlas dan jika tidak kerana Tuhanmu Yang Satu ~
6 comments:
doa utk ks takde sedangkan ks final lg awal. isnin lg tu :( complete final paper with 3 parts lg tu..
gud luck tuk exam..kat cni pun tgh sakan exam...tensii...huhu
nway,selamat ari raye aidiladha..:)
~ Pengorbanan tidak akan bermakna tanpa niat yang ikhlas dan jika tidak kerana Tuhanmu Yang Satu ~
betulx3
Salam To All,
KS,
1 thing that u should know ks. once u came into a part of my life, one of my prays is specially for u. Eventhough i didnt tell that. but, it is always for u ks. just like others. Sorry for not mentioning it.. i dont mean it. Really!
SofieNur,
Thanks for visiting me here. Exam di mana2 sahaja! Hehe..
Daos,
~ Semua perkara pun mesti dilakukan untuk Tuhan kita Yang Satu, kan? ~
all the best for your microbe! Aku doakan korang yg dlm proses nk avto nih, dapat avto..
hahak !
sarah shayang. xmo sedey2. rynn ade doakan sarah :p
hihik !
wanie dok melalut neh,pak comel gak.
hahak !
Salam ryn.
Thanks datang sini. sure seronok kan raya kat msia?
Hurm.. Wanie comel? Wowowo!!
Hahaa..
Post a Comment