Puasa hari ini menyebabkan aku bangun lewat. Puasa yang perlu aku langsaikan secepat mungkin. Selepas subuh, aku melelapkan mata. Tahu - tahu sudah masuk waktu zuhur! Mana taknya, sebelum subuh, melayan novel 'BUATMU KEKASIH' karya Aisya Sofea. Selepas Zuhur, aku membantu Nana di dapur, menyediakan makan tengahari. Rancangan Watie dan Nana untuk keluar ke The Store langsung tidak kuendahkan. Mungkin kepenatan berpuasa! Cuma aku sempat berpesan yang aku teringin makan A & W. Kesimpulannya aku berbuka A & W dan sepinggan nasi. Banyak sungguh aku makan harini. Tidak lupa secawan nescafe di waktu berbuka puasa dan secawan lagi ketika menonton Emil Emilda tadi. Inilah padahnya minum nescafe banyak sangat! Kan dah tak boleh tidur!
Sekarang ni memang tak boleh tidur. Mata sudah mengantuk, tapi tak mahu lelap. Cepat - cepat aku turun bawah dan meng'online'kan diri. Yang pastinya, aku buka blog aku ni dulu. Baru kemudian ke blog KS. Aku tahu perangai KS. Dia tak boleh dipisahkan dengan karangan di blog! Dan selalunya lewat malam begini, dia akan update blog dia. Kalau di Moscow, inilah juga habitnya.
Tadi aku mengemas bilik yang sedikit bersepah. Cuma aku belum sapu. Aku ingat mahu sapu satu rumah esok. Memandangkan Sabtu ni Watie nak balik Sibu, dan Nana akan ikut, aku mesti memulakan tabiat bangun awal dan mengemas rumah, macam aku buat tahun lepas. Kalau tak mulakan awal, nanti aku dah malas nak buat.
Kerja aku di rumah sekarang hanya menonton VCD My Girl (sekarang baru VCD 9/16) dan 'menjaga' Hasya (sebetulnya aku sekadar menengok si Hasya tu, yang jaga dia tentunya mama dia!). Tapi aku tengok di laptop Nana sebab VCD player dah rosak dan main computer kat rumah ni telah di'cop' abah dengan mak untuk bermain spider solitaire. Mak kata, "Apa lagi aktiviti orang yang dah pencen ni. Main game lagi best!" Kerusi depan laptop tu tak pernahnya kosong! Lepas seorang bangun, seorang lagi tunggu belakang mahu ambil tempat. Nana kata sampai kena ambil 'giliran' baru boleh main. Kalau tak, jangan harap!
Aku pun malas nak tulis. Berbunyi - bunyi! Takut mak dengan abah terbangun nanti.

KS, I've promised to put your picture at the airport in this entry. Here it is! But this is the most beautiful picture among the others. So, i put this one. Hope you like it!
~Mengapa kita sering menyalahkan orang lain atas kesalahan yang kita sendiri lakukan tanpa sedar? Bukankah itu membuatkan kita terus leka dengan kesombongan yang kita sendiri cipta? Berfikir jalan terbaik.~
1 comment:
assalamualaikum.
singgah lagi.
hiks!
suke betui si bintang nak mensemak2.
huhu!
saye minom neskepe tp tetap x kasi kesan.adehhla.
Post a Comment