Hmm..bila dah selesai exam ni, melepak macam apa ja aku ni. Asyik la bergolek - golek atas katil sebab tak tau nak buat apa! Sampai ke petang la aku buntu.. Tapi bila dah petang, baru la ada aktiviti sikit.. MASAK! yeah!! Itulah aktiviti yang paling aku suka.. Kenapa suka?? Sebab aku memang suka masak. Lagi satu, aku suka tengok orang makan dengan gembiranya!! Dan orang itu adalah......Hahahaha>>Mestilah budak2 205! Habis lah korang!!! Nanti badan naik, jangan salahkan aku.. Sebab aku tak boleh nak halang tangan aku ni dari memotong bawang lantas mulakan aktiviti memasak aku. Tambah2 bila aku dah tak tau nak buat apa lagi.
Sebelum duduk depan laptop ni, sebenarnya aku menikmati buah strawberry yang aku beli di pasar petang tadi. Siap letak chocolate spread atas buah tu. Rasa macam Siti Nurhaliza la pulak! (ececehceh.. perasan la ko wani ooiii!!). Ala, apa salahnya kalau perasan sekali - sekala kan? Lagipun, nak juga rasa macam mana Kak Siti kita kata strawberry salut coklat tu sedap. Huh! Rasa hidup macam orang kaya! Hahaha.. Tambah2 sekarang ni boleh kata strawberry tengah 'agak murah'.
Terima kasih kepada Dibah yang menyumbangkan chocolate spread untuk dimuatkan dalam entri kali ini! Thanks Dibah!Malam tadi memanglah tak ada kerja yang bermanfaat yang aku boleh buat melainkan membaca blog orang. Aku baca blog kawan aku. Oh, dia kata dia dah habis exam. Tapi kat sana (Jordan) masih ada summer sem tapi sementara tengah tunggu mula sem tu, dia akan menunaikan umrah (memandangkan dia lelaki, boleh la dia pergi. Yang Asma tu, sebab dia perempuan, so tak boleh pergi sebab kena ada mahram yang ikut..). Tapi sekarang ni dia tengah gembira di Turki. Hai, harap2 nya ada la something untuk aku.. Hohoho!! (melampau kau Wani oiii..). Aku pun dah lupa bila Amna bertolak balik ke Malaysia. Yang pastinya aku akan sempat jumpa dengan dia balik ni!! Seronoknya...(melompat - lompat dengan penuh bersemangat!).
Apa lah yang aku nak beli untuk bawa balik ke Malaysia ni? Kurang idea la. Siapa yang boleh tolong aku ni? Tahun lepas mak pesan, kalau nak bawa balik buah tangan, bawa untuk anak saudara aku yang sedang membesar itu! Tapi nak bawa apa? Aku memang dah tak tau apa benda yang best untuk dibawa balik. Tapi, untuk Meen n Nana, aku dah tau apa yang aku nak bagi kat diorang (since they already finished their degrees!).
Tadi membelek - belek 'Index Quran Tercanggih' kiriman Amnah untuk semua nuqaba' Spartiv (tempat kitorang tinggal sekarang). Lepas tu, apa yang aku dapat adalah...
"Wahai isteri - isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan - perempuan lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik."
"Wahai isteri - isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan - perempuan lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik."
(Al-Ahzab : 32)
>>Adakah aku ni termasuk dalam golongan berbicara lembut sampai membangkitkan nafsu? Adakah aku ni seperti perempuan - perempuan lain yang dinyatakan dalam ayat itu? Adakah aku ni sering ucapkan perkataan yang tidak baik? Na'uzubillahi min zalik! Shazwani ooiii!! Bila la kau ni nak berubah. Aku tahu bukan mudah hendak jadi perempuan. Apatah lagi jadi perempuan yang solehah. Bermacam aku kena buat. Bermacam aku kena tinggalkan. Bermacam juga aku kena timbang tara dam titik beratkan. Tapi, sepanjang 20 tahun aku hidup, apalah sangat yang aku sudah laksanakan untuk melengkapkan diri sebagai wanita solehah? Less than 1%! Even 0.1%!
Dalam tengah tak buat apa ni lah baru aku tersedar yang aku ni belum cukup sempurna untuk bergelar wanita menurut perspektif Islam. Perlakuan yang belum cukup cantik dan perkataan yang belum cukup indah untuk seorang wanita muslimah (tak se'gah' id emel ko, wani oiii!).
Dalam tengah tak buat apa ni lah baru aku tersedar yang aku ni belum cukup sempurna untuk bergelar wanita menurut perspektif Islam. Perlakuan yang belum cukup cantik dan perkataan yang belum cukup indah untuk seorang wanita muslimah (tak se'gah' id emel ko, wani oiii!).
~Renungilah setiap apa yang kamu katakan. Sesungguhnya kata - kata mencerminkan apa yang ada di hati kamu..~
3 comments:
sungguh sedap tp rupa kurg mnyelerakn..hehe..tp ape ade pada rupe,tol x?
weh,ak cam dh ade tande2 naik berat dh ni..wani2,siap ko!!!
pergh,sungguh sedap nasi lemak wani smalam=)
wanie, (dgn muka tak malu nya...) mkcik nak jugak souvenir dari Rusia!! huhu..eh..makcik skrg tgh kumpul magnet yg lekat kat petiais tu (tapi mkcik lekat kat office, bukan peti ais, sbb habis adik asma' main) Wanie carilah magnet yg ada tulis 'Rusia' ke, atau apa-apa lah yg ada simbol 'Rusia' hehehe... kalau nak kena bayar pun tak pe...nnt mkcik byr...hish...tak malu tul!!!
nnt mkcik suruh Asma' cari brg kat Turkey tuk Wanie...kalau dpt contact dia lah...hehehe
salam
to pena,
ala.. setakat nasi lemak tu xde pape hal nye..
to auntie azza,
it should be no problem at all.. just wait for me until i reach your home..
Post a Comment