Dalam tempoh 3 tahun ini jugalah, ramai guru wanita yang menimang cahaya mata. Terutama ketika keputusan SPM 2004 diumumkan, kami ke sekolah untuk mengambil keputusan. Cikgu - cikgu kata inilah rahmat Allah kepada mereka dengan kedatangan kami. Tahun itu merakamkan keputusan SPM paling cemerlang dalam sejarah penubuhan sekolah (tapi sekarang semakin cemerlang. Budak - budak sekarang semakin bijak!) dan cikgu - cikgu perempuan ramai sedang mengandung. Kami sejuk hati mendengar kata - kata daripada cikgu. Seolah - olah kami sudah menjadi anak kesayangan cikgu! Walhal batch kamilah yang paling bermasalah dan yang paling degil. Tak cukup dengan itu, beberapa guru sudahpun menamatkan zaman bujang mereka. Contohnya Cikgu Nurunnuha, Cikgu Syazrin dan Cikgu Abdul Raouf (kalau salah eja, minta maaf cikgu!). Tambah lagi, cikgu - cikgu yang sudah berpindah keluar. Sekarang di SAMBEST sudah wujud generasi baru dari segi struktur pentadbiran, jemaah pendidik dan kelompok penagih ilmu.
Majlis perkahwinan Cikgu Raouf (atas dan bawah)


Majlis perkahwinan Cikgu Nuha (dua gambar terakhir)
Aku pun agaknya sudah lupa wajah - wajah junior aku yang pernah aku didik dulu. Seingat aku jika sewaktu aku tingkatan lima dan mereka tingkatan 1, sepatutnya mereka sudah jejakkan kaki ke tingkatan empat sekarang. Bagaimana agaknya mereka menguruskan diri? Sudah mampukah mereka membahagikan masa dengan efektif tanpa memerlukan kakak - kakak mereka sebagai pembantu? Agaknya mereka jauh lebih baik dari aku sekarang. Ah, aku menaruh percayaku sepenuhnya pada mereka! Apa yang hendak dirisaukan, mereka sudah 16 tahun! Sudah tentu mampu mengurus diri.
Memori yang masih terpahat di minda sekarang:
- Laungan Doa Wihdah yang masih terngiang - ngiang di lubuk hati ini. Terasa bersemangat bila mendengar sambil melafazkan kalimah agung itu. Genggaman tangan yang erat antara sahabat yang juga saudara seIslam seolah - olah mengikat hati ini untuk meluncur tepat ke arahNya. Tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan!
- Tradisi 'kekek' pada tudung (menutupi bawah dagu) yang sangat kurindui. Sungguh! Terasa diri di dalam suasana yang baik (bi'ah solehah). Namun apa yang aku kesalkan, aku bersama - sama rakan Ketua Pelajar lain tidak mampu mempertahankan nilai 'kekek' apabila junior - junior kami mempertikaikan pemakaian 'kekek' di sekolah. Sehinggakan mereka bertanya pendapat ustazah tentang isu 'kekek' itu. Kami tidak pasti samada mereka terbeban dengan 'kekek' itu ataupun apa. Tapi kami (pioneers of SAMBEST) sungguh terkilan dengan keadaan itu. 'Kekek' inilah yang meletakkan SAMBEST di tempatnya sekarang. 'Kekek' inilah yang membuatkan orang tabik dan memandang hormat dengan SAMBEST. Dan 'kekek' inilah yang menjadikan SAMBEST lain dari yang lain. Inilah keistimewaan SAMBEST. Tapi, sungguh tercalar dan tercabar kehormatan kami apabila ustazah menyatakan itu bukan satu kemestian! Memang! Itu bukan satu kemestian, tapi bukankah itu satu benda yang baik?? Hmm.. Hendak dikesalkan pun, sudah tiada guna.
- Uniform kuning Ketua Pelajar. Uniform inilah yang meletakkan aku di bawah penjagaan Mr. Hashim Wahdi! Guru yang selalu 'membuli' aku untuk menyelesaikan kerja - kerja beliau. Tapi, kenangan ini yang aku bawa bersama sehingga ke hari ini. Memegang portfolio Sukan menjadikan diri aku sekarang. Seorang yang tidak malas untuk bersukan (kadang - kadang memang malas!). Seseorang yang tidak malu untuk bersorak menyokong pasukan pilihan sendiri. Seorang yang sering mengajak sahabat lain agar bersukan (adakah aku seorang yang seperti itu??).
- Pengalaman mengendalikan majlis perhimpunan mingguan dalam Bahasa Arab. Memegang gelaran pembahas ketiga bahas Bahasa Arab, ini menjadikan aku tidak kekok mengemudi majlis berkenaan kerana lidahku waktu itu sudah fasih berbahasa Arab (tapi sekarang? Hmmm..). Ditambah dengan ustazah Bahasa Arab aku duduk di belakang menyebabkan aku bertambah yakin!
Semua pengalaman ini menjadikan diri aku sekarang. Terima kasih SAMBEST! Kamu membentuk aku, pendirianku, prinsipku, azamku, harapanku, kejayaanku, nasibku, masa depanku. Terima kasih SAMBEST dan ahli - ahli di dalamnya..
~Memories always come without any signals. Either they may hurt you or make you happy~

6 comments:
Rindunya SAMBEST... tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula tempatku menimba ilmu..
Kirim salam pd sumer warga sambest..kengkawan n cikgu
hari tu kita tgk website tu, penuh dgn gambar senior2 kamu kawin. nnti 1 day, kitorg d bilik bukak smula website tu sbb nak tgk gambar wani pulak kawin :D insya allah...
salam
to da' great,
thanks for dropping by here! u r almost welcomed.. yeah, SAMBEST smart! InsyaAllah salam dikirim, tapi this year i dont think i'll visit SAMBEST..
to ks,
nanti akan wujud satu komuniti MMA dot net! pastu album perkahwinan batch ks akan mendahului carta! ntah2 gamba ks terpampang dulu?!
salam...t'kejut tatkale melihat gmba kawin cg nuha....bile mse plak cg tu kawin? x dgr brite pn(ke aku yg dh lupe?).....slmt pngntin baru la yer~hifzul_islam.
to hifzul_islam,
huh? mmg ramai gak yg xtau cg nuha kawen..pelik.. tp pape pon, semoga cg bahagia ke akhir hayat
salam..aku batch ke-3 sambest spm 2001...lama dh x dgr cite sek...hhga...ape cite ntah..cikgu2 pn dah laen...
Post a Comment