Pages

Monday, November 12, 2007

"Berfikir Cara Terbaik"

Assalamualaikum wbt.


Selepas seminggu, beginilah kehidupan aku. Memerhatikan orang sekeliling, di samping menunaikan amanat yang dipikul. Study hampir setiap masa, membuatkan aku hampir lupa dengan kewujudan blog ini. Hanya menyinggah dan membalas komen orang untuk K.A.T Mission. Walaupun ada orang seolah - olah menganggap aku tidak begitu serius belajar, tapi sungguh! Aku meletakkan usaha yang tinggi untuk mencapai tahap yang sama dengan sahabat - sahabat lain. Dalam pada orang lihat aku suka tidur, dalam pada orang pandang aku yang 'membuang masa' memasak dan makan, dan juga dalam pada orang nampak aku kerap berjalan - jalan dari bilik ke bilik, aku juga seperti orang lain. Berusaha agar aku dapat sesuatu yang terbaik buat diri sendiri. Tiada maknanya belajar jauh - jauh tapi keseriusan belajar itu kurang. Tapi itulah kehidupan. Kadang - kadang kita tidak boleh menghalang apa yang orang lain fikir pasal diri kita. Mungkin inilah yang aku perlu lalui sepanjang aku hidup bergelar insan. Insan yang hidup di muka bumi Allah, yang memang sangat lemah dan tidak berdaya.

Selain aku terfikir apa orang lain pandang pada aku, aku juga memandang perihal orang lain. Apa yang aku perasan, manusia ini bukanlah sentiasa menjadi orang yang sama setiap masa. Kadang - kadang mereka lebih suka menonjolkan sikap yang terbaik di hadapan masyarakat, tapi apabila berada di kalangan kelompok yang lebih kecil, mereka seolah - olah menjadi bukan diri mereka. Aku juga mungkin begitu. Yes! Nobody is perfect! Kata - kata ini ada betulnya. Tapi mungkin kita tidak perasan bahawa sikap kita yang satu inilah yang akan menyinggung perasaan orang lain. Memang kita tidak merasa sakit hati tatkala menyinggung perasaan orang lain, tapi setidak - tidaknya letaklah sedikit perasaan kita di tempat orang yang kita sakiti itu. Bukan banyak. Letaklah cuma 1%. Rasailah apa yang dia rasa. Baru kita tahu bagaimana rasanya berkecil hati dan bersedih walaupun dengan kawan - kawan sendiri.

Aku hanya menyuarakan apa yang berlaku di sekeliling aku. Kadang - kadang aku juga melalui keadaan ini. Sedikit sebanyak aku faham perasaan dipandang rendah dengan orang sekeliling. Susah mahu menerangkan keadaan ini. Hanya orang yang pernah lalui saja yang mampu berkongsi rasa.

Bukan niat aku mahu menyalahkan sesiapa. Cuma jadilah umat yang terbaik. Kita tahu tanggungjawab kita. Kita tahu mana letaknya kita. Kita juga tahu baik buruknya kita. Ekspreskan yang baik, ubah yang buruk. Bukanlah itu yang terbaik buat kita? Bukan depan orang lain, tunjuk baik. Tapi depan sebahagian yang lain? Hurm..

Aku bukan cakap sebab aku ni baik. Tak! Aku ni serupa je macam orang lain juga. Bukan sempurna. Bahkan jauh lebih tidak sempurna jika dibandingkan dengan sesiapa pun. Aku sedar aku ni hanya manusia biasa. Aku hanya suarakan apa yang terjadi di sekeliling aku. Sebab aku dah tak tahu nak suarakan pada siapa. Kadang - kadang aku rasa nak sound je, tapi aku fikirkan professionality, rationality dan maturity. Nanti kalau melatah tak tentu pasal, orang kata aku tak matang. Tapi itulah.. Hurm.. Fikir - fikirkanlah. Aku pun berfikir juga.. Berfikir mematangkan minda..


~Kerana buruknya perlakuan, masyarakat boleh mundur. Kerana bisanya mulut, persahabatan boleh hancur. Kerana rosaknya hati, iman boleh luntur. ~

6 comments:

MakcikMuda said...

urg pon slalu ingat ryn x seyes blaja.

tp ryn blaja ape.

not like certain ppl who still hv the gut to bawak toyol and to tiruk2.

talk abt maturity.

x malu sungguh.

name aje mpp.

tp pangai x senonoh.

to think that all the ppl in my class cheating in exam.haih~[except me!]

and to think that i get lower mark then theirs.

Anonymous said...

harap2.. kita smua dlindungi dr sifat tu lah.. amin.. :)

Sarah Mohd Shukor said...

benda pertama yg ks tanya wkt dh smpai bilik td was: wanie mana?

bila ks dgr diorg kata wanie pgi smwhere n pena kata wanie pesan baca je blog, ks terus bukak. ks rasa ks mcm dpt agak je wanie.

wanie, biarla apa pun org fikir. biarla apapun diorg nk judge diri wanie. kitorg yg sebilik ni lg kenal sape wanie. jgn disebabkn mulut org, wanie sedih2. jgn sebab pressure dr diorg sume tu, wanie tension n bawak diri. tak perlu tu semua. kalau ikutkn, ks sndiri pun banyak prob dgn free judgement from those pple. kalau ikutkn sabar, rasa mcm dh tak tertahan dh. dh 5 thn. tp ks amik prinsip 'bo layan' je. kita kenal diri kita. slagi wanie rasa wanie buat benda yg betul, abaikn je apapun yg org nak cakap.

ingat ye wnaie. jgn tension2. kita tak kurang walau kita seorg. n kita tak luak pun kalau org sibuk2 hakimi hidup kita. allah lebih kenal siapa kita.

fattnieniey said...

betulla senior kate.
kehidupan 3rd yr ni mmg penat dan tension.
kite hanya blajar,blaja,blaja sampai penat.
sabarla wani. mungkin org2 mcm ni pun penat n tak tau ape yg diorang ckp sebenarnye,x sedar tersakitkan hati org lain.
Ade mase kita kat bwh,ader mser kat atas.
kalu asyik kat atas je, tak thrill la hidup ni.
so,bnykkan bersabar.ape2 masalah,cerita je kepada sangapians.
we hv each other.
lastly,mohon maaf jika aku tergolong di kalangan mereka.human makes mistakes.
take care wani!

Shazwani Adnan said...

salam to all.

thanks singgah sini.

bukan ape pon. Kadang - kadang kita rasa kita kurang. tu biasa.

bukan rasa tension pon. wanie tulis bg pihak orang lain. hehe.. *tapi kadang-kadang rasa kurang dalam jiwa*

tak tahu rasa apa.. kadang - kadang kita tak boleh cerite ape yang kita rasa.. mesti semua pernah alami kan?

MakcikMuda said...

wanie,

anything you want to share.

ryn sedia pinjamkan telinga :D

sayang wanie oke !